Isnin, 27 Jun 2011

KASI PANAS!! CERITA SEBENAR PENAHANAN ANGGOTA PSM DI PENANG!!

Baju rashid maidin

Polis dakwa aktivis PSM cuba hidup fahaman komunis

Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza tol Sungai Dua semalam, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar. Seorang lagi dibebaskan kerana di bawah umur.

Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Abdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Semalam, 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk diambil kenyataan mereka.
Abdul Rahim berkata seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Katanya perintah reman bagi kesemua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

Beliau berkata perintah reman dibuat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam reaksinya, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak masuk akal dan cuba menggambar parti itu sedemikian untuk menakut-nakutkan orang ramai. - freemkini

Namun cuba baca komen yang Mc ambil dari seorang komentar di Blog Mc.

REMAND ORDER FOR 30 PEOPLE IN PENANG

1. The PDRM is seeking a remand order for 30 people to facilitate investigation into alleged involvement into reviving subversive elements. The people have been remanded under Section 122 of the Penal Code for “waging the war against the Yang Di Pertuan Agong.”

2. The group, travelling on the bus, was arrested at a roadblock near Kepala Batas, Seberang Perai Utara, on 25 June 2011.

3. According to the police, they found printed materials and T-shirts bearing the images of former CMP leaders including Chin Peng, Abdullah CD and Rashid Maidin.

4. Police believe that this could be part of a larger scheme of thing by certain groups to destabilize the nation.

5. The police have reason to believe that these findings by the police have raised their concerns that the July 9 illegal gathering may have been infiltrated by subversive elements out to create chaos and disorder.

6. The police has reasonable ground to believe that these group of people has engage in activities detrimental to national security and enhance they been remanded under Section 122 to facilitate police investigations.

Nampaknya puak-puak ni semakin melampau dan menjadi-jadi. Mereka kembali menghidupkan semula semangat komunis dan anti YDP Agong.

Sememangnya pengerak utama PSM patut dicari dan ditangkap. Mc percaya ini adalah agenda tersembunyi puak Bersih yang menyokong negara ini direpublikkan!!

McTheory:
Ini agenda sebenar mereka, untuk menjahanamkan negara!!

Tiada ulasan: