Ahad, 20 Januari 2013

PANASS!! Detail Laporan Polis Pencerobohan SAMM keatas Pejabat SW1M Sharifah Zohra Jabeen #Listen!


Petang tadi Mc janjikan salinan laporan polis keatas pencerobohan yang berlaku di pejabat SW1M. Mc minta maaf kerana masih lagi tidak dapat membawa salinan laporan polis terbabit diatas sebab-sebab tertentu.

Namun untuk tidak menghampakan, Mc akan memberi butir-butir keterangan didalam laporan polis terbabit.

Laporan polis ini dibuat oleh kakitangan SW1M yang berada ditempat kejadian.

Pada 18hb yang lepas, pejabat SW1M bertempat ditaman Sri Gombak, telah diceroboh oleh 3 orang lelaki Melayu, bersama seorang wanita. Mereka memperkenalkan diri mereka dari SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia), yang kononnya mahu menyerah surat jemputan berdebat kepada Presiden SW1M iaitu Syarifah Zohra Jabeen.

Setelah pintu dibuka, mereka berempat terus menyerbu masuk dan membuat tindakan yang dilarang oleh kakitangan SW1M, namun mereka berempat engkar dan terus mengambil gambar didalam pejabat berkenaan tanpa keizinan dan kakitangan SW1M.

Habis semua barangan peribadi di pejabat SW1M mereka ambil gambar sebelum beredar diatas desakan kakitangan SW1M yang mahu menghubungi pihak berkuasa. Pihak SW1M mengesyaki bahawa tindakan tersebut berniat jahat, kemungkinan besar gambar yang mereka ambil bermungkinan akan dimanipulasikan oleh pihak SAMM dengan niat yang tidak baik.

Oleh sebab itu pihak SW1M membuat laporan polis risau tentang keselamatan kakitangan dan Presiden SW1M, Syarifah Zohra Jabeen.

Itulah antara isi laporan polis secara ringkas yang dapat Mc terangkan pada pembaca. Insyallah esok pagi Mc akan kepilkan sekali salinan laporan tersebut untuk tatapan pembaca blog.

Jumpa esok yaa.. jangan marah.. hehe..

Untuk baca kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen, terhadap semua tuduhan terhadapnya boleh klik kat SINI

McTheory:
Janji mesti ditepati!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu je ceritanya... hampeh

Tanpa Nama berkata...

Tunggu.... Dan lihat