Rabu, 30 Mac 2011

BLOGGER MESRA KERAJAAN DITAWAR KERJASAMA DENGAN PEMIMPIN PAS??


Mc ada baca artikel yang dikeluarkan oleh G-R. Katanya, ada blogger mesra kerajaan yang akan cuba di'beli' oleh pemimpin Pas dan Pakatan untuk membantu mereka menentang BN didalam Pywar. Ini disebabkan keyakinan pemimpin Pas terhadap blogger Pas semakin tipis apabila, blogger Pas kurang efektif dalam mengendalikan isu dan tidak mampu jawab segala isu yang buat oleh blogger mesra kerajaan.

Petikan artikel dari blog GR,

Tawaran akan diberikan kepada blogger Pro Kerajaan yang sanggup bekerjasama dengan mereka sebagai persediaan menjelang Pemilihan Muktamar PAS Jun ini. Ianya sedang dirancang rapi dan perlaksanaan dan pemilihan blogger2 Pro Kerajaan akan ditentukan selepas Pilihanraya Sarawak. Perkara ini terbongkar apabila salah seorang blogger Pro Pembangkang menceritakan hal ini kepada Melayu CinDia.

Pemimpin2 PAS dikatakan tidak akan menggunakan khidmat blogger Pro Pembangkang yang dilihat tidak mampu lagi menghasilkan kualiti dari aspek isu dan penulisan artikel malah memilih bulu dan membunuh karier seseorang Pemimpin PAS. Melayu CinDia mendapat tahu perancangan beberapa Pemimpin PAS ini telahpun diketahui hampir kesemua blogger Pro Pembangkang dan bermula hari ini, Blogger Pro Pembangkang telahpun memulakan ugutan berbentuk gambar dan penulisan artikel agar Pemimpin2 PAS tidak akan mendapat khidmat seperti yang dirancang.

Cerita ni memang menarik perhatian Mc. Telah di ketahui perselisihan diantara blogger pembangkang dan pemimpin memang tak dapat dielakkan. Cuma apabila pemimpin pembangkang nak guna blogger mesra kerajaan ni yang membuatkan cerita makin menarik. Kita tengok dulu apa yang akan terjadi. Mc akan memantau perkara ini dari jauh. he he he..

P/s: banyaknya duit puak pembangkang ni ye.. main nak beli-beli lak ye..

Mctheory:
berapa ribu agaknya diorang nak bayar?

Tiada ulasan: