Ahad, 30 Oktober 2011

Anwar suruh orang beli Blog KEDAH KE KL??


Tajuk Biar GEMPAK! Kalau tak, ramai yang tak masuk, rilek, baca dulu..

Assalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Pada para pengikut blog, sahabat, pembaca dan juga rakan blogger yang lainnya. McTheory dan Pemuda Melayu Kedah telah melancarkan PAGE FB untuk blog Kedah Ke KL. Setelah hampir 2 tahun blog ini beroperasi kini barulah di wujudkan PAGE untuk Kedah Ke KL.

Klik LIKE jika suka, ia tidak membawa sebarang kerugian kepada anda semua, tetapi ia membawa makna yang besar pada bloggers seperti kami. Walau tidak menguntungkan, namun 'dihargai' lebih membawa makna yang lebih besar.

Apa untungnya hidup senang, kalau diri tidak dihargai. Bahagianya hidup miskin, kalau ramai orang yang sayang.

Namun kami blogger2 ni bukan orang besar, bukan orang kaya, hidup kami mencari makan, sama seperti orang lain, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bekerja menyara anak dan Isteri, namun tanggung jawab kepada negara juga tidak di lupa. Namun kadang2 terasa seperti tidak di hargai.

Patutnya ada orang yang dilantik untuk menjaga blogger2 pro kerajaan ni. Sumbangan blogger tidak boleh dipandang remeh. Peranan blogger sudah menjadi sumber terpenting dalam masyarakat sekarang.

Namun apa yang terjadi ibarat, lembu punya susu, sapi dapat nama. Orang lain buat kerja pulun nak mampus, orang lain pula yang dapat nama.

Namun perjuangan tetap perjuangan, selagi Anwar dan Pakatan tidak ditewaskan, kami akan tetap ke benteng hadapan, biar penat, biar letih, biar lelah. Pertahankan Alif, Ba, Ta lebih utama.

Kalau ada insan2 yang nak memberi sumbangan ikhlas kepada blogger2 seperti kami ni, alhamdullilah.. Percayalah, perjuangan kami ini tidak berbayar dan tidak disuruh, kebanyakkan blogger pro kerajaan, bangkit setelah Anwar melaungkan 'hidup ketuanan rakyat' dan mahu menyingkirkan kepentingan melayu di Malaysia.

Jika Melayu lemah, jangan harap Islam boleh diperkasakan.. Walau bukan semua Melayu itu Islam, tetapi hakikatnya di Malaysia Islam itu Melayu!

McTheory:
Terima kasih semua kerana menyokong Blog Ini..





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tok sah banyak dok berpolitik dan berceramah lah ,tolong tengok jalan di kedah dari lubang kecik dah jadi besaq , sampai bila nak biaq jalan macam nie habis rosak kong motor dan rim kereta siap duit buat balancing taya. nak tunggu lubang besaq kawah baru nak take action kot?

TENGGARA is SOUTHEAST berkata...

Jom LIKE sekali Page FB TIS

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Walaupun saya tak "like"...

Saya tetap baca blog anda..

teruskan perjuangan..