Ahad, 9 Februari 2014

HOT! Balai Polis Di Serang Mercun?


BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun, awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terbabit," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nanti penyokong umno kuin serang mukhriz pulak....baru hg ada akai bodoh!!!!! tak lupa juga kami akan serang tajul urus macai pas tulen....

Tanpa Nama berkata...

Bukit Minyak-Bukti Tengah-BM ni semua kawasan kongsi gelap gangster cinababi dan paria2.. lagi satu bodoh.. bodoh sistem kerajaan Malaysia kenapa bina balai Polis
mcm bina rumah? dulu British bina balai kukuh dgn konkrit.. bom betul pn belum tntu ranap.. bodoh la org Melayu bila memerintah.. tau bina je buang duit.. kena mercun pun dh rosak.. akal xboleh pikir.. British jajah pun dh ajar cara betul..xmau ikut..

so reputasi PDRM down teruk.. balai pun tk selamat mcm mana nk jg keselamatan rakyat.. FAILED!!