Sponsor

Memaparkan catatan dengan label prk merlimau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk merlimau. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mac 2011

TERGOLEK!! ANALISA PRK KERDAU DAN MERLIMAU!! WARGA FELDA TOLAK PEMBANGKANG!!

Keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada Barisan Nasional semalam di DUN Kerdau dan DUN Merlimau telah menterjemahkan banyak perkara. Sebelum ini, Barisan Nasional juga telah memenangi di DUN Tenang di Johor dengan pertambahan majoriti yang lebih tinggi. Jika kita lihat, pertambahan majoriti yang paling ketara telah di sumbangkan dari kawasan-kawasan Felda.

Ini telah di sahkan oleh PAS sendiri melalui kenyataan pemimpin mereka di dalam laman portal pembangkang. (lihat dibawah) Malah masyarakat Felda telah di gelar dengan bermacam-macam gelaran seperti 'STOK PENIMBAL BN', LEMAH IMAN, KEMARUK DENGAN HARTA BENDA, MENTALITI MUNDUR' dan sebagainya oleh para penyokong pembangkang.


Sebelum ini, kita telah melihat usaha-usaha gigih telah dilakukan oleh PAS melalui ANAK dan juga PKR. Kedua-dua parti ini telah turun dengan agresif ke Tanah-Tanah Rancangan Felda di seluruh negara untuk mengedarkan dakyah jahat serta cerita memburukkan kerajaan serta Felda. Susulan dari tindakan mereka meracuni pemikiran peneroka, banyak yang terpedaya hingga akhirnya peneroka terbabit terlibat di dalam menyaman Felda tanpa berfikir panjang.

Peguam-peguam yang mewakili mereka ini pula telah menggunakan peneroka tanpa memberi penjelasan bahawa sekiranya peneroka kalah, segala urusan membawa kes mereka ke mahkamah tetap perlu di langsaikan oleh peneroka terbabit. Isu yang paling terkini di mainkan oleh ANAK semasa pilihanraya kecil DUN Kerdau ialah Felda Plantation yang di katakan pertubuhan haram dan juga pembayaran SES kepada peneroka.

Ini adalah antara beberapa isu yang telah dimainkan oleh pembangkang untuk meraih simpati peneroka serta generasi muda Felda untuk menyokong perjuangan mereka. Sebelum pilihanraya kecil, kita tidak nampak apakah kesan fitnah-fitnah yang telah di taburkan oleh pembangkang terhadap masyarakat Felda. Kini, jelas dapat kita lihat bahawa masyarakat Felda secara keseluruhannya menolak dakyah dan niat jahat pembangkang ini.

Kita kaji keputusan undi bagi kawasan Felda di DUN Kerdau dan DUN Tenang :

PRK DUN Kerdau ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 70.8% )

Felda Jengka 23 ( Dimenangi oleh BN - 69% )
Saluran 1 : BN - 236 (211), PAS - 95 (110)
Saluran 2 : BN - 390 (333), PAS - 133 (128)
Saluran 3 : BN - 297 (217), PAS - 177 (137)

Felda Jengka 22 ( Dimenangi oleh BN - 66.9% )
Saluran 1 : BN - 182 (208), PAS - 94 (103)
Saluran 2 : BN - 224 (313), PAS - 94 (117)
Saluran 3 : BN - 183, PAS - 94 (tiada saluran 3 pada PRU 12 2008)

Felda jengka 25 ( Dimenangi oleh BN - 87.4% )
Saluran 1 : BN - 307 (274), PAS - 43 (41)


PRK DUN Tenang ( Keseluruhan Undi Kawasan Felda : BN - 81.4% )

Felda Tenang ( Dimenangi oleh BN - 71.3% )
Saluran 1 : BN - 130 (118), PAS - 90 (98)
Saluran 2 : BN - 159 (146), PAS - 128 (169)
Saluran 3 : BN - 111 (147), PAS - 118 (154)

Felda Chempelak ( Dimenangi oleh BN - 87.7% )
Saluran 1 : BN - 279 (248), PAS - 21 (38)
Saluran 2 : BN - 373 (381), PAS - 61 (80)
Saluran 3 : BN - 333 (307), PAS - 53 (88)

Felda Chempelak Barat ( Dimenangi oleh BN - 85.5% )
Saluran 1 : BN - 292 (274), PAS - 33 (38)
Saluran 2 : BN - 392 (268), PAS - 57 (54)
Saluran 3 : BN - 254 (230), PAS - 52 (84)

Nota :
Tulisan Warna Biru - majoriti bertambah, Tulisan warna merah - majoriti menurun

Sekiranya kita lakukan analisa di atas kemenangan BN di kawasan Felda, kita akan melihat, perubahan positif berlaku di semua saluran dan peti undi. Kita juga dapat merungkaikan analisa seperti belikut :-

1) Walaupun terdapat penurunan undi di beberapa saluran BN, namun perkara yang sama juga berlaku terhadap undi PAS.
2) Kesemua peti undi telah di menangi oleh BN dengan pertambahan majoriti.
3) Perbezaan undi di Felda Jengka 2 berbeza di sebabkan oleh pertambahan saluran iaitu saluran 3.
4) Majoriti masyarakat Felda ( lebih dari 70%) mendukung apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan Felda di dalam membantu mereka.
5) Peningkatan undi dikalangan generasi muda Felda terhadap BN.
6) Masyarakat Felda menolak pembangkang terutamanya PAS.

Kemenangan kepada BN juga adalah di disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut ialah :-

1) Masyarakat Felda terutamanya peneroka dan generasi muda menolak dakyah pembangkang yang memburukkan kerajaan serta Felda.
2) Masyarakat Felda menolak kerjasama PAS, PKR dan DAP
3) Masyarakat Felda menolak Anwar Ibrahim kerana kebenaran 'Siapakah Anwar' telah semakin terbongkar
4) Masyarakat Felda menolak cara pendekatan pembangkang yang menggunakan fitnah untuk meraih undi. Contohnya :- sijil calon BN di Kerdau dan fitnah terhadap imam di Felda Tenang.
5) Segala usaha yang dilakukan oleh Felda dan Kerajaan diiktiraf oleh masyarakat Felda.
6) Kebencian yang timbul terhadap pembangkang apabila mereka dihina dan digelar macam-macam oleh pembangkang seperti 'Stok Penimbal BN' dan sebagainya.
7) Penyebaran maklumat yang tepat melalui media internet seperti blog telah dapat mematahkankan isu-isu yang ditimbulkan pembangkang.

Walaupun keputusan kali ini bertambah baik di kawasan Felda, kerajaan dan Felda tidak boleh memandang ringan dan bersikap lepas tangan terhadap kebajikan masyarakat Felda. Usaha-usaha perlu di pertingkatkan dan segala kelemahan terhadap pengurusan peneroka hendaklah di tangani segera.

Kerajaan dan pengurusan Felda perlu berterusan turun ke bawah (grassroot) dan memberi penjelasan serta penerangan kepada segala permasalahan yang timbul. Disamping itu, usaha untuk mendekatkan diri dengan generasi muda hendaklah ditingkatkan lagi. Insyaallah, masyarakat Felda akan berterusan menjadi kubu yang kuat kepada Barisan Nasional pada PRU ke 13 akan datang.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada pihak keselamatan terutamanya POLIS di dalam menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka, sudah pasti perjalanan pilihanraya akan terganggu dengan provokasi yang melampau oleh penyokong-penyokong pembangkang. TERIMA KASIH.

Anak Jati Felda

Isnin, 7 Mac 2011

SEMPOI!! BN MENANG BERGAYA DI KERDAU DAN MERLIMAU!!


MERLIMAU 6 Mac - Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau yang ditandingi dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti undi masing-masing sebanyak 3,643 dan 2,724 undi.

Calon BN di Merlimau Roslan Ahmad mempertahankan kerusi dengan undi sebanyak 5,962 berbanding calon Pas Yuhaizad Abdullah yang mendapat 2,319 undi.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad meraih sebanyal 5,060 undi berbanding calon Pas Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. - Utusan

Mctheory:
Tahniah UMNO, BN!! Lambat nak ucap.. berada diluar kawasan atas urusan kerja..

Selasa, 1 Mac 2011

PRK MERLIMAU!! MAK CALON PAS PENYOKONG BN??


