Ahad, 25 September 2011

PANAS!! BN KEDAH DI LABEL SEBAGAI PENYAPU

Penyapu?? Biar betul..




ALOR SETAR  Sept. - Barisan Nasional (BN) Kedah meletakkan sasaran menyapu bersih kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.


Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, walaupun sasaran tersebut agak tinggi tetapi ia tidak mustahil boleh dicapai menerusi perpaduan, gerak kerja dan strategi tersusun selain mengambil angin perubahan rakyat yang semakin menolak pakatan pembangkang.


"BN bukan sahaja mahu menawan semula Kedah dengan memenangi kerusi DUN tetapi juga memastikan kesemua kerusi Parlimen dimenangi bagi membantu menyumbang kekuatan kepada Perdana Menteri untuk mempertahankan Putrajaya.

"Ini boleh dilakukan kerana kita mempunyai banyak senarai calon boleh menang yang akan diletakkan di semua kerusi DUN dan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Kedah di Dewan Serbaguna Kompleks Mu'adzam Shah, Anak Bukit di sini, hari ini.


Konvensyen sehari itu menghimpunkan lebih 1,000 perwakilan yang terdiri daripada para pemimpin parti-parti komponen BN Kedah, bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Untuk rekod, pada pilihan raya lalu, BN memenangi 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.
Ahmad Bashah berkata, sama ada kerusi tersebut terletak di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam, putih atau kelabu', jentera pilihan raya diminta berfikiran positif dan mempunyai keyakinan tinggi untuk memenangkan calon BN pada pilihan raya.
Beliau berkata, walaupun sasaran menyapu bersih kerusi itu bukan mudah tetapi BN terbukti mampu meraih sokongan padu seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan sebelumnya.

Justeru, menurut Ahmad Bashah, jentera BN daripada parti komponen perlu terus 'meredah' menemui rakyat di akar umbi dan mengambil tahu dan menyelesaikan masalah mereka.
Lebih-lebih lagi, kata beliau, 'aura' kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu ketara kerana rakyat amat menyokong perubahan termasuk dasar kerajaan untuk kepentingan rakyat.

"Dengan sokongan kepada Perdana Menteri yang semakin kuat sekarang dan pelbagai masalah pakatan pembangkang, kalau peluang ini kita tidak ambil maka kita akan rugi," jelasnya.
Sementara itu, dalam ucapannya, kesemua ahli dan pemimpin BN khususnya dalam UMNO perlu memperkukuhkan perpaduan, bekerja sebagai satu pasukan, mengutamakan parti dan bukannya kepentingan peribadi.

"Kita minta semua beri komitmen padu dan masa yang lebih banyak untuk kerja-kerja menghadapi pilihan raya sepeti jentera pilihan raya di semua peringkat, mendaftarkan ahli-ahli dan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja BN Kedah, Datuk Ariffin Man berkata, konvensyen tersebut dianggap mencapai matlamat kerana berjaya menyampaikan mesej berkesan kepada para perwakilan termasuk para pemimpin yang hadir.-UTUSAN
harap kenyataan yang di ucapkan oleh Dato Bashah tu dapat menjadi kenyataan,pastikan semua ahli,pemimpin buat kerja dengan betul,sekarang bukan masa mau tidoq lagi..dah puas umno kedah tidoq,kalo nak sapu semua kerusi kerja la betol2,buang muka-muka lama yang berpuak puak dalam umno negeri kedah,ganti muka baru yang berkredibiliti,boleh buat kerja..bukannya datang menempek muka bila pemimpin pusat datang..

PMK
sapu bersih kali ni

Tiada ulasan: