Isnin, 30 Mei 2011

KASI GEGAR!! AKHIRNYA PILIHANRAYA UMUM KE 13 SUDAH HAMPIR TIBA!!



Semalam TS Muhyiddin Yasin sudah memberi lampu kuning menyuruh semua jentera komponen BN bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke 13. Nampaknya jangkaan Mc tak lari jauh, sememangnya PRU ke 13 semakin hampir dari jangkaan.

Sebenarnya banyak benda yang Mc nak ceritakan disini, tetapi disebabkan semuanya perkara rahsia penting dan boleh membidaskan kembali kepada kerajaan Malaysia, Mc mengambil keputusan, untuk menelan sendiri rahsia terbabit dari menanggung risiko.

Cuma apa yang Mc boleh beritahu, Mc difahamkan, DS Najib sudah mengarahkan orang-orangnya bergerak mengkaji keadaan politik di seluruh Malaysia seawal bulan Januari lagi. Kini keputusannya agak bagus dan boleh dikatakan, BN akan menang lebih baik dari PRU ke 12, dan tidak sehebat PRU ke 11.

Sokongan kaum Melayu semakin bertambah, kaum india sudah kembali, tapi kaum cina masih tak sedar diri.

Cuma apa yang menyedihkan, jentera UMNO masih gagal berfungsi sebaik mungkin. UMNO hanya kuat disebabkan media utama negara dikawal oleh kerajaan pusat. Kalau tak, apa segala maklumat takkan sampai kepada rakyat.

Pemuda UMNO sepatutnya digerakkan sebaik mungkin secara aggressif, tetapi apa yang kita nampak dan lihat, masih ramai pemimpin tertinggi dalam pemuda UMNO masih lagi lembek tidak bermaya. Termasuklah ketua Pemudanya, yang bagi Mc ada tak menambah, takdak tak mengurang!.

Kini BN hanya bergantung harapan pada UMNO dan MIC. Gerakan dan MCA? kalau tak silap Mc, pengaruh mereka pada kaum cina di Malaysia hanya ada 20%, yang lainnya DAP sapu bersih. Kalau BN nak menang besar PRU kali ni, BN kena attack DAP kasi hancur kemudian Pkr dan Pas akan hanyut dibuai mimpi ngeri.

Sekian ulasan buat masa ini.. lain kali Mc ulas lagi.

McTheory:
Ada projek baik nak buat ni.. tungguuuu..

Tiada ulasan: