Selasa, 1 Mac 2011

SELEPAS ASYIK KALAH DI PRK, JENTERA PAS DAH MULA GIVE UP! ATAU BUDGET DAH LARI??

Mc nak tolong promote ni Pas ni, berapa bole bayar? he he he..

Apa dah jadi dengan jentera Pas di Kerdau dan Merlimau? Kilang fitnah dah tak beroperasi ke? atau dah kehabisan idea untuk memfitnah? Jentera BN di kedua-dua PRK kali ini mengakui bahawa jentera Pas kali ini lebih lembab dari biasa.

Selalunya semasa PRK diantara puak pembangkang, jentera Pas merupakan jentera yang paling rajin dan paling laju bekerja. Dap dan PKR biasala, mereka gunakan Pas dan pengikut setia Pas untuk dikudakan berkempen dimerata ceruk kampung. Tapi keadaan sekarang agak pelik apabila jentera Pilihanraya Pas kelihatan agak 'slow' dan tidak aktif seperti selalunya.

Apakah ini kesan kekalahan berturut-turut yang dialami oleh Pas disetiap PRK sebelum ini. Atau sememangnya Pas sudah mengetahui peluang mereka untuk menang di kedua PRK ni agak tipis, sebab itu mereka buat kerja seolah-olah dipaksa.

Mc ada dengar kantung perbelanjaan Pas dalam PRK sudah hampir kering. Budget untuk PRK pula sudah 'over'. Mungkin laungan perjuangan ISLE Pas sudah tidak laku lagi jika jenteranya tidak diberi upah. Di mana ketua-ketua dan kepala-kepala besar puak Pakatan diwaktu Pas sedang susah sekarang? Sekadar mengharapkan derma disetiap ceramah, memang la tak cukup, sebab ceramah Pas sekarang pun dah tak ramai orang datang dengar.

Apa pun, mungkin PRK Kerdau dan Merlimau akan jadi PRK yang paling boring jika jentera Pas tidak ada semangat untuk melawan.

P/s: Tarik diri saja la, dari membazir duit...

Mctheory:
Simpan duit untuk PRU ke 13 lagi bagus la Pas wei...

Tiada ulasan: