Khamis, 2 Jun 2011

KASI PANAS!! PEMUDA PAS TAWAR TIKET SYURGA DAN JAWATAN ULARMAK PADA HATA!!


Kuala Lumpur: Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dilaporkan telah dilanda sindrom perasan best apabila telah menawarkan jawatan UlaRmak kepada bekas Presiden Kebangsaan Wartawan Semenanjung, Hata Wahari.

Jawatan itu ditawarkan dengan syarat bekas wartawan di Utusan itu menyertai PAS untuk memperjuangkan hak-hak meliwat Anwar Ibrahim.

Dipercayai, Hata Wahari juga tak akan menolak tawaran yang boleh disifatkan amat lumayan itu. Ini kerana, selain dari jawatan UlaRmak, dia juga diberikan akses mudah untuk ke syurga PAS.

Di samping itu, lesen untuk segala perbuatan mencarut, caci maki, kutuk mengutuk dan doakan bala sesama muslim akan diberikan kepada bekas Presiden Wartawan tersebut asalkan dia sanggup bersama perjuangan PAS. Sambung baca sini

Ha ha ha.. nampak sorang lagi dapat tawaran syurga dari Pas. Calon terbaru ni lagi hebat dari Bob Lokman ni. Kalau Bob Lokman masuk 2 bulan dah dapat gelaran Ularmak. Ini Mc ingat tak sampai 3 minggu dah pakai gelaran Tok Garu kot.

Bukan susah pun nak jadi Ularmak Pas. Cuma belajar cari fesyen macam alim ulamak yang dulu-dulu. Kemudian belajar ikan serban, lagi besar lagi bagus. Lepas tu, cari la surah dua tiga kerat untuk hafal semasa ceramah nanti.

Kemudian, ikut ceramah dua tiga tempat, yang paling penting nak jadi Ularmak Pas ni. Maki hamun kerajaan dan UMNO kena 'konsisten' kalau tak memang susah sikit dapat bawa gelaran Ularmak Pas ni.

Selepas dah lulus semua, pergi Kelantan mengadap ketua Ularmak Pas, Nik Aziz, dia akan tabalkan jadi Ularmak Pas yang sebenar!.

Tahniah Hata Wahari, anda bakal ahli Syurga Pas yang tah keberapa tah.

P/s: dalam utusan masih ada geng dua tiga ekor, bawa je sekali..

McTheory:
Lepas ni orang Utusan mesti cemburu dengan Hatta, sebab dia keluar Utusan masuk syurga Pas..

Tiada ulasan: