Sabtu, 14 Mei 2011

APABILA PKR MENZALIMI PENDUDUK KAMPUNG!!


Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan pada 11 Mei 2011 kecewa dengan sikap dan tindakan kerajaan Negeri Selangor yang zalim dan kejam terhadap penduduk Kampung Sungai Kerandang, Hulu Selangor yang mahu merobohkan penempatan dan ladang penternakan dan pertanian penduduk.

“Tengoklah tangisan dan rintihan rakyat Selangor hari ini di Kg Sg Kerandang, mereka yang kata sayangkan rakyat, nak merakyatkan negeri ini namun tindakan dan sikap kerajaan negeri ternyata tidak menyebelahi rakyat sebaliknya menkayakan kroni-kroni mereka.

“Dua puluh tahun lebih mereka menduduki dan mengusahakan tanah ini, tempat mereka tinggal, tempat mereka mencari makan, di sinilah keluarga mereka, tetapi hari ini kerajaan negeri mahu menghalau mereka dengan merobohkan penempatan dan ladang-ladang mereka, ke mana mereka nak pergi,” katanya.

Beliau bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan kira-kira 150 orang penduduk Kampung Sungai Kerandang mempertahankan kampung mereka daripada diranapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor atas arahan kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya, beliau mendapat tahu bahawa kerajaan negeri membuat keputusan zalim ini kerana mereka telah menjual tanah ini kepada sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Ini jelas kata beliau sifat kerajaan negeri Selangor yang mengutamakan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat dan penduduk negeri Selangor, khususnya di Kg Sg Kerandang. PKR sekali lagi menzalimi rakyat di Selangor. Tolak pakatan pembangkang di Selangor.

Apakah ini kerajaan rakyat ciptaan puak Pakatan Haram? sumber Mc ambil dari sini

P/s: dimana ada Pakatan, disitu rakyat merempat!!

McTheory:
Kerajaan rakyat konon, piiirahhh!!..

Tiada ulasan: