Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bn kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bn kedah. Papar semua catatan

Khamis, 29 Disember 2016

Apa yang Bashah Buat 10 Bulan Jadi MB Kedah?




Bashah Oh Bashah..

Nak kelentong pun agak2 lah..



Kononnya Kedah berubah wajah dalam 10 bulan 


Ditulis bahawa 5000km jalan di Kedah sudah diselenggara. Sat nak pikiaq, kalau 5000km ni bersamaan 5 kali panjang hiway PLUS dari Bukit Kayu Hitam sampai ke JB.

Betoi ka 5000km ?

Tolong tanya sat orang kampung, mesti mereka gelak terburai perut. Jalan yang mereka lalu hari2 masih berlubang.

Hat duk dalam pekan pun sama nak gelak. Jalan kat Alor Setar lebih2 lagi kat Mergong antara SMK Agama Kedah ke Taman Wira pun macam jalan estet getah. Kawasan YB mana tu tautau.

Boleh MB senaraikan 5000km jalan yang dimaksudkan itu?

Publish dlm Sinar Harian ka, nak bagi rakyat Kedah tau.

Kejayaan Kedah menjulang Piala Malaysia 2016 sebenarnya bukan kerja MB skrg. Itu adalah kejayaan pasukan yang telah ditransformasi sejak 2013 oleh Mantan MB.

Tak payah sembang lah bab ni. Buang masa.

Nilai pelaburan sebanyak 1.4 bilion tu menatang apa? Mai dari mana?

Kalau pelaburan Osram tu, takkan nak mengaku kerja buat hang jugak Bashah ooi??

Dengaq cerita barangan sumbangan Barakah tidak berkualiti termasuk barangan sekolah yang disumbangankan untuk pelajar baru2 ini. Ada pegawai2 MB ambik untung atas angin kot?

Saja nak tanya, Bashah dah Walkabout seluruh negeri ka? Atau Walkabout ulang alik pi bilik ayaq saja? Bagi tau sat MB dah walkabout kat mana. Kami rakyat nak tau.

Orang kawasan MB bagitau, Pasar Karat Kampung Berjaya pun masuk masa muda dulu saja. Lepas jadi MB, lalu pun tak dah.. nak kira macamana tu?

Dana 2 juta untuk pondok tu zaman MB lama pun dah bagi. Cuba tanya Ustaz Ustaz pondok tu..depa takkan lupa punya..nak bohong, semua kita takut berdosa. Kesian kat gang pondok, aci ada majlis baru kena panggil nak bagi penuh dewan, masa bagi 2juta baru ni pun, kena mai ambik kat pejabat.

Pegawai Agama MB suruh budak2 pondok tu pegang banner ucap terima kasih kat MB, lakonan akhir zaman sungguh, kalau ya pun, pi lah turun pondok tu bagi. Pondok Tanjung Kapur tu bukan jauh mana pun. Eh sat..MB kita ni pernah masuk pondok tak, sepanjang 10 bulan ni?? Habaq mai sat..

Tuisyen Barakah ni apa dia pulak?

Kat mana?

Nak contact siapa kalau nak daftar?

Atau sekadar buat gimik Politik saja?


Nak sembang bab Ekonomi lg lah best. 4.2% Ekonomi Kedah tumbuh??

Tumbuh kat mana Bashah ooi?

Yang dok dengaq, banyak dah Tanah di Kedah hang jual..

Langkawi dah macam kena lelong kat orang Cina. Exco2 hang pun sama naik, meniaga atas pelaburan, meniaga atas kelulusan. Check sama Exco Pelaburan hang tu, dia dok buat duit sakan la ni. Rubber City pun tak jalan lagi, dah nak sakau kat projek ikan tuna pulak dah..ishh ishh

Hat bab bantuan NGO & Belia, tu cerita lama..tu janji BN Kedah sebelum pilihanraya..dah tunaikan dah oleh MB lepas..kalau nak buat lagi, baguih laaa..

Bashah oh Bashah..

Jangan lah kelentong sangat..
Kami tak bodoh..Kami boleh nilai..
Tunggu PRU nak mai saja lagi..

Sabar sat nooo..

Sabtu, 1 Oktober 2016

Benarkah Mukhriz GAGAL Laksana AKUJANJI BN Kedah?

sekadar hiasan

Terbaca kenyataan Shaiful Hazizy, Setpol MB Kedah paling poyo diakui oleh Ketua Pemudanya sendiri.

Sebelum kita soal 'Pon beruang' (nama gelaran semasa dia belajar dulu) sukacita penulis nak maklumkan bahawa, persoalan yang diwujudkan oleh Pon, sebenarnya membuka pekung dan memalukan diri sendiri.

Bagaimana seorang yang dilantik sebagai Setpol Menteri Besar boleh ketinggalan 'soalan dewan' yang diajukan oleh YB Teoh Bon Kok dan dijawab oleh YB Exco sendiri pada bulan April yang lepas.

Untuk rujukan semua, bulan April, Kerajaan negeri Kedah sudah diterajui oleh Menteri Besar yang baru.

Sepatutnya Pon perlu peka atas perkara ini. Dalam jawapan YB Exco terbabit, beliau menegaskan bahawa Kerajaan BN Kedah telah melaksana 82 dari 92 AKUJANJI BN negeri. Hanya ada 10 saja lagi belum dilaksanakan kerana ianya melibatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan beberapa perkara lain.

Jawapan YB Exco itu pada bulan April yang lepas. Kiranya baru 3 bulan tukar MB. Takkan Pon nak kata, dalam masa 3 bulan, MB baru dah laksanakan lebih 82 AKUJANJI BN di Kedah? Guna lampu ajaib aladin ke?

Jadi ini dari mana Pon dapat maklumat kononnya Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir tidak laksanakan AKUJANJI BN Kedah? Sambil baring atas tilam, atau sambil minum kopi di Starbuck?

Penulis akui, memang ada projek yang tidak dilaksanakan lagi. Terutamanya '6 Projek Ikonik Kedah' tapi projek ikonik tidak termasuk dalam senarai AKUJANJI BN negeri. Ianya hanya projek tambahan bagi memajukan sekaligus merubah terus taraf dan ekonomi negeri Kedah.

Projek Ikonik itu juga, sudah ada yang telah diluluskan dan menunggu peruntukan dari Persekutuan untuk dilaksanakan. Malah ada juga yang belum diluluskan, walaupun Kerajaan negeri sudah memberitahu bahawa, ianya mampu dilaksana dengan mengunakan sumber kewangan alternatif. Jadi tidak timbul projek ini gagal dibuat, kerana proses kearah melaksana tu sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Bagaimana Shaiful Hazizy seorang SETPOL MB, tidak mempunyai maklumat seperti ini?

Patutlah Dato' Seri Ahmad Bashah terumbang ambing sekarang. Kerana beliau memilih Setpol yang salah dan orang ini tidak layak untuk memegang jawatan besar. Jadi tak hairanlah, jika sekarang ada ura-ura gerakan mahu menukar Setpol MB, walaupun hanya baru beberapa bulan, Pon duduk dikerusi empuk tersebut.

Lihat sajalah apa yang terjadi pada Pemuda UMNO Kedah? Ada kejayaan yang boleh dibanggakankah? Berapa ahli baru dan daftar mengundi yang telah mereka lakukan? Berani umum dan dedah?

Penulis percaya, angkanya amatlah menyedihkan.

Khamis, 5 Mac 2015

HOT! Masalah 12 Tahun Tasik Beris Selesai!! #HanyaDiKedah



Alhamdullilah! Satu lagi masalah rakyat diselesaikan oleh Kerajaan negeri Kedah. Setelah perbincangan dilakukan antara kedua-dua belah pihak, masalah berjaya diselesaikan malah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama.

Masalah ini melibatkan pampasan tanah ketika pengambilan projek empangan Beris yang tergantung sekian lama (12 tahun).

Ianya bermula apabila pengambilan tanah dari Kerajaan negeri terdahulu yang mahu membina empangan Beris. Penduduk kampung yang diambil tanahnya telah janjikan pampasan, sejumlah wang dan rumah.

Namun mata percarian mereka hilang dan mereka merayu kepada Menteri Besar terdahulu untuk diberikan alternatif, supaya mereka dapat bekerja dan mempunyai sumber pendapatan.
Atas rayuan tersebut, Kerajaan negeri (semasa itu), telah memberikan sebidang tanah yang (syaratnya) diselia oleh koperasi (peladang) untuk disalurkan pendapatannya kepada penduduk kampung tersebut.

Sebenarnya masalah ini telah selesai, hinggalah ianya diputar belit oleh sekumpulan penyokong pembangkang yang menghasut penduduk kampung, kononnya kerajaan negeri terdahulu berjanji dan menawar mereka tanah untuk dijadikan sumber pendapatan.

Atas alasan tersebut, Pas Sik telah memanipulasikan isu terbabit pada PRU ke 12, hingga mereka berjaya menawan Sik dan Dun Jeneri. Kononnya jika mereka berjaya menawan Kedah dan Sik, mereka janji untuk penduduk kampung diberi tanah yang tertangguh itu.

Namun bila Pas menang, segalanya hampa dan janji tinggal janji saja. Selama 5 tahun pemerintahan Pas Kedah dan Pas berkuasa di Sik. Tidak pernah ada masalah melibatkan tanah di Kedah, diselesaikan atau diberikan pada rakyat. Bukan hanya di Beris, tapi diseluruh Kedah. Pas tak pernah memberikan tanah pada rakyat, yang ada hanya janji dan cakap kosong.

Malah penduduk Beris yang mendapat pampasan dan rumah terbabit dibebankan pula dengan bayaran premium. Bayaran premium tanah ini hanya diwujudkan pada zaman Kerajaan Pas, (tapak rumah penduduk) perlu dibayar. Masa zaman BN dulu, bayaran ini tak pernah wujud.

Bila Pas memerintah, mereka dibebankan dengan bayaran premium yang agak tinggi, ini membebankan mereka yang hanya ada pendapatan melalui penoreh getah. Sudah la tak dapat tanah, janji tak ditunaikan, dibebankan pula penduduk dengan bayaran premium.

Apakah itu kerajaan Islam yang utamakan rakyat?

Kini masalah tersebut, kembali pada Kerajaan negeri yang baru. Alhamdulillah.. hasil perbincangan diantara Menteri Besar, Exco, Adun, wakil penduduk dan orang kampung. Semua masalah diatas diselesaikan.

Malah cara penyelesaikan yang diberikan ini, menepati dan menguntungkan semua pihak. Bak kata orang, menang-menang diantara kedua-belahnya.

Selain dari mereka pemohon mendapat tanah, hutang premium mereka juga akan dibayar oleh GLC untuk meringankan beban.

InsyaAllah.. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir akan mengumumkan secara rasmi cara penyelesaian isu ini nanti.

Apa yang penting, kita tahu, masalah ini selesai dan penduduk terlibat pula puashati dengan jalan penyelesaian tersebut.






Sumber MukhrizMahathirfc.com

Isnin, 3 Disember 2012

PANASS!! Mokhzani Mahathir Kembali Kuatkan Jentera UMNO/BN Kedah!! #BNbagus


Mc ada terbaca mengenai tulisan Cikgu Lokman, antara ahli kelab Chedet yang aktif di Kedah. Mc rasa pembaca patut membaca apa yang beliau tulis mengenai Mokhzani.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir.

Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka ‘magis’ dan ‘bisa’ negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah.

Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah.


Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah.

Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk mengumpul harta.

Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'.

Komen:
Betul apa yang diperkatakan oleh Cikgu Lokman, Mokhzani satu nama besar. Malah beliau dihormati oleh orang UMNO atau Pas. Malah ditempat beliau, beliau lebih popular dan dihormati berbanding adun dikawasan itu sendiri.

Mc sokong Mokhzani kembali membantu UMNO di Kedah. Kehadiran Mokhzani menguatkan lagi jentera UMNO/BN Kedah. Cuma Mc harap, beliau berhati-hati memilih orang disekelilingnya. Sebab nama besar seperti beliau boleh rosak cuma dengan salah langkah.


McTheory:
Contoh ada depan mata, malas nak sebut saja..

Jumaat, 6 April 2012

EKSKLUSIF!! Sentimen ANTI ANWAR Menyambut kedatangan Anwar di Kedah!! #ABAI #AntiAnwar

Gambar ini di ambil dari Sekolah Keat Hwa Persendirian. Lokasi ceramah Anwar pada malam ini. Nampaknya kedatangan Anwar tidak disambut mesra oleh rakyat Kedah, majoriti rakyat Kedah kebanyakkannya menolak perjuangan songsang Anwar dengan sentimen Anti Anwar yang menular di Kedah.
Poster Anti Anwar

Selasa, 13 Mac 2012

PANASS!! @NajibRazak VS @AnwarIbrahim di Sungai Petani!! #SaveKedah

Pada 3hb Mac yang lepas. Ada pertembungan diantara dua pemimpin besar di Sungai Petani. DS Najib dan Anwar Ibrahim. Mc tak tahulah semua ini dirancang atau tidak, namun apa yang Mc diberitahu. Anwar sekarang ni sering mengikut DS Najib kemana saja beliau pergi. Mungkin beliau nak 'test power' siapa lebih popular dikalangan rakyat.

Gambar ceramah Anwar ni, Mc ambil dari blog Kanoha Utara tengok dan bandingkan dengan majlis DS Najib nanti.


Hanya beberapa ratus orang saja yang datang.. tak sampai seribu pun..

Khamis, 19 Januari 2012

EKSKLUSIF!! BN Kedah Yakin Dapat Tawan Balik Kedah!! #SaveKedah

Sidang media ni mula-mula untuk program Sambutan Tahun Baru Cina.. tapi akhirnya.. lain pulak yang jadinya..
Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Datuk Chong Itt Chew

Ahad, 1 Januari 2012

PANASS!! Siapa Kata Kaum Cina Tolak BN!!

Gambar di bawah adalah majlis makan malam 1 Malaysia anjuran MCA Merbok.

Get ready nak makan..

Isnin, 19 Disember 2011

LAAA EHH!! LAGI ORANG UMNO MASUK PAS??

Bukan orang UMNO masuk Pas.. Orang PBT yang masuk UMNO..

Kakitangan kerajaan pun dah meluat dengan kerajaan Pas ni..

majlis penyerahan borang..

Ahad, 18 Disember 2011

TUDIAA LAA!! BUKTI UMNO BAKAL KALAH DI KEDAH!!

Lawatan sehari Dato Sri Najib di Merbok, merasmikan program penubuhan kelab myagrosis di uitm merbok

Ketibaan DS Najib di Lapangan Terbang.. sekitar.. pukul 8..
                                           

Khamis, 1 Disember 2011

GEMPAR!! BENARKAH BN KEDAH BEGITU TERUK BERBANDING PAS???



Kejatuhan atau kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di Negeri Kedah bukanlah atas faktor rakyat menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tetapi rakyat menghadapi satu sindrom di mana tidak dapat memilih parti manakah yang dapat mentadbir dengan baik di negeri kedah.

Dalam pada itu juga rakyat kedah terpedaya dengan manifesto pas dan pakatan pembangkang yang mengambil kesempatan akibat kesempitan dengan kos sara hidup yang meningkat mendadak pada masa itu dan kenaikkan tinggi  harga minyak akibat kegawatan ekonomi dunia.

Jadi pengundi terpaksa membuat pilihan sama ada undi pakatan atau BN mahupun memboikot undi tersebut.Di sini pmk ada membuat sedikit analisa yang di perolehi dari salah seorang sumber di kedah

Ahad, 25 September 2011

PANAS!! BN KEDAH DI LABEL SEBAGAI PENYAPU

Penyapu?? Biar betul..




ALOR SETAR  Sept. - Barisan Nasional (BN) Kedah meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.


Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, walaupun sasaran tersebut agak tinggi tetapi ia tidak mustahil boleh dicapai menerusi perpaduan, gerak kerja dan strategi tersusun selain mengambil angin perubahan rakyat yang semakin menolak pakatan pembangkang.


"BN bukan sahaja mahu menawan semula Kedah dengan memenangi kerusi DUN tetapi juga memastikan kesemua kerusi Parlimen dimenangi bagi membantu menyumbang kekuatan kepada Perdana Menteri untuk mempertahankan Putrajaya.

"Ini boleh dilakukan kerana kita mempunyai banyak senarai calon boleh menang yang akan diletakkan di semua kerusi DUN dan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Kedah di Dewan Serbaguna Kompleks Mu'adzam Shah, Anak Bukit di sini, hari ini.


Konvensyen sehari itu menghimpunkan lebih 1,000 perwakilan yang terdiri daripada para pemimpin parti-parti komponen BN Kedah, bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Isnin, 27 Jun 2011

PANAS!! ADA KETUA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH YANG NAK MAMPUIH DAH!



Semalam Mc dapat berita dari sumber yang sangat boleh dipercayai, mengenai satu Bahagian UMNO di Kedah yang Ketua Bahagiannya langsung tak buat kerja. Boleh dikatakan, aktiviti untuk kawasan setempat langsung takdak. Hinggakan mesyuarat bahagian pun dah lama tak buat. Kiranya apa jua keputusan, ketua bahagian tu main ikut kepala sendiri saja la. Bayangkan, kantung bahagian pun sampai kering, kerana langsung tidak ada aktiviti.

Perkara ini didedahkan oleh orang kuat beliau sendiri. Yang terpaksa mendedahkan supaya tidak mahu perkara ini menjadi semakin teruk dan akhirnya Bahagian tersebut boleh berkubur tanpa nisan.

Beliau juga sudah bercadang untuk menghantar surat rasmi kepada Tuan Presiden UMNO untuk mengadu hal mengenai Ketua Bahagian yang tidak bertanggung jawab!

Parlimen Ketua Bahagian tu ialah Parlimen yang pernah Mat Sabu menang dahulu. Kalau tak salah Mc selama sepenggal Mat Sabu jadi ahli Parlimen.

Nasihat Mc pada ketua Bahagian UMNO tu. Jangan menyusahkan orang lain dengan sikap dan perangai malas kamu. Mungkin kamu dah hilang perasaan untuk cintakan parti, majukan agama dan bangsa. Tapi jangan menyekat kemaraan orang muda dalam bahagian yang mahu terus bersemarak hebat menentang pembangkang.

Jika rasa diri tu dah tak boleh buat kerja, apa kata hantar surat resign dan undur diri dengan sehormat mungkin. Pasti akan ada orang buat majlis sambutan untuk kamu.

Kalau kamu ingat Tuan Presiden UMNO tak tahu perangai buruk kamu ni, kamu sememangnya silap. Kerana sudah ada surat akan di 'by hand' kepada Tuan Presiden bagi mendedahkan perangai buruk kamu di bahagian.

Mungkin di UMNO Kedah ada orang yang 'menjaga' bontot kamu. Namun kuasa lebih di tangan Tuan Presiden. Bersedialah untuk menerima hukuman.

McTheory:
Web dan Blog pun dah setahun tak update! Agaknya bahagian tersebut mampus terus kot!!

Rabu, 1 Jun 2011

KASI PANAS!! PAS KEDAH RANCANG ALOR SETAR JADI HUB HIBURAN??


Satu pendedahan yang terperinci dari sebuah blog Utara Tanah Air. Dulu semasa pemerintahan BN, Alor Setar cuma ada dua kelab malam. Itu pun betul-betul dikawasan cina. Kini apa yang didedahkan oleh blog Aloq Staq ni, memang mengejutkan Mc. Wow! Alor Setar sudah maju dibawah pemerintahan Pas. Tak sangka, parti yang dok mengaku lebih Islam dari UMNO ni, rupanya ada hati nak buat Alor Setar jadi Hub Hiburan baru.

Tahniah ler Pas! Masjid satu pun tak buat, rumah rakyat banyak dirobohkan, gerai melayu hangpa lingkup, student hangpa buang. Kelab malam hangpa boh banyak-banyak! Ini memang satu petanda bagus untuk Pas Kedah!

Nak baca pendedahan Blog Aloq Staq klik SINI.

Lepas ni rakyat Kedah nak pilih Pas lagi ka?

McTheory:
Mc masih pengundi dikawasan Mahfuz, tak sabaq nak sepak Mahfuz kasi mampus!

Isnin, 2 Mei 2011

AKIBAT VIDEO SEKS!! AHLI PAS KELUAR PARTI!!


Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas. 

P/s: UMNO sentiasa menerima kamu semua..

McTheory:
Dengar kata Zizan nak denda sapa yang keluar Pas di Kedah.