Khamis, 31 Mac 2011

CERITA MENARIK YANG TAK SANGGUP NAK BACA!! Kelakar sehh..



Cerita ni takdak kena mengena dengan politik pun, tapi ada kena mengena dengan kehidupan Mc. Tatkala akal sibuk mencernakan perkara lain, hingga membuatkan kesedaran kendiri hilang serta merta. he he he.. Ceritanya macam ni, Mc baru nak balik kerja, punya la sibuk hari tu hingga Mc letih gila. Turun je kat tempat parking Mc terus ke motorsikal Mc. Sampai je Mc dah terkejut gila, sebab motor Mc dah takde kat situ. Apa lagi kepala otak terus jadi blur.

Badan dah mengigil geram, ye la.. sebelum ni Mc dah hilang dua motor, satu kat Alor Setar, satu lagi kat Petaling  Jaya, ni pulak baru pakai dah hilang, Mc memang dah hilang sabar tahap teruk ni. Mungkinkah puak pencacai Pakatan yang curi motor Mc?. Boleh jadi jugak!! Tiba-tiba Mc terpandang mamat bangla jadi Guard kat tempat parking motor, Mc terus meluru kearah bangla tu dan bertanya,

"baiiyaa!!! ko ada nampak motor aku warna hitam kat situ tak?, pagi tadi aku parking kat situ"  Mc tanya dengan suara yang hampir menjerit.

Bangla tadi dengan muka blurnya menjawab "tada la abang, saya tada nampa, dari pagi pun tada juga"

Mc tak puas hati Mc tanya lagi "betul ke ko tak nampak ni, ko jangan main-main, aku hari-hari parking situ, ko pun dah kenal motor aku, takkan ko tak nampak siapa yang curi? Macam mana ko jadi guard ni? Atau ko  terbabit sekali kot!!" kali ni memang kuat Mc cakap, hinggakan orang sekeliling pun dah pandang.

Bangla tu pun jawab lagi, "butul abang, saya tada nampa, dari pagi pun saya tada nampa abang parking situ, butul ke abang parking situ?"

Soalan bangla tu membuatkan otak Mc membuat kerja kembali (berfikir la tu), kemudian Mc dapat jawapan dimana motor Mc berada.

Dengan perlahan Mc katakan pada bangla tu, " hmm.. kalau macam tu takpa la, maaf ganggu u la.." Mc pohon maaf dengan kata yang paling lembut dan sopan.

Kemudian Mc pun pergi mengundurkan diri. Sebenarnya Mc terkedu dengan kelakuan Mc, mungkin akibat terlalu penat dan tertekan bekerja memyebabkan Mc jadi begitu. Betapa bodoh dan gelojohnya Mc marahkan bangla tadi, sedangkan hari tu Mc tak bawa motor pun, Mc bawa kereta dan Mc parking kat luar (jimat tak payah bayar parking). Macam mana la Mc boleh pi cari motor.. adehh.. alamak..

Kesian si bangla tu, tak pasal-pasal kena marah, sambil menuju ke kereta, dalam hati Mc dah niat, nak belanja si bangla tadi tu makan KFC esok. Kesian dia kena marah.. aduhaii..

P/s: moralnya.. fikir dulu sebelum cakap..

Mctheory:
Dalam pandai-pandai kita ni, ada jugak bodohnya..

8 ulasan:

Blog Penyokong Kerajaan Bn berkata...

he he gaduh ngan bini pagi tadi kut..
gurau je..

http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

McTheory berkata...

hahaha.. dak laa.. penat la.. siang malam kerja..

Nidurasan berkata...

Aku dan bini gi kat Pasaraya Giant. Penuh barang satu troli aku borong. Time balik kat tempat parking kami tergelak sakan sebab.....kami naik moto. slalu bawak keta..

McTheory berkata...

he he he..

Haaa.. tu lawak..mampuih nak balik bawa barang macam mana lak tu?

Orang Kampung berkata...

Biasalah tu Sdr. Mc, kita selalu fikir apa yang kita kata dan buat selalu betul, pada hal ada kalanya kita terlupa atau terlajak.

Oleh kerana itu kita marahkan orang lain kerana kita hanya nampak kelasahan orang sahaja atau lebih buruk lagi bila kita sengaja mencipta kesalahan orang lain untuk "menampakkan" kebenaran diri kita.

Memaafkan orang lain sesudah menyedari kesilapan/kesalahan diri itu adalah sebaik-baik sikap. Syabas sdr Mc.

http://sallehsaad.blogspot.com

Reveal berkata...

biase ler tu bro...otak dah tepu ngan kerja pastu badan plak penat....kene plak selalu bawak moto tetibe plak bawak kete...x ke celaru kepale nak igt...sian kat mat bangla tu...jgn lupe blanje kfc kat dia yer...

kuzie berkata...

gomo kono malware bhai.

Kenn berkata...

he..he.. ini mesti bercampur dengan kes geram kat fukatan.. hehehe