Ahad, 22 Mei 2011

KASI PANAS!! UTUSAN TAK BERCIRI MELAYU DAN TIDAK ISLAMIK??


“Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.” – Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS.

Berdasarkan kata-kata Idris Ahmad di atas, bolehlah saya menyimpulkan bahawa…
Idris Ahmad mendakwa laporan Utusan tidak menepati ciri-ciri Melayu.
Idris Ahmad mendakwa laporan Utusan jauh sekali bercirikan agama Islam.

Benarkah dakwaan Idris Ahmad itu? Benarkah Utusan tidak bercirikan Melayu? Dan menyimpang dari ciri-ciri agama Islam?

Siapa Idris Ahmad untuk bercakap mewakili semua Melayu? Siapa Idris Ahmad untuk menghukum mengenai soal Melayu atau tidak terhadap Utusan? Atas dasar apa Idris mendakwa Utusan tidak cukup Melayu? Adakah akhbar lain yang bercirikan keMelayuan selain Utusan?

Pada hemat saya, Idris Ahmad perlu mengajukan persoalan di atas sebelum membuat kenyataan seperti di atas. Saya tidak marah pada Idris kerana dia bercakap berlandaskan kepentingan politik. Namun, caranya yang tidak rasional menyebabkan dia tergolong di dalam pemimpin PAS yang dungu dan tidak relevan.

Selama ini, tak kira Melayu UMNO, PAS, PKR dan mahupun Melayu DAP membeli dan membaca Utusan. Tak payah tipu diri sendiri. Ustaz Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri mengaku beliau membaca Utusan. Ramai pemimpin dan ahli PKR yang membaca Utusan, malah ada Melayu DAP yang melanggan Utusan!

Mengapa semua Melayu membaca Utusan tanpa mengira fahaman politik mereka? Ini adalah kerana Utusan lebih menjadi pilihan untuk berbicara mengenai isu semasa, khususnya soal Melayu. Tak payah menipu pihak pembangkang tidak membaca Utusan.

Jika mereka tidak membaca, bagaimana mereka bertindak mengecam dan cuba memboikot Utusan? Tentulah mereka perlu membaca akhbar tersebut dahulu sebelum bertindak begitu! Mengapa pula dikatakan Utusan “racist”? Hanya kerana Utusan menulis soal Melayu dan mempertahankan ketuanan
Melayu di negara ini? Jelas sekali Utusan bercirikan Melayu..!!!

Tidak bercirikan Islam? Saya akui, Utusan pernah tersilap lapor dan ada beberapa kali disaman. Namun, semua kes tersebut diadili tanpa sebarang kepentingan politik, meskipun sebahagian besar saham Utusan dimiliki UMNO. Itu menunjukkan Utusan tidak “kebal” walaupun ada “kabel besar” di dalam Kerajaan.

Utusan bertanggungu jawab atas laporannya. Utusan sedia memohon maaf pada setiap keralatan yang mereka siarkan. Sekiranya laporan Utusan tidak benar dan salah dari sudut Islam, mengapa tidak disaman saja Utusan atau dakwa Akhbar itu di mahkamah Syari’ah?

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada akhbar itu untuk dikategorikan sebagai “akhbar bercirikan Islam”? Apakah dengan menyertakan ruangan mengenai hal ehwal Islam di dalamnya seperti Harakah? Jika itu ukurannya, Utusan lebih awal berbuat demikian di dalam siaran akhbarnya. Tiap-tiap hari ada ruangan agama!

Bagaimana pula dengan Harakah? Harakah cukup bercirikan Islam? Apakah dengan setiap hari mencanang berita politik maka akhbar milik PAS itu boleh dianggap sangat bercirikan Islam? Harakah juga sering disaman, kalah saman dan tertangkap memfitnah! Apakah “fitnah” termasuk di dalam ciri-ciri Islam dari kaca mata Idris Ahmad atau PAS?

Lihat saja ruangan iklan di Harakah Daily, penuh dengan iklan “ubat tenaga batin”, “membesarkan alat kelamin”, “menyempitkan alat kelamin”, “minyak yang berkait rapat dengan hubungan kelamin” dan hal ehwal “dalam kelambu”. Suka betul Harakah Daily dengan hal ehwal “seks”! Apa Harakah memang “seks maniac”, kah? Itu ciri Islam?

Cara Idris Ahmad mengutuk Utusan itu seolah-olah menampakkannya sebagai tidak adil dan tidak rasional dalam memberikan pendapat. Tahulah dia adalah orang kuat PAS, namun untuk menuduh sebuah akhbar “ultra-Melayu” sebagai “tidak Melayu” adalah satu kenyataan yang dungu dan bodoh.

Begitu juga tuduhannya bahawa Utusan tidak bercirikan Islam. Jika dilihat kesungguhan, dakwah dan informasi, dengan rasional sebagai seorang umat Islam, Utusan lebih berkreadibiliti berbanding Harakah yang mengutamakan politik dan iklan berbaur “seks maniac” berbanding Islam itu sendiri. Seharusnya Idris ikhlas dalam kerasionalannya memberi pendapat.

sumber MyKMU

Tiada ulasan: