Rabu, 13 April 2011

PANAS BEROMEGA!! POLIS BARU NAK DEDAHKAN IDENTITI PEMILIK JAM OMEGA, PKR DAH KATA KONSPIRASI!! Perghh.. dahsyat!



Kita semua tertanya-tanya siapa pemilik jam tangan Omega??. Khabarnya Datuk Eskas serahkan jam kepada polis itu untuk dikenal pasti pemiliknya. Almaklumlah.. pemiliknya itu sudah pasti individu yang 'berlakon' dalam video tersebut. Bila tunjukkan video, kata tak teranglah, kabur la, ini la itu la, buncit la, boroi la. Macam-macam ada. Kini setelah Polis mahu dedahkan identiti pemilik jam tangan kontroversi tu, PKR dah mula gelabah, dah kata ini konspirasi la pulak.

Kenapa nak kata konspirasi? PKR dah tahu ke siapa pemilik jam tersebut? Atau PKR nak kata Datuk Eskay curi jam Anwar dan serahkan kepada polis? Dey, ini jam tangan la, bukan jam dinding ke, jam loceng ke, jam tangan selalunya melekat aje kat tangan. Tambahan pulak itu jam kesayangan Anwar (jam hadiah dari Raja Arab Saudi) tak mungkin dia akan letakkan jam itu merata-rata.

Cuba baca apa beruk PKR ni kata,

“Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN,” kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.


“Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah,” tambah beliau.


Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya.


“Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.


“Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu,” kata Surendran.


Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar.


Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional. - Suara Kekaldaian


Siap boleh tolong ingatkan polis mengenai kerja polis. Sah la puak ni memang dah gelabah, takut. Mereka takut tembelang bos mereka terbongkar, mereka takut jam tangan omega mendedahkan identiti pelakon seks dalam video tersebut.

Mereka takut kerana mereka tahu bahawa sememangnya Anwar individu 'misteri' didalam video terbabit. Demi kuasa politik dan wang, mereka sanggup buat apa saja demi mempertahankan Anwar. Ye laa.. Anwar takdak, puak-puak ni mana boleh cari makan.  Temberang diorang mana boleh capai tahap Anwar, Anwar punya temberang sudah sampai tahap 'dewa' tahap tinggi.

Demi Anwar puak beruk PKR sanggup buat apa saja, hinggakan benda yang benar pun mereka nak sembunyi. Kebenaran dikatakan konspirasi, itulah PKR, takdak modal lain dah pusing.

P/s: kata tak salah, kenapa takut?

Mctheory:
Asyik semuanya konspirasi, bila lagi benda nak jadi betul? he he.. lama lama dah basi!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soklan nuar kepada wartawan hal Najib dan Altantuya ada kaitan dengan PRN sarawak?

Tanpa Nama berkata...

siapa suka cakap berpusing pusing macam dot dot dot...orang tu lah penyokong setia termasuklah peguam peguam yang sedarjat dengannya..migrant ni kalau betul pun memang salah..kalau salah memang betul..cit..

Tanpa Nama berkata...

geng2 penipu termasuk peguam loyar buruk dah start pooosing poooosing dah..
pasni confirm depa akan spin cerita, tangguh sini sana.tengoklah..

pak jabit kg pisang berkata...

laa anwar buat repot pasal penayangan video lucah....bukan menafikan watak dia dlm video tu....bior betul....