Ahad, 22 Mei 2011

KASI PANAS!! KERAJAAN PAS KEDAH SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN PUSAT??


Makin lama makin banyak pendedahan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kedah yang dikatakan lemah dalam pentadbirannya.

Kementerian Kerja Raya mendedahkan Kerajaan Kedah antara kerajaan negeri yang didapati menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Shaziman berkata, kementerian kesal dengan perkara itu kerana setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat perlu digunakan dengan betul oleh kerajaan negeri.


"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan.

"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Sementara itu, Shaziman dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN).

"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah.

"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja," jelasnya. sumber sini.

Sememangnya setiap kesalahan akan dituding jari kepada orang lain. Kiranya puak pembangkang ni, umpama  malaikat langsung tak pernah buat kesalahan. Pusat berikan wang untuk buat jalan negeri, tapi disalah gunakan untuk buat jalan kampung. Sepatutnya jalan kampung dibuat mengunakan dana dari kerajaan negeri sendiri dan bukannya dari kerajaan pusat.

Entah berapa banyak lagi dana yang kerajaan Pas Kedah cuba seleweng?

P/s: Nak tahu cerita peguam Pas songlap duit orang felda berjuta-juta klik sini

McTheory:
Semakin lama semakin teruk puak Pas ni..

2 ulasan:

Mohd berkata...

Dpd PAS merembat duit Dana Memali dulu lagi, rakyat patut sudah sedar yg PAS ni akan mencari peluang sahaj utk merembat duit rakyat.
Melayu mudah lupa ...........

biarbetul berkata...

masa bn perintah dulu depa guna duit kerajaan pusat atau negeri buat jalan kampung?

Berapa agaknya peruntukan kerajaan pusat kpd kedah semasa bn perintah, berbanding semasa pas perintah.

Komen mengikut akal bukannya hati!