Mctheory:
Biar betul ni.. apa pun layan katun tu dulu.. dari reformasin. Info lebih detail Insyallah.. akan didedahkan nanti.

SELEPAS ASYIK KALAH DI PRK, JENTERA PAS DAH MULA GIVE UP! ATAU BUDGET DAH LARI??

Mc nak tolong promote ni Pas ni, berapa bole bayar? he he he..

Apa dah jadi dengan jentera Pas di Kerdau dan Merlimau? Kilang fitnah dah tak beroperasi ke? atau dah kehabisan idea untuk memfitnah? Jentera BN di kedua-dua PRK kali ini mengakui bahawa jentera Pas kali ini lebih lembab dari biasa.

Selalunya semasa PRK diantara puak pembangkang, jentera Pas merupakan jentera yang paling rajin dan paling laju bekerja. Dap dan PKR biasala, mereka gunakan Pas dan pengikut setia Pas untuk dikudakan berkempen dimerata ceruk kampung. Tapi keadaan sekarang agak pelik apabila jentera Pilihanraya Pas kelihatan agak 'slow' dan tidak aktif seperti selalunya.

Apakah ini kesan kekalahan berturut-turut yang dialami oleh Pas disetiap PRK sebelum ini. Atau sememangnya Pas sudah mengetahui peluang mereka untuk menang di kedua PRK ni agak tipis, sebab itu mereka buat kerja seolah-olah dipaksa.

Mc ada dengar kantung perbelanjaan Pas dalam PRK sudah hampir kering. Budget untuk PRK pula sudah 'over'. Mungkin laungan perjuangan ISLE Pas sudah tidak laku lagi jika jenteranya tidak diberi upah. Di mana ketua-ketua dan kepala-kepala besar puak Pakatan diwaktu Pas sedang susah sekarang? Sekadar mengharapkan derma disetiap ceramah, memang la tak cukup, sebab ceramah Pas sekarang pun dah tak ramai orang datang dengar.

Apa pun, mungkin PRK Kerdau dan Merlimau akan jadi PRK yang paling boring jika jentera Pas tidak ada semangat untuk melawan.

P/s: Tarik diri saja la, dari membazir duit...

Mctheory:
Simpan duit untuk PRU ke 13 lagi bagus la Pas wei...

Sabtu, 26 Februari 2011

AIKK?? SEJAK BILA PUAK PAS DAN PAKATAN TAKUT DENGAN KARTUN NI??


Bila buat kat orang tak berpada-pada, bila dah kena muka sendiri, mau rasa la sedapnya macam mana. Tidak dapat dipastikan risalah yang digembar-gemburkan itu adalah milik BN. Cuma Mc berpendapat, puak Pas dan Pakatan ni melompat sakan dan membuat sidang media mengenai risalah seperti ini adalah satu perkara yang amat pelik.

Sejak bila mereka yang selalu mengunakan risalah dan buku kartun untuk mengutuk orang, begitu berkecil hati apabila ada orang mengutuk mereka dengan cara yang sama. What u give, u get back la beb! Kononnnya risalah itu mengutuk perlaksanaan 'buku jingga' dan 100 hari selepas Pakatan memerintah.

Pelbagai gambaran buruk diselitkan didalam risalah kartun terbabit. Apakah ini kerja orang UMNO? Atau hanya gimik politik murahan Pas untuk mencari sebab kesalahan UMNO/BN?

Susah nak percaya puak tiga suku macam orang-orang Pakatan ni.

P/s: melompat sakan nampaknya Dap, kaya besar tu..

Mctheory:
Buku Jingga ka? Atau Kepala Jingga! 

FITNAH JAHAT!! RISALAH PALSU TERHADAP PERKASA!!


Risalah palsu yang mengunakan lambang Perkasa sedang disebarkan dimerata-rata tempat di Merlimau untuk bacaan kaum cina dengan tujuan membenci Perkasa. Selama ini Perkasa sering dikaitkan dengan UMNO, modus operandi mereka hanyalah untuk menakut-nakutkan kaum cina. Seterusnya baca sini.

P/s: Kilang fitnah puak Pakatan sudah mulakan operasi!!

Mctheory:
nampaknya keadaan akan jadi 'Lebih Hangat Dari Biasa!!'

