Sabtu, 8 Februari 2014

HOT! Akhirnya Demi Persaudaraan Sesama Islam Mahabbatul Rasul - Kedah Berselawat Tewaskan Sabotaj Puak Khawarij! #HanyaDiKedah



Gambar Dato Seri Mukhriz berarak bersama exco dan kakitangan Wisma Darulaman dalam sambutan Mahabbatul Rasul - Kedah berselawat. layan gambar dibawah yang Mc ambil dari sahabat-sahabat yang berada disana.

Dato Seri MB sendiri turun berarak

Alhamdullilah

berjalan lancar

walaupun cuba disabotaj..namun Allah tak mengizikan kerja jahat pada kerja baik

Perasmian Mahabbatul Rasul.. oleh Dato Seri MB Kedah


Lebih dari 40 ribu rakyat Kedah membanjiri stadium Darul Aman sempena Mahabattur Rasul, Kedah berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun ada sabotaj dari pihak Khawarij (taktau maksud khawarij sila google) namun program ini berjalan lancar.

Ternyata rakyat Kedah masih unggul mementingkan persaudaraan sesama Islam berbanding puak khawarij yang merasakan Islam depa saja yang betui dan sempurna. Hinggakan menghukum orang lain tak betul atau pun dengan panggilan buruk yang lain.

P/s: cubaan sabotaj boleh baca kat SINI dan SINI 


McTheory:
Program ini untuk memuji Allah dan Rasulnya.. tiada kena mengena dengan politik.. kukuhkan persaudaraan sesama Islam jangan asyik fikir benda yang kotor saja!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari Anas r.a. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Celakalah umatku disebabkan ulama yang buruk.’ (HR. Al-Hakim).

Akan datang diakhir zaman ini seburuk-buruk manusia dikalangan kamu adalah ulama...
iaitu orang yang suka mengaku ulama tapi akidah dan akhlak seperti yahudi dan majusi...
dimanakah kedudukan ulama kita?
bersabarlah saudara2 ku..sesungguhnya kita sedang diuji...

Average Joe berkata...

Allah Maha Kaya.
Sabotaj dari puak munafik PAS gagal.

hangkedee berkata...

DAPIG teramat benci kepada ISLAM.Ada kah kapal sinki sudah menarik balik kenyataanya wahai ular dalam semak PAS

syababulIslam berkata...

Alhamdulillah lautan jiwa Islam berpuluh ribu di stadium darul Aman td suatu yg ditentukan Allah biarpun musuh berusaha sabotaj. DAP pasti tk senang duduk dgn lautan umat tanpa sempadan politik berlangsung dgn penuh kesyukuran..zauq berselawat membangkitkan rasa kasih pafa Baginda Rasulullah Solallahualaihiwasallam!

Bertambah sayu bila Habib Syech mendoakan pemeliharaan Allah buat DAERAH ini..bermksud Alor Setar, kpd Dato Seri MB.. Syabas buat Dato Sheikh Baderuddin dan Dato Seri Mukhriz!

Pd hemat sy, jarang sekali ada pemimpin tertinggi spt Mukhriz mahu luangkan masa berjam2 dlm majlis Agama malah beliau turut di pentas, manakala Datin Seri di saf wanita.. Bukan mudah utk menetapkan diri di majlis begini jika tiada kekuatan Iman.

Pemimpin lain selalunya dtg rasmi dan beredar, jrg yg meyetai dari awal hingga habis.. SYABAS DATO SERI MUKRIZ..MOGA ALLAH BERTAMBAH KASIH PD DATO SERI.. Dipelihara kepimpinan dlm petunjuk Allah!!

Ameen ya robb!

Tanpa Nama berkata...

Jadikn Kedah model negeri yg mengamalkn prinsip umara' & ulama' dlm pentadbiran. Jadikan Kedah model negeri yg benar-benar membangun bersama islam. Jadikn Kedah model negeri yg mula-mula menyatukn bangsa Melayu di bwh amalan dan cara hidup islam.. Permudahkn lah Ya Allah...

Ank Johor.

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah.. moga Kedah di bawah kepimpinan Mukriz dapat jadi model kpd negeri lain dlm memperkasakan Ulama' (bukan kepalsuan PAS) dan Umara' (pemerintah Islam-bukan DAP atau kafir)..

Mukhriz ada keistimewaan tersendiri, dia MB yg rendah diri dan mudah menerima pandangan. Beliau juga rapat dgn Dato Mufti Kedah.

Semoga ukhwah ni menjadikan kehebatan kepimpinan Kedah.. dihindari Allah dari kejahatan dan perkara yg Haram..

semalam progarm yg amat indah.. cukup ramai kehadiran berbanding di tempat2 lain wpun publisiti kurang dan banyak sabotaj pihak2 munafik-

Syabas Dato Seri Mukriz dan Dato Sheikh Baderuddin..dua insan ini berjaya melonjakkan Kedah..

WA MAKARU WAMAKARLLAH.. WALLAHU KHAIRUL MAA KIRIN..

ALLAHU AKBAR..

Tanpa Nama berkata...

Mc yg aku heran kenapa Utusan xberikan liputan sepatutnya dlm paper bg majlis seperti semalam?

kalau haramkah dh lama dicetaknya berkeping2 gambar warna utk gambarkan PAS itu berjaya..

syg sekali.. Utusan masih dicengkam org2 yg tidak faham!hanya sarat dgn berita julang artis... propaganda mengarut mengenai org2 UMNO yg xseberapa jasa..

Tanpa Nama berkata...

Tv alhijrah live satu malaysia...alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Ya Tv Al-Hijrah buat liputan penuh sampai tamat program jam 11.35 malam.. Alhamdulillah kami yg dirumah pun dpt manfaat dan terasa germbiranya berselawat bersama anak2 kecil.. Sayu hati. Subhanallah..

terima kasih MB dan Yayasan Kedah.. Islam tertegakllah di bumi Kedah tercinta ini.. AMIIIN!

Tanpa Nama berkata...

Patutnya PAS lah golongan yang paling afdal dalam menyambut Maulidur Rasul ni kerana golongan lain Islamnya kurang kalau nak dibandingkan dengan PAS.

Jadi kita tunggu saja sambutan Maulidur Rasul anjuran Parti Islam Malaysia, boleh kita hadir bersama-sama dengan PAS berselawat ke atas kekasih Allah.

Tanpa Nama berkata...

sapa cakap pas kedah tewas? bodoh punya statement...pas kedah la ni dok gelak sakan pasai projek kuin kola ketil diteruskan jgk....modai besaq utk pru 14 nanti sbb tu projek pas...projek bn kuin kat suka menanti hg pa tau tak????? akai ada?

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar ramai ahli pas dah masuk umno selepas cubaan fitnah ke atas majlis ni gagal. Kalau betul alhamdullillah, ehhhh... rasa macam pernah nampak ayat ni. Tapi di mana ya?