Selasa, 17 Mei 2011

PANAS!! TUJUAN SEBENAR ANWAR KE INDONESIA..



Pagi tadi Mc ada postkan perihal cerita ni, Ini cerita yang sebenarnya..

Selepas pulang dari Bahrain untuk menghadiri keputusan kes liwat di Mahkamah Tinggi, mulai esok Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali keluar negara lagi. Kali ini ke Jogjakarta, Indonesia pula lapor blog Medan Info Kita (MIK).

Menurut selain Anwar, Ketua AMK PKR, Shamsul Iskadar Mat Akin dan aktivis PKR yang disebut-sebut mahu meninggalkan PKR, Badrul Hisham Saharin (Chegubard) turut turut mengikuti rombongan itu.

“Menurut makluman yang disampaikan kepada Blog MIK, Anwar akan bercuti di Jogja bersama Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar @ Sam Kemetot dan juga calon bertanding Ketua AMK yang tewas, Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard…


“Tujuan “percutian” ini untuk rujuk kembali hubungan intim Chegu Bard dengan AMK setelah menjadi hambar dan pahit sebaik sahaja diumumkan keputusan pertandingan Ketua AMK PKR dimenangi oleh Sam Kemetot”, lapor blog itu. Klik di sini

Sebelum ini Chegubard telah membuat beberapa siri ugutan untuk keluar PKR. Barangkali ‘pertemuan’ di Jogjakarta itu adalah salah satu resolusi untuk menarik semula Chegubard apabila Shamsul Iskandar dilihat gagal untuk menarik sokongan anak muda untuk menyokong Anwar. Klik di sini dan di sini

Selalunya, Anwar tidak akan melakukan satu kerja semasa lawatannya ke luar negara. Pelbagai program diatur sama ada rasmi atau tidak rasmi.

Tidak dapat dipastikan sama ada kunjungan Anwar ke Indonesia esok turut disertai oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail atau tidak.

Sebelum ini, bekas sahabat karib Anwar, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru pernah mendakwa kunjungan Anwar ke Indonesia adalah untuk berjumpa adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja.

AIDC Reveal pernah mendedahkan setiap kali Anwar ke Indonesia, beliau akan ditemani oleh Dony, anak saudara Sukma Darmawan.

Setiap kali, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, pemuda Indonesia bernama Dony itu akan menyambutnya. Dilaporkan, Dony juga akan menguruskan tempahan bilik hotel penginapan serta menjadi pengiring peribadi Anwar.

Siapakah lelaki ini ? Pegawai khas Anwar di Indonesia seperti Aasil Kazil Ahmad yang menjadi pegawai khas Anwar di Washington ? Klik di sini

AIDC

McTheory:
Banyak helah orang yang bernama Anwar ni..

Tiada ulasan: