Ahad, 8 Mei 2011

DISEBALIK APABILA AWIE MARAHKAN BOB LOKMAN!!


SAYA tidak terkejut dengan 'kemarahan' rockers Awie terhadap Bob Lokman seperti disiarkan akhbar baru-baru ini.

Apabila Bob memperlihatkan sisi

'poyo' yang teramat dan meletakkan dunia seni tanah air seolah-olah hanya di kepala lutut, memang patutlah orang seperti Awie marah dan kecewa.

Tentulah Awie marah sebab Bob seolah-olah menghina dan mencerca bidang yang selama ini menjadi periuk nasinya sendiri.

Sepanjang kehidupan sebagai anak seni, banyak yang telah dilalui oleh artis-artis kita. Ini termasuklah tempoh pencarian untuk mengenal jati diri, kehidupan, manusia dan kemanusiaan.

Sebenarnya bukan Bob saja yang sudah bertemu dengan fasa baru dalam kehidupan setelah sekian lama bergelumang dengan dunia seni.

Banyak, sudah banyak artis yang memilih untuk berhijrah ke arah kehidupan untuk berdakwah melalui saluran keagamaan.

Ini termasuklah Ali Setan, Azmil Mustaffa yang hari ini sudah berkeliling dunia untuk berdakwah.

Bagaimanapun mereka bukan seperti Bob yang seolah-olah langsung tidak mengenang walau satu pun kebaikan dalam dunia seni yang pernah diladeni.

Amy Search juga telah banyak berubah kearah yang lebih positif. Amy pada zaman muda dan Amy sekarang adalah langit dan bumi, kalau boleh dibuat perbandingan.

Pun begitu, tidak pernah sekalipun Amy mengeluarkan kata-kata nista kepada teman-teman artis waima dia sudah menjalani kehidupan yang lebih positif ke arah keagamaan.

Hari ini, Amy juga berdakwah dalam menyampaikan legasi seninya, tetapi berbeza cara dengan Bob yang terus berpaling tadah dan menganggap seni adalah sesuatu yang 'busuk' langsung tidak ada wanginya.

Amy hanya menggunakan landasan seni, bidang yang dia tahu untuk interaksi dengan peminat.

Justeru, Amy tidak dengan mudah menuding jari menyata itu haram, ini tak boleh, si dia masuk neraka atau syurga.

Itulah masalahnya apabila Bob menggunakan pentas politik sebagai medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan 'perjuangan' ke arah syurga itu.

Turut mengecam Bob, bukan saja Awie seorang.

Berdasarkan perbualan saya secara peribadi, ramai lagi artis lain yang memang 'makan hati' apabila dikeji dan dihina oleh rakan seperjuangan sendiri.

Ini termasuklah penyanyi Jamal Abdillah.

Jamal dalam komen kepada Saodah Ismail di Agendadaily berkata : 'Jika kita sudah tidak mampu bersaing dengan orang lain, janganlah salahkan industri. Bagi saya, beliau (Bob) sudah tidak ada apa untuk ditawarkan kepada industri' demikian kata Jamal.

Pada pandangan Jamal juga, sebenarnya orang seperti Bob sudah tidak mempunyai ruang dan peluang dalam industri seni.

Sebab itu dia memilih bidang lain sebagai pentas terbarunya. Tetapi amatlah malang kerana kemudiannya Bob cuba menyalahkan industri apabila dia tidak memperolehi apa yang dicita-citakan dan menjadikan orang seni sebagai 'kambing hitam' untuk membuat hukuman.

Jamal turut menambah, soal hipokrit tidak timbul kerana terpulang pada manusia itu sendiri untuk hidup secara pura-pura atau tidak.

"Hipokrit itu sendiri sebenarnya apa? Ia adalah orang yang melakukan dosa tapi berlagak baik dan dalam dunia yang dimasuki oleh Bob sekarang ini, perkara begitu banyak berlaku dengan jelas.

"Hari ini, ada orang cakap soal agama, soal hadis, tetapi hakikatnya, dialah orang yang paling tidak boleh dipercayai.

"Ini memang ada dalam dunia politik sedangkan dalam dunia hiburan, kita menghasilkan lagu atau karya yang mengajak pada keamanan, kecintaan dan sayang menyayangi. Di dalamnya ada perpaduan, ada seruan untuk hidup harmoni," tegas Jamal.

Bob, ingatlah, persahabatan dalam dunia politik dan dunia seni sangat berbeza sifatnya. Dalam politik, hari ini bersahabat tetapi esok boleh jadi musuh yang paling ketat. Dalam politik, tidak ada sahabat atau musuh yang kekal.

Maknanya apa-apa juga boleh berlaku. Jika hari ini orang yang Bob 'damba-dambakan', agung-agungkan, barangkali esok boleh meletakkan anda di tempat paling bawah.

Pada ketika itu, saya percaya sahabat-sahabat beliau dalam dunia seni masih mampu menghulurkan tangan persahabatan.

Kerana sama ada semalam, hari ini, mahu pun esok, yang menjadi keinginan orang seni sejati hanya satu - perdamaian.

Pada ketika dunia politik penuh dengan kacau bilau seorang seniman sejati akan kekal dengan prinsip perjuangannya iaitu untuk menabur bakti, menanam kasih sayang dan memperjuangkan kemanusiaan yang diseru melalui muzik, filem dan lagu-lagu mereka. - Utusan Online

McTheory:
Bob lokman tu bukan apa, dia dah rasa dia tu ahli syurga, sebab tu sombong semacam saja tu..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BODO LA SPONGEBOB SQUAREHEAD NIH!. INGATKAN MASUK PAS JADI BIJAK TAPI MAKIN BENGAP!. DIA LUPE KE DIA PENAH PEGANG WATAK ALIM DLM SATU DRAMA TU?ITU PUN DIA NAK CAKAP HARAM? PALE BANA DIA LAH KEHKEHKEH

www.affiliate-fadzil.blogspot.com berkata...

Dia dapat hidayah bagus..tapi yg tak bagusnya tmpat dia rujuk tu silap..sebab tu kita tak nampak dia makin dekat dengan Allah tapi dok mengata pulak org sini sana..kesian..dalam seni belum tentu berdosa dalam kesedaran islam kononnya lagi kuat mengata dan menghina..kesian Bob..

Tanpa Nama berkata...

Kalau bk bdakwah tak pyh masuk PAS.
Banyak badan2 agama dan NGO dakwah dlm m'sia nie.

SPONGEBOB KEPALASEGIEMPAT masuk nk jadi YB. Itu ajerrrr.
Kalu x caya tgu next PRU....