Sabtu, 7 Mei 2011
PANAS!! APA SUDAH JADI DENGAN UMAT ISLAM MALAYSIA??
Konspirasi, virus takut Dap dan perkataan, "ini semua hal UMNO" menjadi lebih penting dari cerita disebalik kebenaran. Kemana hilangnya sensitif umat Islam bila agama kita diganggu. Satu persatu hak menjaga nama baik Islam di Malaysia seolah-olah diragut oleh kaum lain berasaskan sokongan kaum Islam sendiri.
Sebagai umat Islam, kita mahu agama kita dijaga sebaik mungkin untuk generasi yang akan datang. Jika dengan politik pun kita tak dapat pertahankan negara, bagaimana pula nanti dengan senjata, jika negara Malaysia diceroboh kelak?
Tidakkah kita sedar bahawa tujuan untuk kukuhkan agama Islam di Malaysia semakin terhakis. Mula-mula berikan hak penggunaan nama Allah kepada Kristian, kemudian, benarkan bible Melayu masuk ke Malaysia, nanti apa pulak yang mereka akan minta? Hak 'mengkristiankan' melayu secara terbuka pulak ke?
Janganlah kita jadi serupa cerita Israel dan Palestin. Asal Israel hanyalah penempatan dari satu kampung, sikit demi sikit, sekarang sudah jadi satu negara. Malah mereka pula yang menindas tuan punya negara asal dengan keganasan dan peperangan. Apakah kita tidak takut Malaysia akan jadi seperti itu? Nauzubillah..
Perjuangan 'mengkristiankan' kaum Melayu sudah lama digerakkan. Terutamanya di IPT-IPT diseluruh Malaysia. Cuma ia dilakukan secara diam-diam. Malah ganjaran bagi orang melayu masuk Kristian juga dikatakan sangat lumayan, malah dijanjikan hidup yang mewah. Mana yang gelap mata dengan duit tu, pasti akan terpengaruh dengan tawaran yang sedemikian.
Pernah kita terbaca didalam akhbar apabila satu keluarga Melayu Islam 'berniat' untuk menganut agama Kristian akibat daripada tekanan sekeliling dari orang kampung dan tekanan kemiskinan.
Cuba kita lihat, hingga ada yang berani mengistiharkan keluar agama semata-mata kerana tekanan hidup. Dimana sensitiviti kita umat Islam?
Ada diantara kita umat Islam yang tak dapat berfikir dengan baik, mungkin disebabkan taksub dengan parti berbanding agama. Hingga tak dapat membezakan yang mana buruk dan yang mana baik. Contohnya pemimpin Islam yang melakukan zina dan liwat didedahkan secara terang-terangan, tetapi masih ramai umat Islam yang menyokong tindakannya, malah menyalahkan pihak yang mendedahkan.
Apakah maksud zina dalam Islam? Bukankah itu salah satu dari dosa-dosa besar? Kalau yang besar pun selamba dibuatnya, dosa yang kecil-kecil seperti membohong, rasuah dan salahguna kuasa ni agaknya selalu dilakukan dengan tanpa rasa bersalah.
Orang macam nikah dikatakah pemimpin Islam? Orang macam ini kah yang kita nak jadikan pemimpin. Malah orang ini juga yang telah menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian malah hal bible berbahasa melayu juga telah mendapat sokongan darinya dan disokong juga oleh konco-konco bingainya yang beragama Islam.
Sebab tu Mc tanya dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam sekarang? Sekarang ni sudah ada yang berani 'berniat' untuk jadikan Malaysia negara Kristian, apakah kita akan terus berdiam dan mengatakan ini konspirasi UMNO? Atau ini dikatakan salah satu virus takut Dap yang dicipta oleh UMNO?
Fikirlah, jangan terhantuk baru nak mengelabah. Biar sesal sekarang, sebab kalau sesal kemudian, tiada gunanya.
P/s: Umat Islam Malaysia sudah berpecah-pecah..
McTheory:
Tak tahu yang mana baik dan yang mana buruk!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
jangan tanya pembaca (rakyat,
tanya pemimpin yang sedang dalam kerajaan...
Mereka semua jadik anjing, balaci cina dan kristian demi survival politik mereka...
Menteri KDN apa buat??
Rakyat melayu islam di kampung2, desa2, bandar2, sedang marah menggelegak, apa Najib nampak? KDN nampak ke?
DS Najib
jgn berbangga sgtlah dengan slogan transformasi DS...
Kalau transformasi akhir kesudahannya perut rakyat kat bawah akar umbi jugak yang berkeroncong, x berisi, lapar, ingat rakyat heran sgt ka nanti slogan transformasi DS?
Sila guna polisi dengan betul kepada pelabur yang dtg bukak kilang kat malaysia, jgn nanti, berjuta2 peluang kerja, budak2 malaysia jugak akhirnya yang gigit gaji, kena buang keje kerana semata2 nak jaga hati pelabur nanti, kunun gaji warga asing lagi berdaya saing...
Ingat DS, bukan pelabur yang menjamin undi DS...
tapi KAMIIII!
BETUL TUH!!
TGK KAT SINGAPORK SKRG...
NEGARA 1ST CLASS,
TAPI BYK RAKYAT MASIH 3RD CLASS
NAK BELI RUMAH FLAT HDB PUN TAK MAMPU,
POLISI2 KERAJAAN YANG BUAT BYK RAKYAT MAKAN HATI DENGAN PAP
NAK BELI KETER PUN TAK MAMPU...
MAMPU NGANGA JAK LAH....
SO DATO SERI NAJIB, SILA BUKAK MATA ANDA LUAS2 TGK FAKTA INI.
TRANSFORMASI X BERGUNA KALAU BYK RAKYAT NANTI TAK MAMPU NAK BELI ITU, BELI INI, NAK BAYAR ITU BAYAR INI, SEMUA X MAMPU SEMATA2 NAK KEJAR 1ST CLASS
Catat Ulasan