Selasa, 31 Mei 2011
KASI PANAS!! MENJAWAB FITNAH KAPAL SELAM PAKATAN HARAM!!
Pakatan Rakyat yang menjangkakan pilihanraya akan datang sudah mulakan serangan demi serangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Satu isu demi satu isu dan propaganda diungkitkan dengan kadar yang deras dan bertalu-talu.
Disebalik Raja Petra dilihat seolah-olah membersihkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dari tuduhan penglibatan dalam membunuh Altantunya, dia kini dikesan akan memulakankan drama dan sandiawara baru ke cerita asal Altantunya untuk menuduh ada salahlaku rasuah dalam hal pembelian kapalselam Scorpene.
Difahamai peguam Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat Jun atau Julai untuk memberi taklimat mengenai perkembangan terbaru skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.
Suaram yang kononnya mewakili rakyat Malaysia telah memfailkan aduan terhadap DCNS - syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia - pada Disember 2009 di mahkamah Paris telah menuduh ada kegiatan rasuah dalam urusan pembelian berkenaan.
Mereka mengesyaki wang sogokan berjumlah ratusan juta di sebalik transaksi berkenaan, yang butirannya cuba disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambung baca SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan