Selasa, 1 Februari 2011

PENYELEWENGAN BIASA BERLAKU DALAM PAS!! - Bekas Naib Presiden Pas


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.
Datuk Nakhaie

Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

‘‘Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam Pas selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku.

‘‘Oleh itu saya tidak hairan dengan pendedahan yang dibuat melalui buku ini. Saya yakin pendedahan ini adalah berdasarkan bukti dan asas yang kuat,’’ katanya sambung baca SINI.

P/s: banyak bukti yang menunjukkan Pas pun kaki seleweng..

Mctheory:
Islam celah mana Pas weiii...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

its time we should know about party pas.