Khamis, 30 Jun 2011

PANAS!! AZIZ BARI KATA POLIS TAK BOLEH TANGKAP ORANG BERSIH!! Betul ke?


Semalam Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,”.

“Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.
Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua. - Keldaian Daily

Wahai Aziz Bari atau Aziz barua meh nak habaq meh, rasanya polis membuat kerja mereka melalui laporan polis yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia. Laporan polis terhadap bersih rasanya sudah mencapai hampir 2000 laporan.

Dalam laporan polis yang bertimbun-timbun itu juga menyatakan orang-orang Bersih tapi kotor ini ada agenda lain disebalik perhimpunan haram jadah itu. Malah jika di tanya kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, apakah mereka mahu penganjur Bersih ditangkap, Mc percaya pastinya perkataan 'Ya' akan keluar dari mulut mereka.

Polis juga rasanya mempunyai bukti yang menyatakan perhimpunan Bersih tapi Kotor ini hanyalah perhimpunan menghasut supaya rakyat menjatuhkan kerajaan.

Sebagai Polis yang menjaga keamanan negara, kami rakyat Malaysia menyokong Polis menangkap semua penganjur, penghasut dan semua yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih tapi kotor ini. Gunakan segala akta dan undang-undang yang ada untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan bagi menjaga keamanan negara.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

McTheory:
Tabik Polis di Raja Malaysia!!

4 ulasan:

Ayah Man berkata...

Kalau Polis tak bolih halang perhimpunan BERSIH, maka Aziz, wira dan pakar undang2 yg menyokong BERSIH serta PKR boilh dakwa PDRM.

Tanpa Nama berkata...

prof tu setakat boleh cakap la. bab tu dia pandai la. bila bab kerja habis lingkup. tu yang jadi prof jer,cakap berdegar. bukannya loyar, kena masuk mahkamah. nak kena berhujah la pulak. kalau prof, budak jer dengar dia berhujah, kalau ada yang tak setuju, cakap kuat sikit, kecil la budak u tu.

Tanpa Nama berkata...

5.58 setuju'''KITA LETAK PROP NI KAT MAHKAMAH U.S.A. PASAL DEMOKRASI..BIAR DIA BEEDEBAT.. DGN BILL KLITON . SOROS. OBAMA...

KALAU HUJAH2 Mat Salleh tercengang'...korang xpayahlah dengar(mcm modoh je..tak beralas lansung..nampak sgt ilmu praktikal)...depa tercengang hairan '..macam ni ka prop ayoyo...

Tanpa Nama berkata...

5.58 setuju'''KITA LETAK PROP NI KAT MAHKAMAH U.S.A. PASAL DEMOKRASI..BIAR DIA BEEDEBAT.. DGN BILL KLITON . SOROS. OBAMA...

KALAU HUJAH2 Mat Salleh tercengang'...korang xpayahlah dengar(mcm modoh je..tak beralas lansung..nampak sgt ilmu xpraktikal lbsung)...depa tercengang hairan '..macam ni ka prop ayoyo...5.58 setuju'''KITA LETAK PROP NI KAT MAHKAMAH U.S.A. PASAL DEMOKRASI..BIAR DIA BEEDEBAT.. DGN BILL KLITON . SOROS. OBAMA...

KALAU HUJAH2 Mat Salleh tercengang'...korang xpayahlah dengar(mcm modoh je..tak beralas lansung..nampak sgt ilmu xpraktikal lbsung)...depa tercengang hairan '..macam ni ka prop ayoyo...