TERHANGAT!! COMING SOON THREE IDIOT IN KERDAU AND MERLIMAU!! Anwar, N.ajis dan Kit Siang, berlakon??

Special thanks to Jeffry (Blog Dimensi)

Pada pengemar dan pengkritik filem melayu, pastinya tidak akan sabar dengan kemunculan filem lakonan Anwar, N.ajis dan Kit Siang. Cuma tayangan filem dan lakonan mereka ini hanya terhad untuk penduduk Kerdau dan Merlimau. Pada semua rakyat Malaysia amnya, mungkin akan melihat sedutan-sedutan filem lakonan 3 idiot ini dikaca tv atau berita-berita dalam negara.

Khamis, 24 Februari 2011

MARI KENALI ROSLAN CALON BN MERLIMAU!!


Siapa agaknya Roslan bakal YB N27 Dun Merlimau ni...

Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )


Pendidikan


Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )

PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

Putra Merdeka

P/s: Apa agaknya modal puak Pakatan nak hentam si Roslan ni??

Mctheory:
Apa lagi, Pas buat fitnah, Dap berlakon sedih, Pkr jolok belakang..

Isnin, 21 Februari 2011

PKR MAKSUDNYA PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI!!


Ooo.. baru Mc tahu maksud sebenar PKR. PKR dinamakan Parti kian rapuh, parti koyak rabak, parti kencing rakyat dan yang terbaru dinamakan Parti keluar ramai-ramai. Kah kah kah.. sedap jugak bunyinya tu. Nama terbaru tu diberikan oleh PM kita sendiri semasa berucap di Merlimau.

Sebenarnya, gelaran dan nama-nama yang diberikan itu semuanya ada kena mengena dengan apa yang terjadi pada PKR sekarang. Mula-mula 'Kian Rapuh' lepas tu 'koyak rabak' disebabkan suka 'kencing rakyat' PKR pastinya rapuh dan koyak.

Akhirnya semua ahli tidak yakin lagi dengan PKR dan 'keluar ramai-ramai'dari parti. Sememangnya semua gelaran yang diberikan itu adalah sinonim dengan PKR. Tidak syak lagi.

Nampaknya Jentera BN di Merlimau betul-betul dah sedia untuk bertempur, nak baca klik sini.

Masa untuk lanyak puak Pakatan! Ayuh dan bangun!

P/s: Kerdau dan Merlimau, Pas masih bertarik rambut dengan PKR, apa kejadahnya.. he he he..

Mctheory:
Pakat-pakat tolak Pakatan!!..

Ahad, 20 Februari 2011

PRK MERLIMAU!! AKIBAT TERKEJUT, PAS NAK TARIK DIRI??


1. YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Najib Tun Abd Razak melakukan walkabout di sekitar Bandar Merlimau semalam.

2. Kira-kira 3000 orang penduduk setempat telah menunggu seawal jam 4.30 petang untuk sama-sama menyambut kedatangan Perdana Menteri.

3. YAB Perdana Menteri telah bertemu dan beramah mesra juga sempat bertanya permasalahan setempat. Beliau juga berjalan kira-kira 1 kilometer meninjau sekitar Bandar Melimau.

4. Turut serta dalam walkabout ini adalah YAB Ketua Menteri Melaka. Malam ini YAB Perdana Menteri akan bersama dalam Jamuan Rakyat Tahun Baru Cina di padang Politeknik Merlimau.

JPX

Nampaknya, gigil lutut puak2 Pas dan pakatan kalau tengok himpunan ni. Dewan Pemuda Pas berhimpun satu Malaysia pun tak sampai 5 ribu, ini penduduk tempatan sudah ada 3 ribu. Mc nasihatkan, Pas serahkan aje Merlimau tanpa bertanding, jangan buat masa dan duit.

P/s: nanti lagi banyak buluh nak kena cari.. he he he..
Mctheory:
Siapa calon Pas yang nak kena layak kat sini agaknya??

Jumaat, 18 Februari 2011

PRK MERLIMAU DAN KERDAU DIADAKAN SERENTAK!!



Kuching 18 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - utusan

Mctheory:
mengamuk lagi la puak pembangkang nanti!!

