Sponsor

Memaparkan catatan dengan label kedah ke kl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedah ke kl. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

Anwar suruh orang beli Blog KEDAH KE KL??


Tajuk Biar GEMPAK! Kalau tak, ramai yang tak masuk, rilek, baca dulu..

Assalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Pada para pengikut blog, sahabat, pembaca dan juga rakan blogger yang lainnya. McTheory dan Pemuda Melayu Kedah telah melancarkan PAGE FB untuk blog Kedah Ke KL. Setelah hampir 2 tahun blog ini beroperasi kini barulah di wujudkan PAGE untuk Kedah Ke KL.

Klik LIKE jika suka, ia tidak membawa sebarang kerugian kepada anda semua, tetapi ia membawa makna yang besar pada bloggers seperti kami. Walau tidak menguntungkan, namun 'dihargai' lebih membawa makna yang lebih besar.

Apa untungnya hidup senang, kalau diri tidak dihargai. Bahagianya hidup miskin, kalau ramai orang yang sayang.

Namun kami blogger2 ni bukan orang besar, bukan orang kaya, hidup kami mencari makan, sama seperti orang lain, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bekerja menyara anak dan Isteri, namun tanggung jawab kepada negara juga tidak di lupa. Namun kadang2 terasa seperti tidak di hargai.

Patutnya ada orang yang dilantik untuk menjaga blogger2 pro kerajaan ni. Sumbangan blogger tidak boleh dipandang remeh. Peranan blogger sudah menjadi sumber terpenting dalam masyarakat sekarang.

Namun apa yang terjadi ibarat, lembu punya susu, sapi dapat nama. Orang lain buat kerja pulun nak mampus, orang lain pula yang dapat nama.

Namun perjuangan tetap perjuangan, selagi Anwar dan Pakatan tidak ditewaskan, kami akan tetap ke benteng hadapan, biar penat, biar letih, biar lelah. Pertahankan Alif, Ba, Ta lebih utama.

Kalau ada insan2 yang nak memberi sumbangan ikhlas kepada blogger2 seperti kami ni, alhamdullilah.. Percayalah, perjuangan kami ini tidak berbayar dan tidak disuruh, kebanyakkan blogger pro kerajaan, bangkit setelah Anwar melaungkan 'hidup ketuanan rakyat' dan mahu menyingkirkan kepentingan melayu di Malaysia.

Jika Melayu lemah, jangan harap Islam boleh diperkasakan.. Walau bukan semua Melayu itu Islam, tetapi hakikatnya di Malaysia Islam itu Melayu!

McTheory:
Terima kasih semua kerana menyokong Blog Ini..





Ahad, 28 Ogos 2011

AIYARRKK!! Bila Nama Dari Kedah Ke KL dah jadi Telemovie Raya la pulak.. he he..


Apa sudah jadi?? Kebetullan.. ataupun sengaja?.. Mc pun taktau sebenarnya pasal ni. Tapi lepas ada dua tiga orang rakan blog yang SMS Mc mengenai perkara ini. Baru Mc sedar.. he he he..

Nama Blog dah jadi Telemovie.. ha ha ha.. Untuk pengetahuan pembaca blog, dulu semasa Mc register nama blog ni. Memang Mc letak "Dari Kedah Ke Kuala Lumpur".. Lepas tu rasa macam panjang sangat, Mc singkatkan jadi Kedah Ke KL. Sekarang ni, Mc tambah Kedah Ke KL Online.

Tak kisah la apa pun.. bukan nak bangga (sikit pun takdak) cuma jadi kelakar.. ha ha ha..

McTheory:
Janji telemovie tu kena best.. kalau tak best, nak ketuk pengarah dan penerbit dia tu.. he he..

Khamis, 31 Mac 2011

CERITA MENARIK YANG TAK SANGGUP NAK BACA!! Kelakar sehh..



Cerita ni takdak kena mengena dengan politik pun, tapi ada kena mengena dengan kehidupan Mc. Tatkala akal sibuk mencernakan perkara lain, hingga membuatkan kesedaran kendiri hilang serta merta. he he he.. Ceritanya macam ni, Mc baru nak balik kerja, punya la sibuk hari tu hingga Mc letih gila. Turun je kat tempat parking Mc terus ke motorsikal Mc. Sampai je Mc dah terkejut gila, sebab motor Mc dah takde kat situ. Apa lagi kepala otak terus jadi blur.

Badan dah mengigil geram, ye la.. sebelum ni Mc dah hilang dua motor, satu kat Alor Setar, satu lagi kat Petaling  Jaya, ni pulak baru pakai dah hilang, Mc memang dah hilang sabar tahap teruk ni. Mungkinkah puak pencacai Pakatan yang curi motor Mc?. Boleh jadi jugak!! Tiba-tiba Mc terpandang mamat bangla jadi Guard kat tempat parking motor, Mc terus meluru kearah bangla tu dan bertanya,

"baiiyaa!!! ko ada nampak motor aku warna hitam kat situ tak?, pagi tadi aku parking kat situ"  Mc tanya dengan suara yang hampir menjerit.

Bangla tadi dengan muka blurnya menjawab "tada la abang, saya tada nampa, dari pagi pun tada juga"

Mc tak puas hati Mc tanya lagi "betul ke ko tak nampak ni, ko jangan main-main, aku hari-hari parking situ, ko pun dah kenal motor aku, takkan ko tak nampak siapa yang curi? Macam mana ko jadi guard ni? Atau ko  terbabit sekali kot!!" kali ni memang kuat Mc cakap, hinggakan orang sekeliling pun dah pandang.

Bangla tu pun jawab lagi, "butul abang, saya tada nampa, dari pagi pun saya tada nampa abang parking situ, butul ke abang parking situ?"

Soalan bangla tu membuatkan otak Mc membuat kerja kembali (berfikir la tu), kemudian Mc dapat jawapan dimana motor Mc berada.

Dengan perlahan Mc katakan pada bangla tu, " hmm.. kalau macam tu takpa la, maaf ganggu u la.." Mc pohon maaf dengan kata yang paling lembut dan sopan.

Kemudian Mc pun pergi mengundurkan diri. Sebenarnya Mc terkedu dengan kelakuan Mc, mungkin akibat terlalu penat dan tertekan bekerja memyebabkan Mc jadi begitu. Betapa bodoh dan gelojohnya Mc marahkan bangla tadi, sedangkan hari tu Mc tak bawa motor pun, Mc bawa kereta dan Mc parking kat luar (jimat tak payah bayar parking). Macam mana la Mc boleh pi cari motor.. adehh.. alamak..

Kesian si bangla tu, tak pasal-pasal kena marah, sambil menuju ke kereta, dalam hati Mc dah niat, nak belanja si bangla tadi tu makan KFC esok. Kesian dia kena marah.. aduhaii..

P/s: moralnya.. fikir dulu sebelum cakap..

Mctheory:
Dalam pandai-pandai kita ni, ada jugak bodohnya..

Isnin, 15 November 2010

APABILA BLOG Mctheory TELAH DISERANG OLEH TRANUNGKITE DAN FIRESTONE YANG SEMEMANGNYA TENGAH STONE!


Dalam Mc sedang sibuk membuat aktiviti luar, rupanya ada blogger pencacai yang pernah Mc kritik menyerang balas Mc dengan segala kebodohan dan kedangkalannya. Mc pernah menyerang blogger ini disebabkan artikel yang diterbitkan Mc anggap sebagai satu penghinaan kepada pemimpin tertinggi negara yang pada ketika itu sedang sakit di hospital.

Tulisannya pada artikel KALAU NAJIB MATI ADAKAH ROSMAH AKAN JADI PM, Cuba disindir dan ditegur oleh Mc dalam artikel BLOGGER PENCACAI PAKATAN HARAM YANG TIGA SUKU!! Menghina DS Najib sakit!!. Malangnya teguran Mc dijawab semula dengan artikel yang terus menghina DS Najib yang masih sakit pada ketika itu. Dengan artikel Najib Sakit Perut Atau Pecah Perut!.

Disebabkan Mc malas nak layan orang gila macam blogger ni, Mc abaikan saja setiap apa yang dia tulis. Mungkin disebabkan dia tak puas hati tiada sebarang tindak balas dan kesan dari tulisannya yang dangkal dan menunjukkan dia seorang yang munafik, blogger berkenaan terus menyerang Mc dalam artikel terbarunya 'Lagi Pasal Najib Tun Razak'. Membaca tulisan barunya ini, barulah Mc tahu sememangnya tahap 'akal' orang Pas memangnya kosong dan selalu menyerang kerajaan dengan tohmahan2 bodoh. Patut la si Tukar Tiub (Hisyam Rais) dulu pernah kesal dan sesal apabila melihat blogger pencacai pakatan kehabisan idea, kontang isi dan isu untuk menyerang kerajaan pusat.

Tulisan terbaru blogger ini yang sememangnya dikhaskan untuk menyerang Mc, disambut dan terbitkan semula oleh portal Tranungkite.net sudah semestinya bukan dengan tujuan yang baik.

Apapun Mc ucapkan terima kasih banyak2 pada TranungKite kerana tolong mempromosikan blog Mc kepada pembaca-pembacanya yang semestinya tergolong dari puak Pakatan Haram. Tiada komen atau ulasan balas kepada blogger bonggok tahap sundal tu. Cuma Mc meminta pembaca menilai sendiri, apa motif kita mengutuk dan mengeji seorang yang sedang sakit. Bahkan apa guna kita memperlekehkan isteri seorang pemimpin? Sedangkan tiada sebarang motif baik yang dapat kita tonjolkan melainkan dengan maksud menghina dan memperlekehkan seorang pemimpin terbabit.

Kita berperang dengan si suami, hanya hentam si suami sudahla, takkan kita nak bunuh si isteri sekali? Sedangkan si isterinya tak pernah berperang dengan kita, cuit kita pun tak pernah. Mc percaya semua ini bergantung kepada akhlak kendiri, janganlah bercakap pasal Islam kalau tak pandai, kalau salah cakap, kelak binasa diri dan masyarakat, dosa besar lagi.

P/s: cermin diri sendiri dulu, sebelum tegur atau hentam orang lain.

Mctheory:
Malas nak layannnnnnn...

Jumaat, 10 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua! dari Mctheory


Salam Aidilfitri daripada Mc dan keluarga,

Mc mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger, pembaca dan peminat setia blog Mc (kalau ada la). Tidak lupa juga pada pengkritik dan puak Pakatan Rakyat semoga sinar lembaran aidilfitri ini menyedarkan korang daripada lamunan. Apa pun Mc minta maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa (semestinya ada). Maaf Zahir dan Batin.

Mc akan cuba update blog Kedah Ke KL seperti biasa, mungkin agak perlahan kerana kesibukkan Hari Raya. Jika diizinkan Mc akan berkunjung ke rumah terbuka para pemimpin yang berhari raya bersama rakyat. Insyallah...

Semoga Hari Raya tahun ini membawa lebih keberkatan kepada anda semua.

MctHeory 

Kedahkekl.blogspot.com

Selasa, 31 Ogos 2010

MC: TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA DAN RAKAN BLOGGERS KERANA MEMBERI SOKONGAN!




1 MyKMU 615
2 Agenda Daily 632
3 House PK @ ParpuKari 741
4 Gerakan Anti PKR @ GAP 823
5 The Unspinners 897
6 Pisau 965
7 Rocky’s Bru 1,285
8 Dr Novandri 1,637
9 Taipingmali 1,886
10 AIDC 1,898
11 Media Permatang Pauh 1,969
12 RBF 2,105
13 The Flying Kicks 2,323
14 Perak Today – The Portal 2,328
15 Malaysia-Instinct 2,418
16 Out Syed The Box 2,539
17 Papa Gomo 2,940
18 Anwar Pembohong 3,059
19 UMNO Online 3,156
20 Kedah ke Kl- McTheory 3,380
21 Keris Putera 3,577
22 Kickdefella 3,857
23 Husin Lempoyang 3,923
24 UMNO Reform 4,836
25 Bumiyang 4,838
26 Panglima Perang Cyber 4,892
27 Pilhan Anda 5,143
28 Medan Info Kita 5,374
29 Azli Shukri 5,473
30 Dato Kadir Jasin 5,874
31 Big Dog 5,929
32 Another Brick In The Wall 6,335
34 My Anger 6,779
35 Beranikan Hati 7,145
36 Pribumi Perkasa 7,672
37 Apa Yang Tersirat 7,910
38 Paneh Miang 8,243
39 Melayu Bersatu 8,369
40 Warisan2057 9,198
41 Penghuni Gua 9,270
42 Nobisha 9,990
43 Tunku Aisha 10,229
44 RajahMas 10,331
45 Mutiara Melayu Penang 10,495
46 Jeffry Damien 10,692
47 Satu Lima Tiga 10,780
48 Angin Perubahan 11,383
49 Satu Melayu 11,459
50 Nasionalis 1982 11,815
51 Kedah Times 12,353
52 Semut Hitam 12,886
53 Mahaguru58 13,220
54 Jebat Must Die 13,740
55 Cucu Tok Selampit 14,062
56 Gelombang Wangsa Maju 14,418
57 DR 1221 14,995
58 Anak Merdeka 15,060
59 Wake Up! 15,823
60 GaraManis 16,795
61 Gelagat Anwar 16,884
62 Pengundi Setia Sg Rapat 17,451
63 X-PKR 17,582
64 DetGuaq 18,973
65 Waadat 21,640
66 Melayu Pasir Gudang 21,648
67 Analisa Kumbang 21,826
68 Rahman, Ah Chong, Muniandy 21,959
69 Putra Merdeka 21,966
70 Kluangman 22,144
71 Anak Omak 22,152
72 Kamalfarsya 23,088
73 Mesin Taip Buruk 23,874
74 Unit Media Baru Pemuda UMNO 24,713
75 Apanama 26,205
76 Sahabat Gunung 27,179
77 Voices Around 27,705
78 Exception 28,656
79 Sanggul Melayu 28,661
80 Just Read 28,855
81 Sri Tri Buana 28,960
82 Tomyam Poktek 31,185
83 Nuraina Samad 31,716
84 Senjaliza 32,381
85 Gelombang Rakyat 34,970
86 Kita Mesti Selamatkan Melayu 35,661
87 Tukang Dok Peghati 37,682
88 Tun Faisal 42,198

Terima kasih pembaca dan pengikut kerana memberi sokongan kepada Blog Kedah ke KL. Blogger baru macam Mc ni memang banyak benda yang masih perlu diajar. Mc sendiri pun tak sangka blog ini sudah 9 bulan ada di alam maya. Walaupun dalam kesibukkan kerja, Mc cuba menyampaikan informasi terkini, kalau bukan dari hasil Mc sendiri, Mc cuba dapatkan dari blog rakan bloggers yang lain.

Terima kasih juga kepada bloggers OTAI seperti Pisau.Net, House Pk, GAP, AIDC, The Unspinners, Jeffry blog Dimensi,dan Yang Gambi dan ramai lagi yang tidak pernah sombong untuk membantu bloggers baru seperti Mc, dalam secara langsung atau tidak langsung. Minta jika ada kesalahan, harap dapat diperbetulkan. Bukan semua orang suka kita betul tak? Yang penting perjuangan akan dteruskan kerana, 

Perjuangan yang belum selesai! Islam Hanya Satu! Hidup Kita akan jadi penentu!

MctHeory:
Siapa lagi nak jaga negara kita, kalau bukan kita sendiri ye tak? Sanggupkah kita lihat Tanah Air kita dimusnahkan oleh petualang Agama dan bangsa?