Khamis, 10 Mac 2011

SEKS ORAL DAN RAMASAN DADA.. geli ehhh...



KUALA LUMPUR 9 Mac – Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang pakar patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia enggan melakukannya.

Dalam kejadian pada 26 Jun 2008 yang berlaku selama kira-kira 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mengakui berlakunya penetrasi dan ejakulasi selain mendakwa dadanya diramas oleh Anwar.

Dr. Razuin Rahimi (gambar) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh memberitahu, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian itu daripada Mohd. Saiful Bukhari.

‘‘Pada dasarnya, dia memberitahu saya tentang kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 bahawa dia telah dipanggil oleh Anwar dan walaupun tidak merelakannya tetapi ia tetap berlaku.

‘‘Saya tanya tentang perhubungan jenis tersebut dan daripada pemeriksaan sama ada berlaku penetrasi, seks oral dan cecair pelincir digunakan,’’ kata saksi pendakwa ke-23 itu semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Razuin yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semasa kejadian terdahulunya menyatakan, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu kejadian itu berlaku tanpa kerelaannya.

MOHD. YUSOF (MY): Ada berlaku penetrasi?

RAZUIN RAHIMI(RR): Ya.

MY: Ada berlaku ejakulasi?

RR: Ya.

MY: Ada cecair pelincir digunakan?

RR: Ya.

MY: Selepas itu?

RR: Selepas itu, dia memberitahu Datuk Seri Anwar meramas dadanya. Kejadian berlaku kira-kira setengah jam.

MY: Ada berlaku seks oral?

RR: Mengikut Mohd. Saiful Bukhari, ada cubaan tetapi tidak berlaku.

MY: Apa maksud tidak berlaku?

RR: Menurut Mohd. Saiful, dia telah diminta untuk melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Razuin, 37, memberitahu, temu bualnya dengan Mohd. Saiful Bukhari berlangsung selama 20 minit sehingga pukul 9 malam.

Terdahulu, saksi itu memberitahu, pada 28 Jun 2008, beliau yang berada di rumah ketika itu telah menerima panggilan telefon pada pukul 3.30 petang dan 7.30 malam daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan HKL berhubung dakwaan kes liwat membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai di negara ini.

Jelasnya, semasa menerima panggilan telefon pada pukul 3.30 petang, beliau telah menasihatkan kakitangan terbabit agar meminta pengadu membuat laporan polis.

Menurutnya, beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada doktor pakar yang bertugas ketika itu, Dr. Siew Sheue Feng yang kemudian memintanya datang ke hospital.

Razuin berkata, dia tiba di Pusat Sehenti Khidmat Krisis (OSCC), Jabatan Kecemasan HKL kira-kira pukul 8.30 malam dan menemui pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira yang kemudian memberi taklimat kepadanya mengenai kes itu.

Menurutnya, Judy kemudian memperkenalkan Mohd. Saiful Bukhari kepadanya dan beliau memberitahu pegawai penyiasat tersebut bahawa beliau ingin mengambil latar belakang kejadian daripada mangsa di OSCC.

Selepas selesai mengambil latar belakang kejadian, kata Ruzain, Sheue Feng datang bersama pakar bedah, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan pakar unit kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan.

Menurutnya, beliau kemudian memberi taklimat pula kepada ketiga-tiga doktor tersebut dan memaklumkan mengenai borang protokol perubatan (pro-forma) sebelum ketiga-tiga doktor berkenaan menemu bual pemuda itu sekali lagi.

Ujarnya, tiada perbezaan tentang butiran kejadian yang diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari kepadanya dengan yang diberitahu kepada doktor-doktor terbabit sebelum mereka menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mangsa.

‘‘Peranan saya adalah untuk membantu Dr. Siew dalam mengambil nota dan latar belakang kejadian termasuk hasil pemeriksaan fizikal tersebut,’’ katanya.

Razuin memberitahu, pada awalnya beliau mengisi beberapa maklumat di tiga muka surat pada borang pro-forma itu tetapi setelah Sheue Feng menyatakan borang tersebut tidak sesuai digunakan dalam kes tersebut, beliau bertukar menggunakan kertas kosong.

Berdasarkan borang pro-forma tersebut, katanya, beliau ada membulatkan kepada jawapan ‘Tidak’ mengikut apa yang diberitahu oleh Mohd. Saiful Bukhari bagi soalan sama ada paksaan/keganasan dilakukan.

Menurutnya, dia membulatkan jawapan ‘Ya’ bagi soalan berkaitan mangsa ada melawan kerana Mohd. Saiful memberitahu bahawa dia tidak rela dan badannya menjadi kejang.

Saksi itu turut menjelaskan beliau menyatakan ‘cubaan rektal’ pada borang pro-forma memandangkan beliau tidak pasti sekiranya kemasukan (penetrasi) berlaku sehingga ke rektum.

‘‘Saya diberitahu berlakunya liwat (anal intercourse). Bagaimanapun rektum (bahagian akhir usus besar) terletak di atas anus (dubur) dan perkataan yang tercatat adalah mengelirukan kerana saya tidak tahu sekiranya penetrasi sampai sehingga ke rektum,’’ katanya.

MY: Bagaimana pula mengenai ejakulasi?

RR: Menurut Mohd. Saiful, dia (Anwar) ejakulasi di dalam anus.

MY: Cubaan rektal (rektal attempted)?

RR: Ya.

MY: (Ruangan) Apa yang digunakan, adakah (berlaku) penetrasi penuh?

RR: Ya.

Katanya, beliau tidak menyatakan tentang penggunaan cecair pelincir dalam borang pro-forma kerana borang itu sebenarnya adalah bagi pemeriksaan mangsa rogol.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Karpal Singh, Razuin bersetuju bahawa untuk sampai ke rektum, ia harus melalui anus, sama seperti yang berlaku dalam kes liwat.

Ujar beliau lagi, meskipun penetrasi tidak sampai ke kawasan rektal (bahagian antara anus dan rektum), ia tetap merupakan kejadian liwat.

Karpal Singh (KS): Kamu kata ‘Cubaan rektal’, ada berlaku sebarang pendarahan?

RR: Ya.

KS: Pada 26 Jun, ada pendarahan atau tidak?

RR: Mengikut (Mohd.) Saiful, pendarahan pada kali pertama dan kedua.

Mohd. Yusof kemudian mencelah bahawa pihaknya tidak mahu jawapan tersebut direkodkan tetapi Karpal bertegas hendak meneruskan soalan berkenaan.

‘‘Kamu (Mohd. Yusof) tidak mahu (keterangan tersebut) tetapi mereka (pembelaan) inginkannya,’’ kata Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

KS: Awak nyatakan ada pendarahan pada borang?

RR: Ya.

KS: Bila awak isi borang?

RR: Saya isi pada 28 (Jun)

KS: Jadi, ada pendarahan pada 26 Jun?

RR: Tidak.

KS: Tapi ada direkodkan ada pendarahan pada 28 Jun?

RR: Ya.

Perbicaraan bersambung esok.


Utusan Malaysia

P/s: can i balun u today??.. kah kah kah..

Mctheory:
Makin lama, makin nak termuntah aku..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PANCUT DLM BROO!..WA INGAT SEKALI DIA TARIK ANU TERUS BANJIR MELELEH MCM PINTU KUNCI AIR PECAH KEHKEHKEH