Selasa, 21 Jun 2011

KASI PANAS!! AMBIGA PANDIKUTTY PEGUAM PALING BODOH!!


Oleh: Terrence Fernandez - M.Instinct

Walaupun beratus-ratus laporan polis dan kritikan-kritikan keras terhadap Bersih, Ambiga berdegil untuk meneruskan demonstrasi Bersih sambil menggambarkan dan mungkin juga mempercayai yang dirinya adalah wira rakyat.

Kita faham bahawa Pakatan Rakyat begitu terdesak untuk mengalih isu daripada skandal jijik Anwar Ibrahim yang tiada kesudahan. Kita juga faham bahawa Pakatan Rakyat amat maklum bahawa parti mereka tidak punya peluang untuk menang melalui proses demokrasi dan mereka hanya akan mampu ke Putrajaya melalui taktik kotor – melalui pintu belakang sepertimana yang digemari Anwar. Bersih adalah tidak lebih dari penyamaran bagi melakukan rampasan kuasa.

Ambiga gagal untuk menjelaskan objektif Bersih apabila dia tidak dapat memberi jawapan tentang bagaimana Pakatan Rakyat boleh memenangi 5 negeri dalam Pilihanraya yang lepas jika SPR begitu ‘kotor’.


Amatlah mengejutkan bagaimana Ambiga boleh lulus dalam peperiksaan undang-undang apabila dia tidak mampu untuk berhujah secara akademik mahupun secara matang mengenai undang-undang berkenaan pilihanraya. Seolah-olah dia tidak punya pengetahuan langsung bagaimana undang-undang diluluskan, ditulis dan diubah.

Di sekolah, pelajar yang mendapat keputusan SRP/PMR yang baik selalunya, kalaupun tidak automatik, akan ke jurusan Sains atau Perdagangan. Mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang di dalam SRP/PMR akan ke jurusan Sastera. Mungkin ada beberapa kes di mana pelajar dengan keputusan yang baik memilih jurusan sastera kerana mencintai seni.

Adalah penting untuk kita mengambil maklum bahawa tidak cemerlang dalam matapelajaran sains bukan bermakna seseorang pelajar itu bodoh atau lemah kerana semua orang punya kebolehan dan bakat tersendiri yang unik yang sama pentingnya dengan sains. Tidak ada yang salah dalam sistem persekolahan kita dan kita tidak harus memandang rendah terhadap mereka yang tidak cemerlang dalam SRP/PMR. Mereka yang punya bakat menulis, bersajak atau melukis akan beperluang membina kerjaya professional dalam bidang seni. Sesetengahnya mungkin memasuki bidang lain memenuhi keperluan korporat dan perniagaann dalam pemasaran, pentadbiran dan sebagainya.

Tetapi, kita tidak boleh menafikan bahawa selalunya, mereka yang di dalam jurusan sastera adalah mereka yang tidak punya pilihan.

Pelajar jurusan sastera yang tidak punya bakat seni tetapi bercita-cita untuk menjadi ‘orang penting’ akan selalunya memilih jurusan undang-undang selepas tamat sekolah.

Ini kerana Peguam, adalah kerjaya ‘professional’ terhebat yang boleh diimpikan oleh pelajar-pelajar dari kategori ini. Mereka ingin dihormati dan dipandang tinggi sebagai manusia berjaya.

Jangan tersalah tafsir, penulis tidak langsung bermaksud semua peguam adalah pelajar lemah di sekolah. Penulis hanya menyatakan kebenaran yang memeritkan tentang bagaimana kerjaya peguam itu bermula bagi sesetengah peguam. Kita tahu ramai juga peguam dari jurusan sains di sekolah tetapi memilih jurusan undang-undang kerana mereka memang bercita-cita untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini.

Apa yang membuatkan penulis menulis mengenai hal ini ialah kerana hujah Ambiga yang dangkal serta perjuangan merepeknya mengenai ‘pilihanraya yang bersih bersinar-sinar’ bagi pihak pembangkang yang paling kotor dan menjijikkan, membuatkan penulis mengesyaki yang Ambiga pastinya termasuk dalam golongan pelajar lemah di sekolah yang akhirnya menjadi peguam kerana tiada pilihan tetapi masih ingin menjadi ‘orang penting’. Penulis mungkin tersilap tetapi penulis punya hak untuk menyuarakan pendapat, bukan? Atas nama kebebasan bersuara dan mengekspresi diri..betul?

Apa yang dilakukan oleh para peguam kecuali membaca dan cuba memanipulasi apa yang dibaca untuk membebaskan pelanggan mereka dari dakwaan – tak kiralah sama ada dia benar-benar bersalah. (Jangan marah, bukan penulis yang mencipta semua jenaka kejam mengenai peguam) Dan melalui Bersih, Ambiga sebenarnya melakukan apa yang paling pakar dilakukan oleh semua peguam, iaitu memanipulasi – memanipulasi kata-katanya, undang-undang dan orang ramai bagi memenuhi kepentingan pembangkang. Tak perlulah menafikan yang dia berjuang atas tiket pembangkang dan bukannya NGO – anjing juga boleh menghidu bahawa Bersih berbau Pembangkang – terlalu kotor dan busuk.

Satu kebetulan pula ‘pemimpin-bersama’ Bersih iaitu Mat Sabu juga pernah ditendang dari UiTM akibat gagal peperiksaan. Lalu rasmilah bahawa Bersih bukan sahaja kotor dan jahat tetapi juga bodoh dalam hakikat sebenarnya.

Hanya sibodoh yang akan memekik demokrasi tapi melakukan sebaliknya. Hanya sijahat yang akan memimpin sebuah perjuangan ke arah kemusnahan dan bukannya ke arah keamanan dan kestabilan.

Dan hanya sibaghal yang akan menjadi pengikut pemimpin bodoh dan jahat ke arah kemusnahan diri sendiri.

McTheory:
Bila bodoh bertemu baghal, maka terciptala bahalol!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ambiga bodoh ke atau UMNO bodoh??

gunalah otak sikit encik.. Kalau ambiga tak bangkitkan kekotoran pilihan raya, tiada siapa akan meneliti pendaftaran undi, memberikan mycard kepada warga burma dan myanmar, dan BN akan menjadi goverment sampai akhirat..

Bagilah wang hasil titih peluh u kepada rosmah untuk beli cincin, buat majlis perkahwinan anak dia..

Kalau u ada akal, title blog u ROSMAH BODOH BUKAN AMBIGA..

Bodoh sial blog ini.. Takut kritikan, jgn buka blog la bodoh!

Jgn tunjuk dekat bangsa lain yg melayu masih bodoh lagi. Tq