Isnin, 16 Mei 2011

TERKEHEL!! HARGA MINYAK RON 95 NAIK?? ini sudah lebih..



Desas desus mengatakan minyak khas untuk rakyat Malaysia iaitu Ron 95 akan dinaikkan. Betul ke? Apakah kerajaan sangat terdesak memerlukan sumber kewangan hingga sanggup mengurangkan subsidi minyak keatas rakyat? Apakah jualan minyak hasil laut kita tidak dapat menampung kenaikkan harga minyak dipasaran dunia? Sedangkan jualan minyak hasil dari dasar laut sangat bermutu tinggi dan harganya dapat mengatasi harga minyak mentah didarat dan padang pasir.

Mc tak kisah kalau kerajaan nak gunakan lebihan jualan minyak untuk kemajuan dalam negara. Tapi takkanlah dengan subsidi pada rakyat Malaysia yang susah macam kami ni pun nak dikurangkan. Jika minyak RON 97 naik harga, Mc tak kisah. Lantak la, itu minyak orang kaya, minyak untuk warganegara luar. Tapi kalau Ron 95 naik, sudah pastinya ramai yang akan melenting!

Sudahla gula baru saja naik harga. Ayam pulak sampai sekarang masih lagi kekal dengan harga pasaran sekitar rm7.00 ke rm8.00. Ikan jangan cakap la, duduk kat bandar ni mana ada ikan yang murah. Nak murah pun cuma ikan kering, itu pun dah sepeket dan cecah rm2.00. Takkanlah hari-hari nak makan telur kot?

Sememangnya Mc bersyukur dengan kehidupan sekarang, tapi jangan bebankan kami dengan harga minyak. Kerana minyak menguasai segalanya. Harga barang pasti akan naik lagi jika harga minyak dinaikkan. Apa saja yang mengunakan penghantaran, pasti harganya akan naik. Walaupun minyak naik (kononnya) rm0.20sen seliter, harga makanan akan naik sama seperti naiknya harga minyak. Itulah dilemanya bila minyak naik harga, pantang ada kenaikkan, pasti ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan kenaikkan itu.

Adakah kerajaan Malaysia sekarang sudah lupa dengan PRU ke 12, yang menyaksikan rakyat menolak BN disebabkan harga minyak naik melambung dan harga barang naik mencanak-canak sehingga ia menjadi modal politik pembangkang dan menyebabkan kerajaan Malaysia yang terdahulunya dinafikan 2/3 kerusi parlimen.

Mc percaya dengan kebijaksanaan kerajaan sekarang, tidak akan sanggup melihat rakyatnya merasa susah. Bahkan kesalahan kerajaan yang terdahulunya menjadi contoh dan iktibar untuk kerajaan Malaysia sekarang melangkah dengan lebih berhati-hati supaya menjadi kerajaan yang disayangi oleh rakyat Malaysia.

Bersesuaian dengan konsep 'rakyat didahulukan'

Semoga khabar angin mengenai kenaikkan harga minyak ron 95 akan terus berlalu dan dibawa bersama angin.

Luahan rasa dari McTheory (warga Malaysia penyokong kerajaan)

6 ulasan:

AMENO ChaCha Marrba berkata...

TU LAH...BUKAN Kerajaan BN,Kerajaan Barang Naik??...Apa lagi?? Mana ada Rakyat di-Dahulukan??? Rakyat tak di kisahkan..Cakap aje....

Realiti nya,Banyak benda Naik,Harga Rumah,Harga Makan,Harga Cost of Living,Harga Perubatan,Harga Kerja Kahwin,Harga nak Mati,Banyak lagi,Serba Serbi....

AYUH...APA LAGI,Kita TUKAR Kerajaan yang tidak Kompeten...!!!
JANGAN TAKUT..!!BERANI kerana BENAR
BUKAN TAKUT,nak UBAH,tapi HIDUP kita Mengelabah dan Parah...!!!!

LAWAN TETAP LAWAN...!!!!!

AbangRM berkata...

Ya..betul kata awak... BN ...barang naik..kalau PAS memerintah semua barang tak akan naik..malah turun tiap2 tahun..sampai petrol boleh dapat free je macam air sungai...beras free...gula sekilo 10 sen je...gaji k/tangan awam starting RM2500 untuk jawatan paling rendah...macam2 lagila free...mari..mari..mari kita tukar BN kepada PAS...apa tunggu lagi..rakyat akan dapat banyak duit macam daun ketapang banyaknya....pencuri pun dah tak perlu mencuri lagi...duit merata2..yahooooo..JANGAN TAKUT BERANI KERANA BENAR!!!!

Tanpa Nama berkata...

biasela.penyokong pakatan rakyat biasenye bodoh dan bangsat yg teramat sgt.sbb tu dgn mudahnya die boleh jual bangsa sndri kt cina DAP.jadi barua je la korg ni.

Tanpa Nama berkata...

tade kena mengena ngan harga minyak naik..... pundek kerajaan malaysia... moh ke PR.... kurang air selangor pun dah bersyukur besar.... nak tekan rakyat je..... moh moh... pak jib... hang buat pru13 awal skit.... time2 cam ni la kalau nak buat PRU13... biar pr memerintah.... puas hati sape suh naik kan minyak.... pundek ismail sabree...cuba la rasa gaji 800 ringgit sebulan.... aku rasa dafi pun merengek nak gule gule.....

Unknown berkata...

Salam Perjuangan…
Minta jasa baik tuan pautkan blog kecil saya ini ke blog tuan…

alamijiwaparadox@blogspot.com

blog tuan sudah saya pautkan di blog saya…
terima kasih.

Unknown berkata...

ada sebab kerajaan menaikkan harga minyak. jangan main sembrono mengatakan yang bukan2 kpd kerajaan. kaji selidik dulu kenapa kerajaan naikkan harga minyak. bukan main suka2 buat macam2 persepsi sendiri... belajar dari ilmu bukan dari nafsu.