Khamis, 17 Februari 2011

Rabu, 16 Februari 2011

PRK MERLIMAU!! ANWAR DISAMBUT MERIAH DI MERLIMAU!!

Sambutan rakyat kepada Anwar!!


1. Warga Merlimau yang "berbesar hati" dengan kehadiran Anwar Ibrahim ke Merlimau telah menyediakan beberapa banner mengalu- alukan kedatangan Sang Peliwat tersebut.

2. Anwar Sang Peliwat dijangka akan tiba di Merlimau dalam Siri Jelajah "Mari Bohong Rakyat Malaysia" sempena PRK Merlimau.

3. Banner yang dipasang ini dapat menilai di mana tahap sokongan warga Merlimau kepada Sang Peliwat Raja Putar Alam ini.

4. Ini juga salah satu bukti kukuh bahawa Warga Merlimau tidak mahu PAKATAN RAKYAT!!!


JPX


Sebenarnya, banner sebegini sering dinaikkan apabila penduduk setempat tahu Anwar akan datang ditempat mereka. Tapi banner seperti ini juga akan hilang sehari sebelum Anwar sampai disana. Konco2nya akan buang semua banner2 seperti ini, dan hanya tinggal banner2 yang mendewakan Anwar sahaja. Sebab tu sampai sekarang, Anwar masih ingat rakyat menyokongnya, tapi dia tak tahu bahawa, sokongan rakyat kepadanya sudah berada ditahap kritikal.


kesiann.. kesiann..


P/s: Peliwat macam Anwar mana boleh percaya..


Mctheory:
Peliwat, pembohong, penipu, penjanji dan macam2 lagi la... 

PRK MERLIMAU!! DAMAI KEPALA OTAK, PAS MULA MENGANAS!!

laporan perubatan Mangsa (blog Jiwa Paradox)
Pas telah memulakan kempen PRK Merlimau dengan kekerasan, apabila telah memukul seorang penyokong BN semasa dia lalu dihadapan ceramah Pas. Baca laporan di atas dan untuk detail mengenai laporan ini boleh klik sini




Gambar2 ni Mc ambil dari blog House Pk. Mc rasa ini kejadian yang berlaku, sebelum disertai dengan laporan tadi.

Apakah ini janji Pas untuk bertanding secara aman damai? Nampak sangat Pas punya cakap langsung tak boleh pakai.

P/s: Belum apa2 dah ada orang kena pukul.. 


Mctheory:
Nak tau jugak, orang Pas ni.. Islam yang macam mana ye??..

Isnin, 14 Februari 2011

PANAS!! PERTUKARAN STRATEGI PAS KE KERDAU, PKR KE MERLIMAU!!


Mc terdengar khabar angin sepoi-sepoi bahasa yang mengatakan akan ada pertukaran tempat diantara Pas dan PKR di Merlimau dan Kerdau. Pertukaran quo suka sama suka ini disebabkan Pakatan Haram percaya PKR lebih layak bertanding di Merlimau yang jauh berbilang kaum, berbanding Kerdau yang hampir 89% bangsa melayu menjadi pengundinya.

Baru-baru ini, N.ajis telah turun ke Merlimau untuk memberi ceramah sempena Tahun Baru Cina kepada masyarakat cina di sana. Mc pun tak faham, apa kena mengena N.ajis dengan Tahun Baru Cina dan apa yang orang tua tu buat, untuk bagi ceramah sempena tahun baru cina. Nampaknya demi mencari undi, Pas sanggup buat apa saja perkara yang tidak masuk akal sekali pun.

Agaknya N.ajis nak menguasai bidang 'ketuhanan' cina pula, soo.. nanti dia boleh keluarkan fatwa dan boleh diguna pakai oleh dua agama sekaligus. Perghh.. dahsyat orang tua ni sekarang, semakin 'advance'. Kalau kaum cina pun N.ajis boleh jual, nampaknya N.ajis akan menjadi 'dewata' 1 Malaysia. he he he..

Berbalik pada cerita asal, jika PKR ke Merlimau, nampaknya ada harapanla si Ketua AMK Samsol Ketot tu nak masuk bertanding. Bukannya apa, bergegar2 parti PKR apabila si budak2 AMK, tak sudah melobi ketua mereka yang pendek tu. Apa pun semuanya terpulang pada Anwar.

Kalau Samsol ni jambu.. sahih Anwar awal2 lagi  dah bagi green light, ni dah la ketot, bondcit lak tu, mana la Anwar nak pandang.

Bagi Mc, Pas atau Pkr, Mc tak kisah, kita kasi taram cukup2.. kasi hancus..

P/s: Bila pulak si N.ajis nak berceramah kat kuil india pulak??..

Mctheory:
Ceramah pakai sari.. baru seksi sikit.. kah kah kah..

Selasa, 8 Februari 2011

PRK MERLIMAU!! PAKATAN HARAM SERABUT MACAM HARAM!!

“Tidak benar, tidak benar,” kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau.

“Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar,” katanya - Laporang MI pada petang ini..

Tetapi, pagi tadi Malaysian Insider juga melaporkan disini dan di sini ... antaranya:


The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Apa-apa pun, setakat hari ini dan saat ini,  pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara telah bersetuju parti yang bakal mencabar BN di PRK N27 Merlimau pada 6 Mac nanti ialah:

PAS
Cuba pula baca petikan laporan Malaysian Insider di sini pula:
"Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu."

Persoalan di atas, semenjak bila Pakatan Rakyat melantik Anwar sebagai Ketua Umumnya? Apakah laporan ini sahih atau sekadar gimik politik PR?


Sama-samalah kita tunggu berita sahih lagi tepat pada hari penamaan calon nanti... Dalam politik Pakatan Rakyat khasnya dan politik tanahair umumnya, segalanya mungkin walaupun di saat akhir nanti..


P/s: Nampak sangat Pakatan Haram sekarang ni makin serabut serabai!!..

Mctheory:
Sedih betul kalau Pas yang bertanding, sebab Mc sokong Dap.. he he he..

Jumaat, 4 Februari 2011

PRK MERLIMAU! PAS KE PKR??!! DUA-DUA TAK PAYAH LA, KASI AJE DAP!! he he..


Orang dok bising pasal PRK Merlimau ni, calon BN dah tentu dari UMNO,tapi calon puak pakatan pulak, dok berebut diantara Pas dengan PKR. Pasal apa berebut, pasal kawasan tu selalunya Pas yang bertanding, tapi sejak akhir2 ni, pengaruh Pas kepada pengundi Melayu sudah semakin terhakis. Tambahan pulak Pas dan kalah 3 kali berturut dalam setiap PRK.

Soo dengan alasan yang sedemikian, PKR pun munculah dengan calon heavy yang tak berapa nak heavy dan tak berapa nak tinggi. Iaitu si Shamsul, ketua AMK, atau lebih dikenali sebagai Samsol ketot dikalangan ramai.

Mc tak rasa kalau Samsol masuk bertanding dia akan menang. Malah kalau letak calon Pas anak tempatan pun belum tentu Pas boleh menang, sebab kawasan tu 68% melayu dan hanya 21% cina. Kalau tengok daripada track rekod PRK yang puak Pakatan menang, sudah tentu mereka ini harapkan undi cina untuk menang.

Tapi kalau sampai 60% lebih tu, nak menang macam mana cek oii.. sudah tentula korang semua gigit jari lagi.

Mc bagi cadangan macam ni la. Dari dok sibuk Pas dan PKR berebut nak jadi calon, apa kata bagi aje la kat Dap. Sudah tentu undi cina akan dapat lebih banyak sebab Dap yang bertanding, betul tak?
gambar dari blog MIM

Lagipun sejak dari PRK ni, Pas dan Pkr dan kalah banyak kali dah, bagi la pulak peluang Dap untuk mengalahkan dirinya.

Samsol tak payah la masuk bertanding, buat malu je kalau kalah nanti. Pas pun tak payah la, orang melayu dah tak yakin dengan Pas sekarang, Parti Ah Seng, siapa suka, asyik nak jilat LKY je kejenya.

Dap? Haa.. tu yang paling sesuai.. he he he..

P/s: Kalau nak jugak, Pas nak kena tukar lambang pakai tanglong.. ganti bulan.. hahaha..

Mctheory:
Hehehe.. tak tau nak kata apa..