Isnin, 27 Jun 2011
PANAS!! ADA KETUA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH YANG NAK MAMPUIH DAH!
Semalam Mc dapat berita dari sumber yang sangat boleh dipercayai, mengenai satu Bahagian UMNO di Kedah yang Ketua Bahagiannya langsung tak buat kerja. Boleh dikatakan, aktiviti untuk kawasan setempat langsung takdak. Hinggakan mesyuarat bahagian pun dah lama tak buat. Kiranya apa jua keputusan, ketua bahagian tu main ikut kepala sendiri saja la. Bayangkan, kantung bahagian pun sampai kering, kerana langsung tidak ada aktiviti.
Perkara ini didedahkan oleh orang kuat beliau sendiri. Yang terpaksa mendedahkan supaya tidak mahu perkara ini menjadi semakin teruk dan akhirnya Bahagian tersebut boleh berkubur tanpa nisan.
Beliau juga sudah bercadang untuk menghantar surat rasmi kepada Tuan Presiden UMNO untuk mengadu hal mengenai Ketua Bahagian yang tidak bertanggung jawab!
Parlimen Ketua Bahagian tu ialah Parlimen yang pernah Mat Sabu menang dahulu. Kalau tak salah Mc selama sepenggal Mat Sabu jadi ahli Parlimen.
Nasihat Mc pada ketua Bahagian UMNO tu. Jangan menyusahkan orang lain dengan sikap dan perangai malas kamu. Mungkin kamu dah hilang perasaan untuk cintakan parti, majukan agama dan bangsa. Tapi jangan menyekat kemaraan orang muda dalam bahagian yang mahu terus bersemarak hebat menentang pembangkang.
Jika rasa diri tu dah tak boleh buat kerja, apa kata hantar surat resign dan undur diri dengan sehormat mungkin. Pasti akan ada orang buat majlis sambutan untuk kamu.
Kalau kamu ingat Tuan Presiden UMNO tak tahu perangai buruk kamu ni, kamu sememangnya silap. Kerana sudah ada surat akan di 'by hand' kepada Tuan Presiden bagi mendedahkan perangai buruk kamu di bahagian.
Mungkin di UMNO Kedah ada orang yang 'menjaga' bontot kamu. Namun kuasa lebih di tangan Tuan Presiden. Bersedialah untuk menerima hukuman.
McTheory:
Web dan Blog pun dah setahun tak update! Agaknya bahagian tersebut mampus terus kot!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
kalau mat sabu@mat sapu@norm pernah menang tu ialah Parlimen Kuala Kedah, Ketua UMNO Bahagian sekarang ni Dato Latt, Pegawai Khas Perdana Menteri....apa citer yop!!!
Salam
Kalau Bhgn K.Kedah, bukankah telah diadakan mesyuarat bahagian kelmarin. Kelewatan adalah disebabkan oleh Tun Dr M yang sepatutnya merasmikan mesyuarat telah jatuh sakit. Mesyuarat telahpun dirasmikan oleh Ketua Perhubungan Umno Kedah.
Ada pergeseran Ketua & Timb Ketua kan?? Perkara ini telahpun disentuh secara sinis oleh Ketua Perhubungan.
Saya hanya pemerhati. Ahli dormant UMNO Perak, bekerja di KL, mempunyai keluarga di Kedah dan ada perniagaan diKedah.
Harapan saya agar UMNO bersatu & melupakan sengketa sesama sendiri.
Kalau nak jadi pemimpin yang baik, jadilah pengikut yang baik dahulu. Usaha sedaya upaya utk Islam & anak bangsa kita perlu diutamakan. Kalau ditakdirkan Allah beri kita amanah sebagai pemimpin, laksanakan dengan taqwa & tawwaduk. Kalau tak ditakdirkan oleh Allah jadi pemimpin, tak dapatlah walau apa kita fikirpun...
Di kampung saya taiping, YB2 yang dulu dok berebut jawatan UMNO, sekarang ni bila dah tak jadi YB, apa cerita pun org tak ambil tahu. Ada dok berniaga pakej Umrah, ada dok jadi sleeping partner Kolej Ngaji ajer. Dengar2 cerita nanti bila dah sakit atau mati ajelah.
Cuba perkasakan diri dan UMNO dengan bersatu dahulu & sama2 ihklas. InsyaAllah, ahli akan tahu siapa buat kerja dan siapa tidak. Itu semua Allah yang akan aturkan.
Cerita2 begini yang buat rakyat meluat dgn UMNO. Bukan benci UMNO tapi benci pemimpin & ahli yang berebut tahTA, harTA, waniTA & macam2 TA lagi.
Semoga Allah selamatkan Malaysia dari Anwar Ibrahim & pemimpin2 Islam/Melayu yang daif & lemah.
Wassalam
salam bro
tahniah atas keperihatinan atas isu-isu yang melibatkan politik kedah.aku setuju dengan cara pendekatan yang bro gunakan dengan menegur kepimpinan umno kedah memandangkan kita tidak nampak kebangkitan umno kedah selepas PRU12
merujuk kpd KB yang bro maksudkan aku yakin ianya ditujukan kpd Dato Latt Shariman Pegawai Tugas-Tugas Khas PM.
cadangan untuk mghantar surat kepada Presiden adalah satu tindakan yang bagus tetapi adakah segala maklumat yang diberikan itu betul atau tidak. Sekiranya tidak betul ianya akan menjadi backfire kepada individu yang mengaku sebagai orang kuat KB tersebut.
sebagai orang kedah yang tinggal di lembah klang aku melihat D.Latt ini adalah seorang pemimpin muda yang melakukan sesuatu sekiranya diberikan peluang.
sudah menjadi lumrah di dalam umno sekiranya ada pemimpin muda yang boleh pergi jauh akan ada satu gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti beliau supaya nyawa politik pemimpin yang sedia ada ini tidak tercabar.dlm ertikata lain pemimpin yang sudah secara terang-terangan ditolak rakyat masih cuba lagi untuk meyakinkan rakyat dengan satu gerakan tersembunyi.
aku cuba membuat research dengan kenyataan "Web dan Blog pun dah setahun tak update! Agaknya bahagian tersebut mampus terus kot!!". Aku mintak bro tlg refer kepada link http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ ataupun http://lattshariman.blogspot.com/..mungkin segala persoalan yang dibangkitkan akan terjawap.
aku yakin komen ini akan di"post" tanpa di moderate kan.Ada bagusnya teguran dibuat tetapi biarlah teguran itu berfakta.Kalau tidak nanti memalukan diri sendiri.
cadangan aku lebih baik bro teruskan agenda menegur kepimpinan umno kedah tetapi lebih memberi fokus kepada pemimpin yang bertanggungjawap membuat busuk sehingga kedah jatuh kpd pembangkang daripada kita membuka pekung didada sendiri. Sungguh memalukan sekiranya pekung yang kita dedahkan itu tidak benar sama sekali. Mohon bro refer kpd individu yang dikatakan orang kuat D.Latt sendiri apa komen dia selepas melihat 2 web yang dinyatakan.
saya merupakan salah seorang AJK Umno Bahagian yg menang G7; saya pon adalah Pengerusi Penyelaras Caw UMNO di DUN Kubang Rotan; menyelaras 11 caw dan 2 peti undi.. tak larat atoq program!!!! yg terkini: 1hb Julai program Temu Sihat; bawak rombongan Doktor & Nurse melawat pesakit dari pintu ke pintu.. pd 3hb-5hb Julai; bawak 100 petugas 4 peti undi ke Langkawi utk kursus SIMULASI PRU 13; jentera kita sudah bersedia; Program akan dirasmikan oleh Tok Ketua Bhgn, Dato Latt Shariman
Bagus la kalau macam tu.. alhamdullilah.. jangan cakap saja.. Mc pun pernah bersama jentera UMNO Kedah.. jangan cakap saja lebih.. belakang, rakyat haram tak tau apa pun.. lama-lama syok sendiri.
Adoi.
Dua-dua kawan aku, dua-dua sahabat aku ni.
Macam ni la ...
Aku nak mintak Cikgu Latip dengan McTheory relaks sat, benda ni akan menyerabutkan apa yang telah qosot ... seeloknya kita sama-sama rungkaikan supaya yang qosot jadi koi terungkai, yang serabut jadi koi terurus.
Mungkin ada kesilapan maklumat dan salah paham di sini. Kita sesama kita (bendera sama) relaks sat, mai kita cool down. Pertelagahan hanya akan membuatkan masalah semakin rumit.
Aku dah tengok gerak kerja jentera UMNO Kuala Kedah sejak kerusi Presiden dipegang oleh Dato' Najib. Dan sudah semestinya sejak beralihnya tanggungjawab KB dahulu kepada KB baharu iaitu Dato' Latt.
Untuk bab ni,
Aku clean.
Aku tiada berpihak.
Aku just nak luahkan pendapat kepada 2 sahabat aku saja. LLAHI TAALA...
Aku akan sebut, yang mana SALAH tetap SALAH.
Kalau yang BETOI, aku akan pertahankan.
Sebetulnya, aku akui memang Dato' Latt buat kerja.
Jangan kita nafikan itu.
Mungkin bagi sesetengah orang masih ada yang belum merasainya, kerana Dato' Latt MUNGKIN belum berkesempatan untuk beliau melakukan tinjauan mesra secara terus direct ke rumah semua orang ATAUPUN Dato Latt masih belum ada ruangan waktu untuk beliau memberikan personal touch dari telapak tangannya sendiri bagi menepuk bahu setiap orang warga Kuala Kedah.
Ini kita kena akuilah, bahawa Dato' Latt sebagai manusia biasa (bukan SUPERMAN!), serta beliau berkerjaya sebagai Pegawai Khas PM pula, malahan beliau sering kena berada di KL ...
Ditambah pulak dengan Parlimen/Bahagian Kuala Kedah yang mempunyai pelbagai ragam serta cara berfikir SEBEGITU UNIK dari segenap lapisan rakyatnya, maka garapan kekangan tersebut majadi ASBAB : masih ada yang terus beranggapan Dato' Latt GAGAL walaupun beliau bagi aku sudah BERTUNGKUS LUMUS selama ini menambat hati rakyat Kuala Kedah untuk kembali sokong UMNO/BN.
Baik dari kaum Melayu, Cina & Indianya ... Semuanya cuba sedaya upaya ditarik kembali oleh Dato Latt & the teams ... Sekalung tahniah.
Apa yang menjadi percakaran di Kuala kedah, aku nampak, ianya adalah masalah hati.
Kalau hati dah kata BENCI, walau Dato Latt datang ke rumah membawa secangkir madu pun, pastinya dianggap itu adalah secangkir RACUN!
Apapun kita kena dapat info & maklumat yang amat tepat & jelas sebelum kita menyatakan sesuatu.
Aku amat optimis bahawa sahabat aku McTheory MUNGKIN telah mendapat sedikit sebanyak maklumat yang SEDIKIT SEBANYAK TERSASAR.
Itupun seandainya apa yang McTheory katakan itu adalah ditujukan kepada Dato' Latt Shariman Kola Kedah la ... Kalau bukan , aku no komen.
KITA KAWAN, TAK MAU LAWAN!
KITA HANYA JAHANAMKAN PUAK MUSUH2 KITA SAJA ! Iaitu PAKATAN RAKYAT HARAM DAJEY !!
Salam Persahabatan !
Aku Sahabat kepada 2 Sahabatku,
AloQStaQ
(MOHON DIPERTIMBANGKAN)
(MAAF ANDAINYA ADA BAHASA YANG TERKURANG & MENGGURIS).
salam..
harap jentera umno kuala kedah teruskan usaha & bekerja keras. ketepikan segala tomahan & fitnah yg dilemparkan oleh lawan mahupun kawan semdiri. ramai yg menyokong kepimpinan dato latt dan anak buah beliau dan yakin dato latt mampu membawa perubahan dalam umno kuala kedah.
kepada admin blog kedah ke kl, anda mungkin mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja yakni musuh dato latt. tulisan anda mengenai dato latt dilihat agak keterlaluan & semakin mengeruhkan perpaduan dalam umno kuala kedah. apa pun setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. yang penting kita jangan pandang serong kepada seseorang tanpa tahu cerita sebenar.
permasalahan ini timbul akibat sikap dengki & iri kumpulan tertentu dalam umno kuala kedah terhadap dato latt. di saat pru 13 semakin hampir adalah lebih baik tingkatkan usaha memenangi hati rakyat & berjuang ikhlas utk rakyat, bukannya cantas mencantas sesama sendiri. sama2 lah kita dalam umno kuala kedah bersatu hati, ketepikan perasaan iri hati & tanamkan niat ikhlas dalam berjuang. insyaallah umno kuala kedah boleh berjaya.
Terimakasih di atas beberapa pandangan menyokong dan mempertahankan kerja buat Umno Bahagian Kuala Kedah. Bagi saya pandangan jurublog Kedah ke KL telah jauh menyimpang dari fakta sebenar kerana kemungkinannya mendapat maklumat dari 'sumber yang sangat boleh dipercayai' yang tidak berapa boleh dipercayai sangat. Walaupun blogger tidak menyebut Bahagian mana yang dimaksudkan, jelas bahawa bayangan yang diberi tertuju kepada Umno Kuala Kedah oleh kerana disebut ‘bekas Parlimen Md Sabu’ (cuma Kuala Kedah sahaja). Saya terpanggil untuk mempertahankan diri kerana tuduhan yang dilemparkan menyentuh peribadi dan membina sangkaan buruk terhadap saya dan ahli jawatankuasa Bahagian lain yang tekun bertungkus-lumus selama ini. Maka menjadi persoalan saya tentang motif penulisan tersebut dibuat dalam bentuk dan rupa persembahannya.
Saya menjemput blogger dan rakan-rakan lain melayari blog saya dan Umno Bahagian di www.lattshariman.blogspot.com dan www.1umnokualakedah.blogspot.com untuk mengikuti perkembangan aktiviti kami di kawasan. Alhamdulillah, blog kami sentiasa dikemaskini dan dipenuhi dengan laporan ringkas aktiviti yang diadakan setiap minggu. Kerap kali juga aktiviti masyarakat anjuran Bahagian di Kuala Kedah mendapat liputan akhbar dan media arus perdana. Malah saya yakin bahawa kerja buat kami adalah lebih agresif berbanding wakil-wakil rakyat tempatan dari Pakatan.
Kita menyahut saranan YAB Presiden Umno untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan serius. Sejak menjadi Ketua Bahagian tiga tahun lalu dan merupakan Ketua Bahagian termuda di Kedah saya mengambil berat persoalan golongan muda serta aspek perubahan yang diingini oleh rakyat. Lanskap kepimpinan Umno Bahagian telah sedikit sebanyak berubah dengan perlantikan golongan profesional dan muda dalam Jawatankuasa Bahagian (termasuk tiga pakar perubatan dan lima pemegang ijazah sarjana). Ianya mendapat sambutan dari kebanyakan ahli Umno Kuala Kedah kerana selama dua tahun berturut-turut, perwakilan G-7 dimenangi oleh majoritinya golongan muda dan terpelajar bawah umur 39 tahun.
Memang banyak cabaran sukar perlu ditempuhi terutamanya di tempat yang kalah dalam PRU12 seperti Kuala Kedah, tetapi AJK Bahagian serta Cawangan sedang cuba sedaya upaya untuk memenangi semula kawasan Parlimen dan ketiga-tiga DUN dengan kerja kuat dan doa restu ahli-ahli Umno, rakyat tempatan serta rakan-rakan. Isu kewangan yang ditimbulkan juga tidak tepat kerana kedudukan kewangan Bahagian adalah antara yang paling kukuh di negara seperti yang telah dibentangkan oleh Bendahari Umno Bahagian hujung minggu lalu di Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Dari aspek bantuan kemasyarakatan, Umno Kuala Kedah juga mempunyai kekuatan sendiri membantu rakyat yang ditimpa bencana kerana mempunyai kelengkapan penyelamat termasuk bot sendiri dan telah dibuktikan kemampuannya semasa bah besar Kedah tahun lalu. Sukarelawan Umno Kuala Kedah yang dipanggil Barisan Kola mempunyai anggota lebih 500 orang membantu mangsa bencana tidak hanya dari Kedah tetapi juga hingga ke Kerian, Perak.
Seandainya sudi, saya menjemput jurublog ke Kuala Kedah untuk melihat sendiri perkembangan sebenar kami di sana. Silalah hubungi saya di latts105@gmail.com secara peribadi.
Catat Ulasan