Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis
Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.
Dalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian.
“Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita.
“Lebih kurang 10 kota undi yang tidak mempunyai sebarang tandatangan, lapan cop mohornya telah diusik dan dua lagi cop mohornya di tempat yang salah,” kata Teoh ketika dihubungi.
Cerita ni hanya berlaku apabila PKR kalah. Cerita ini takkan berlaku apabila yang kalah disitu adalah komponen BN. Jika benar ada sebarang perkara yang disyaki berlaku, kenapa tidak dilakukan laporan polis terlebih dahulu. Kenapa nak tunggu sekarang? Andai kata mahkamah mengizinkan PKR menang disana, keputusan PRN Sarawak tetap tak berubah. Apa la nak kecoh sangat.
Ini semua alasan dan taktik orang yang taknak mengaku kalah. Dah kalah sudah laa.. Bila kalah biasala, mesti ada alasan, seperti ada pengundi hantu la, kotak undi kena usik la, kad pengenalan ada dua la, dan macam-macam lagi.
Sudah-sudah la, kasi tutup ini cerita lagi bagus la.. Baik korang tumpukan perhatian dengan cari jam Omega lagi berfaedah. he he he..
P/s: dengar kata Anwar masuk ICU pulak, betul ke? he he he..
McTheory:
Balik dari luar negara, terus sakit pinggang? Banyak buang 'air' tu.. he he he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan