Isnin, 16 Mei 2011

BERIKAN SAMBUTAN MERIAH ANWAR JIKA KE SUNGAI BULOH!!

Pasukan kompang tajaan Mc
Selang beberapa jam saja lagi merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua bloggers dan rakyat Malaysia. Apakah Anwar akan ke rumah rehatnya di Sungai Buloh, atau masih ada 'taktik' yang boleh Anwar lakukan untuk lepaskan diri.

Jika dilihat perjalanan kes, setiap kali perbicaraan, pasti rahsia Anwar terbongkar satu demi satu, hinggalah ke DNA Y dan pengakuan Karpal Singh yang mengatakan Anwar meliwat Saiful dengan cara 'bukan' paksaan. Tak kisah la paksa atau tidak, yang paling penting ialah Anwar 'meliwat' atau tidak, itu yang penting, kalau benar dia meliwat, terbuktilah sememangnya Anwar Ibrahim seorang peliwat tegar, dari dulu hinggalah sekarang.

Kalau terbukti Anwar bersalah dalam perbicaraan kali ini, Mc cadangkan kita berikan sambutan yang meriah buatnya di Sungai Buloh. Bawa pasukan kompang, letak bunga manggar, kalau boleh bawa pasukan silat, buat silat pulut bagi persembahan terakhir untuk Anwar.

Pastinya penyokong tegar Anwar akan bersepah membuat demo didepan 'rumah rehat' Sungai Buloh, tetapi tak apa, kehadiran mereka umpama memeriahkan majlis. Lagi ramai lagi bagus.

Mc cadangkan juga, hari Anwar pulang ke rumah rehatnya. Kerajaan Malaysia patut sambut dengan mengadakan satu lagi perayaan dalam kalender rasmi Malaysia sebagai 'Hari Keamanan Malaysia' diumumkan sebagai 'Public Holidays' yang terbaru.

Hari itu patut kekal menjadi sejarah Malaysia supaya menjadi teladan kepada generasi Malaysia yang akan datang. Di mana hari itu tumpasnya seorang tokoh 'perosak' negara yang terbilang dan temberang.

P/s: Sesungguhnya Malaysia akan kembali aman tanpa Anwar!!

McTheory:
Boleh buat Slogan baru, "Malaysia Aman tanpa Anwar!!!"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ADE ORG NK PUKOL KOMPANG SAMBUT DIA BROO. SIAP RED KAPET LAGI..ALA2 BANDUAN OF THE YEAR LE KATEKANN KEHKEHKEH