Anwar Ibrahim dalam kenyataanya mengatakan Najib Tun Razak telah melabelkan gerakan Ikwan Muslimin dan Yusuf Qardawi sebagai pengganas, dan ia telah dinafikan sekerasnya oleh Perdana Menteri Malaysia.
Anwar mengeluarkan kenyataannya berteraskan sumber dari National Review Online sebuah media penyokong kuat kumpulan Neo- Konservatif di Amerika Syarikat dan bertindak sebagai penyokong kuat kepada Parti Republikan termasuk Bush, Paul Wolfowitz dan Sarah Palin.
Akhbar milik Yahudi ini juga memainkan peranan utama mencetuskan propaganda menyokong siri pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq dan bersekongkol dengan Bush untuk menghalalkan serangan tersebut.
Ia dianggap sebagai media yang setia kepada kumpulan konservatif dan memusuhi Demokrat. Klik sini Selain memainkan peranan kepada kumpulan pergerakan Neo-Konservatif dan Yahudi . Klik sini
Anehnya lagi sehingga kini hanya ahkbar tersebut sahaja yang memutarbelitkan kenyataan Najib dan ini sebenarya tidak mengejutkan kerana Richard Lowry editor akhbar tersebut merupakan penyokong kuat kepada Paul Wolfowitz dan pernah dikecam umat Islam kerana pernah mencadangkan serangan ke atas Kota Mekah sebagai balasan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia World Trade Centre (WTC) di New York.
Beliau pernah mengungkapkan
“Setidaknya, Iraq harus dibiarkan akan dibahagikan oleh puak-puak yang terus-menerus berperang, atau, idealnya, menyerang dan diduduki oleh tentera Amerika dan dibuat menjadi sebuah negeri naungan” Dengan tujuan “akan menjadi rejim pro-Barat dan cukup berhasil, di antara republik Iran dan kerajaan di Turki …. Ini akan memastikan akses Barat ke minyak, dan mungkin putus OPEC …. Dan itu akan menjadi manfaat ekonomi yang bagus ke Amerika Syarikat.” klik sini
Tindakan Anwar menjadikan akhbar tersebut sebagai rujukan untuk menyerang Najib adalah tidak begitu memeranjatkan kerana akhbar tersebut seringkali digunakan oleh kumpulan parti Republikan.
Anwar Ibrahim sebelum ini dikenali sebagai antara salah seorang dari kumpulan Neo-Con ciptaan George Bush, dan tidak mustahil sebenarnya Paul Wolwowitz yang merancang propaganda ini bagi membantu kedudukan Anwar Ibrahim yang tertekan dengan pelbagai isu kebelakangan ini.
Dari kes liwatnya di dalam Negara hinggalah kepada kehilangan kepercayaan oleh Obama dan Hilary Clinton kepada dirinya ekoran pembabitan dirinya dengan kelompok neocon Republikan.
Sebelum ini, Ketua umum KEADILAN itu terdesak sehingga terpaksa menggunakan rakan baiknya, Paul Wolfowitz menyatakan sokongan terhadapnya dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar berpengaruh, The Wall Street Journal.
Paul Wolfowitz bersama Algore yang keduanya merupakan bekas ‘orang kuat’ Amerika Syarikat menggesa kerajaan Amerika Syarikat campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berlangsung.
“Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal. Klik sini
Wolfowitz merupakan bekas Duta Amerika ke Indonesia dan amat memahami sentimen masyarakat Islam terhadap Yusuf Qardawi. Sekiranya diperhatikan antara hubungan beliau dengan Editor National Review Richard Lowry adalah cukup jelas, kerana Lowry seringkali memberikan imej positif kepada mantan Presiden Bank Dunia tersebut dan banyak membela Wolfowitz dalam kebanyakan isu.
AIDC
P/s: memang hati perut yahudi la mamat ni..
Mctheory:
Pandai benar Anwar memanupulasi isu dengan cara yahudi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan