Memaparkan catatan dengan label Laporan polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan polis. Papar semua catatan
Ahad, 9 Februari 2014
HOT! Balai Polis Di Serang Mercun?
BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun, awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.
"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.
"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.
Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terbabit," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA
Ahad, 20 Januari 2013
PANASS!! Detail Laporan Polis Pencerobohan SAMM keatas Pejabat SW1M Sharifah Zohra Jabeen #Listen!
Petang tadi Mc janjikan salinan laporan polis keatas pencerobohan yang berlaku di pejabat SW1M. Mc minta maaf kerana masih lagi tidak dapat membawa salinan laporan polis terbabit diatas sebab-sebab tertentu.
Namun untuk tidak menghampakan, Mc akan memberi butir-butir keterangan didalam laporan polis terbabit.
Laporan polis ini dibuat oleh kakitangan SW1M yang berada ditempat kejadian.
Pada 18hb yang lepas, pejabat SW1M bertempat ditaman Sri Gombak, telah diceroboh oleh 3 orang lelaki Melayu, bersama seorang wanita. Mereka memperkenalkan diri mereka dari SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), yang kononnya mahu menyerah surat jemputan berdebat kepada Presiden SW1M iaitu Syarifah Zohra Jabeen.
Setelah pintu dibuka, mereka berempat terus menyerbu masuk dan membuat tindakan yang dilarang oleh kakitangan SW1M, namun mereka berempat engkar dan terus mengambil gambar didalam pejabat berkenaan tanpa keizinan dan kakitangan SW1M.
Habis semua barangan peribadi di pejabat SW1M mereka ambil gambar sebelum beredar diatas desakan kakitangan SW1M yang mahu menghubungi pihak berkuasa. Pihak SW1M mengesyaki bahawa tindakan tersebut berniat jahat, kemungkinan besar gambar yang mereka ambil bermungkinan akan dimanipulasikan oleh pihak SAMM dengan niat yang tidak baik.
Oleh sebab itu pihak SW1M membuat laporan polis risau tentang keselamatan kakitangan dan Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen.
Itulah antara isi laporan polis secara ringkas yang dapat Mc terangkan pada pembaca. Insyallah esok pagi Mc akan kepilkan sekali salinan laporan tersebut untuk tatapan pembaca blog.
Jumpa esok yaa.. jangan marah.. hehe..
Untuk baca kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen, terhadap semua tuduhan terhadapnya boleh klik kat SINI
McTheory:
Janji mesti ditepati!
PANASS LAGI!! Laporan Polis Pencerobohan Pihak SAMM Keatas Pejabat SW1M Sharifah Zohra Jabeen!! #Listen
Sebentar tadi Mc baru dapat salinan laporan polis pencerobohan pihak SAMM yang diketuai oleh Chegu Bard, keatas pejabat SW1M Sharifah Zohra Jabeen. Mc akan paparkan salinan report yang menceritakan detik-detik cemas pencerobohan terbabit. Nantikan posting pukul 9.30 malam ini untuk membaca laporan terbabit.
Celaka sebenarnya puak SAMM ni, hanya berani dengan perempuan saja.
Untuk baca kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen, terhadap semua tuduhan terhadapnya boleh klik kat SINI
Khamis, 17 Januari 2013
PANASS!! NGO dan Persatuan Silat BENGANG Dengan Guan Eng!!
![]() |
| laporan polis |
Laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar itu dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yang Dipertua PSGM Kedah, Mansor Ahmad (3 dari kanan) yang mewakili NGO terbabit berkata laporan itu menuntut pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap ketiga-tiga mereka bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Empat pertubuhan berkenaan adalah Pertubuhan Silat Garuda Malaysia (PSGM), PSGM Kedah serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Kedah.
Mereka juga mahu mendengar pendirian Lim selepas Pas menarik balik sokongan mereka terhadap saranan Lim dan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang.
Apakah Dap akan melenting? Atau mereka sudah berkira-kira untuk buat 'plan' baru bagi menghadapi pilihanraya.
Hinggalah kehari ini, Dap masih lagi tidak memberi komen mengenai hal ini.
McTheory:
Tunggu Karpal Singh, apa punya orang tua tu nak mengarut
Khamis, 1 September 2011
PANAS! Berbaloikah Kita Membuat Laporan Polis Banyak-Banyak!!
Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.
Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.
Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat? Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya. Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.
Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.
Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini? Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.
Sehinggakan pertubuhan haram ini seakan sudah jadi ‘halal’ dengan banyak pihak termasuk akhbar edisi harian mengajak Bersih hadir dalam sesi yang diadakan bersama pihak SPR. Pendek kata seakan ada pengiktirafan. Tak cukup dengan itu, kebanyakkan tuntutan Bersih seperti dakwat kekal, sudah mula diambil serius oleh SPR.
Nampak semua ini macam tak selari. Laporan polis beribu, pertubuhan tak didaftarkan tapi agenda dan Bersih itu sendiri seakan mendapat pengiktirafan pihak-pihak berkenaan (dalam hal ini SPR). Penulis takut, keadaan yang sama bakal berlaku ke atas bapak komunis melayu, Mat Sabu.
Semuanya sudah jelas, video ada, semua ada, jadi kenapa yang susah sangat nak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu? Benarlah tiada darah yang tumpah atau nyawa yang melayang tapi kenyataan berunsur hasutan ini tidak sepatutnya lepas tanpa tindakan, sekurang-kurangnya bermalam semalam dalam lokap.
Dulu, ya, kita faham kalau lambat ambil tindakan. Bukan zaman dulu ada youtube macam sekarang. Tapi sekarang berbeza, kenapa masih lembap macam kain basah tindakan ke atas Mat Sabu, yang kelihatannya tidak tergugat langsung dengan kenyataan menghasutnya tu. Penat saja pihak-pihak yang terjejas dengan kenyataan Mat Sabu buat laporan polis sedangkan dia masih bebas.
Bukannya takde bukti, ada bukti.
Ketakutan yang satu lagi ialah laporan polis akan sama nilai macam kertas bungkus kacang putih. Banyak-banyak laporan yang dibuat pun tidak mendatangkan suatu kesan yang jelas kepada pihak yang dilaporkan. Walhal laporan polis itu penting dengan pembuat laporan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang kalau buat laporan palsu.
Laporan polis juga penting dalam hal tuntutan insuran dan segala macamlah hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Dalam hal Ali Setan pun sama (walaupun tak berpuluh laporan). Tidak nampak pun tindakan ke atasnya. Sebaliknya dia menggunakan media untuk mengatakan dirinya tak bersalah, macamlah tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak rasmi, hanya cakap kedai kopi.
Penulis nak bertanya kepada pihak PDRM terutama Menteri bertanggungjawab, apa sebenarnya yang terjadi? Adakah pendekatan ‘mendidik’ yang sedang dibuat dalam hal Ops Sikap ini pun nak diamalkan dalam hal-hal berkaitan kenyataan menghasut ni?
Kalau itu, maksudnya ia akan menuju kegagalan, seperti mana Ops Sikap sekarang yang masih menyaksikan jumlah kematian meningkat dibanding dengan tempoh sama tahun lepas. Ya, bukan salah PDRM saja kalau ramai mati pun, tapi bila PDRM melaksanakan Ops Sikap, itu maksud depa pun pegang tanggungjawab sikit sebanyak.
Balik kepada hal laporan polis ni tadi.
Sepatutnya laporan polis yang banyak ni mengundang kepada tindakan yang lebih serius kepada pihak yang dinyatakan dalam laporan. Likewise, tindakan yang keras diambil kepada pengadu yang buat laporan salah, barulah nampak sikit value pada laporan polis tersebut.
Lepas ini jangan marah kalau rakyat bosan nak buat laporan polis dan buat tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya, bukan banyak atau sikit yang jadi pertikaian penulis tapi tindakan atas laporan yang banyak itu yang penting. Bila banyak laporan polis dibuat, itu menunjukkan seriusnya perbuatan atau kesalahan yang dilakukan dan sepatutnya dibalas dengan tindakan tegas oleh pihak polis. Rakyat perlu diyakinkan bahawa laporan mereka bukan sekadar formaliti tapi disusuli dengan tindakan yang benar-benar berkesan!!!
MyKMU
Rabu, 17 Ogos 2011
VIDEO LAPORAN POLIS TERHADAP PAPAGOMO!! MBPJ punya ke Pakatan yang buat?
Ni apa punya haprak puak pencacai Pakatan ni. MBPJ pun satu, takkan nak buat laporan polis pun Lateffa Koya dengan Khalid gereja yang ajar kot? Tak pandai buat sendiri ka? Nampak sangat memang PBT di Selangor ni di dalangi oleh puak Pakatan haram. Nak tau apa PapaGomo kata klik sini.
Rasa-rasa si Gomo takut tak dengan laporan palsu ni. Gomo pasti dah sedia peluru lain untuk backup sebab tu nampak steady saja pun.
Tapi heran juga kita dengan puak Pakatan Haram ni ya. Dok kutuk polis macam-macam, tapi bila sesuatu isu berlaku, puak-puak ni pi report polis juga. Polis juga yang mereka cari dan mengadu.
McTheory:
Puak-puak ni memang cakap tak serupa bikin.. haprak saja lebih..
Sabtu, 23 Julai 2011
GEMPAR!! PEMBOHONGAN PUAK PAKATAN HARAM BERTERUSAN!!
Lihatlah perbezaan dan layanan polis terhadap
McTheory:
Orang jahat saja yang takut polis..
Khamis, 30 Jun 2011
PANAS!! AZIZ BARI KATA POLIS TAK BOLEH TANGKAP ORANG BERSIH!! Betul ke?
Semalam Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.
Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.
Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.
“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,”.
“Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.
Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua. - Keldaian Daily
Wahai Aziz Bari atau Aziz barua meh nak habaq meh, rasanya polis membuat kerja mereka melalui laporan polis yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia. Laporan polis terhadap bersih rasanya sudah mencapai hampir 2000 laporan.
Dalam laporan polis yang bertimbun-timbun itu juga menyatakan orang-orang Bersih tapi kotor ini ada agenda lain disebalik perhimpunan haram jadah itu. Malah jika di tanya kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, apakah mereka mahu penganjur Bersih ditangkap, Mc percaya pastinya perkataan 'Ya' akan keluar dari mulut mereka.
Polis juga rasanya mempunyai bukti yang menyatakan perhimpunan Bersih tapi Kotor ini hanyalah perhimpunan menghasut supaya rakyat menjatuhkan kerajaan.
Sebagai Polis yang menjaga keamanan negara, kami rakyat Malaysia menyokong Polis menangkap semua penganjur, penghasut dan semua yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih tapi kotor ini. Gunakan segala akta dan undang-undang yang ada untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan bagi menjaga keamanan negara.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
McTheory:
Tabik Polis di Raja Malaysia!!
Sabtu, 2 Januari 2010
BERITA: laporan Polis pegawai SPRM terhadap Dr.Porn, Suara Keadilan dan Lim Guan Bengang terhadap laporan tersebut!

Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.
Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff,Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.
Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya
. Kedua-dua mereka membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi.
Menurut laporan polis, yang salinannya turut diedar kepada pemberita di sini, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa setiausaha politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati akibat dibunuh.
Dalam laporannya Hisham berkata berdasarkan artikel itu, Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas.
"Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini," menurutnya dalam laporan itu.
"Malah ia juga selaras dengan peringatan oleh ketua polis Selangor yang melarang mana-mana pihak membincangkan kes berkaitan Teoh Beng Hock itu," tambahnya.
Guan Eng kata ini merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia tuduhan dilemparkan terhadap seorang pakar patalogi kerana menjalankan tugasnya.
"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di Pulau Pinang untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran,"
Lim berkata lagi tindakan SPRM itu akan dilihat sebagai usaha memberikan tekanan terhadap pakar patalogi itu bagi menyembunyikan kebenaran.
Soo. . sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab memang sepatutnya kena buat laporan polis kalau diketahui ada salahlaku undang-undang.
Macam mana akhbar Pkr boleh tahu keputusan bedah siasat tu, mesti la si Dr.Porn yang beritahu, ye tak. Siap umumkan Teoh Kena bunuh. Kalau tak salah apa mau takut. Tunggu la Polis ambil tindakkan.
Langgan:
Ulasan (Atom)









