Selasa, 17 Mei 2011

ANWAR KE LUAR NEGARA BUAT APA? ENJOY KE?


KUALA LUMPUR Mei – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan ’bercuti’ ke luar negara esok tanpa membawa bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menimbulkan seribu satu persoalan.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, sepatutnya dalam keadaan tertekan, Anwar perlu mengutamakan Wan Azizah berbanding Shamsul Iskandar Mohd. Akin mahu pun Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Sambil mempersoal kenapa Anwar perlu memilih negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah antara dua pemimpin AMK itu sedangkan ia boleh dibuat dalam negara, Mohd. Nazmi berkata, ia bukti bahawa Wan Azizah hanya diperlakukan sebagai patung.

“Saya simpati dan kasihan dengan Wan Azizah. Apa yang dia tidak korbankan demi Anwar tetapi dalam keadaan tertekan akibat pendedahan video seks dan keputusan hakim (bela diri), Anwar sanggup meninggalkan Wan Azizah untuk bercuti di luar negara.

“Kenapa tidak selesaikan masalah kecil dalam AMK ini di dalam negara? Kenapa tidak menjadikan percutian di luar negara itu sebagai tempat untuk beliau melepaskan tekanan bersama Wan Azizah?” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang dijangka ‘bercuti’ ke luar negara esok yang dikatakan bagi menyelesaikan permusuhan antara Chegu Bard dengan Shamsul Iskandar akibat pergeseran semasa pemilihan parti tahun lalu.

Permusuhan antara dua pemimpin AMK ini bukan lagi rahsia apabila kedua-dua pihak saling berbalas ‘serangan’ di laman sosial Twitter dan Facebook. - Utusan

McTheory:
Orang laki kalau keluar berjalan jauh tak bawa bini, rasanya macam pelik la sikit ye. Silap-silap Chegu Bard dengan Samsol ketot pun Anwar balun jugak.. he he he..

Tiada ulasan: