Khamis, 1 September 2011

PANAS! Berbaloikah Kita Membuat Laporan Polis Banyak-Banyak!!




Kebelakangan ini kalau pembaca semua perasan, seakan ada satu trend di Malaysia ini berpuluh kalau tak beribu lapuran polis yang dibuat dalam hal-hal tertentu antaranya menyentuh perhimpunan haram Bersih dan terbaru yang berkaitan dengan kepala komunis melayu alam baru, Mat Sabu.

Dalam hal perhimpunan haram Bersih, lebih 4 ribu laporan polis dibuat oleh banyak pihak dan Mat Sabu kepala komunis ni lebih 40 laporan.

Terdetik di hati penulis, dengan sekian banyak laporan, apa yang memberi kesan ke atas laporan yang dibuat? Kalau tak silap penulis dulu, laporan yang sekian banyak akan menyusahkan orang yang dinamakan dalam laporan pasal dia kena pergi ke semua balai polis dimana laporan dibuat ke atasnya. Contohnya, kalau laporan Bersih dibuat di Sarawak, Ambiga perlu pergi ke Sarawak untuk sesi soal siasat.

Sekarang pun kalau tak silap penulis masih berlaku keadaan yang sedemikian, cuma jarang benar yang penulis dengar.

Selain dari itu, apa agaknya faedah kepada laporan polis yang beribu-ribu dan berpuluh-puluh ini? Dalam hal perhimpunan haram Bersih, walaupun pihak polis berjaya mengelakkan kejadian yang lebih buruk dari berlaku, perhimpunan masih berlangsung dan orang-orang dibelakang perhimpunan tersebut masih bebas ke sana kemari mempromosikan agenda perhimpunan Bersih tanpa ada tindakan.

Sehinggakan pertubuhan haram ini seakan sudah jadi ‘halal’ dengan banyak pihak termasuk akhbar edisi harian mengajak Bersih hadir dalam sesi yang diadakan bersama pihak SPR. Pendek kata seakan ada pengiktirafan. Tak cukup dengan itu, kebanyakkan tuntutan Bersih seperti dakwat kekal, sudah mula diambil serius oleh SPR.

Nampak semua ini macam tak selari. Laporan polis beribu, pertubuhan tak didaftarkan tapi agenda dan Bersih itu sendiri seakan mendapat pengiktirafan pihak-pihak berkenaan (dalam hal ini SPR). Penulis takut, keadaan yang sama bakal berlaku ke atas bapak komunis melayu, Mat Sabu.

Semuanya sudah jelas, video ada, semua ada, jadi kenapa yang susah sangat nak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu? Benarlah tiada darah yang tumpah atau nyawa yang melayang tapi kenyataan berunsur hasutan ini tidak sepatutnya lepas tanpa tindakan, sekurang-kurangnya bermalam semalam dalam lokap.

Dulu, ya, kita faham kalau lambat ambil tindakan. Bukan zaman dulu ada youtube macam sekarang. Tapi sekarang berbeza, kenapa masih lembap macam kain basah tindakan ke atas Mat Sabu, yang kelihatannya tidak tergugat langsung dengan kenyataan menghasutnya tu. Penat saja pihak-pihak yang terjejas dengan kenyataan Mat Sabu buat laporan polis sedangkan dia masih bebas.
Bukannya takde bukti, ada bukti.

Ketakutan yang satu lagi ialah laporan polis akan sama nilai macam kertas bungkus kacang putih. Banyak-banyak laporan yang dibuat pun tidak mendatangkan suatu kesan yang jelas kepada pihak yang dilaporkan. Walhal laporan polis itu penting dengan pembuat laporan boleh diambil tindakan dibawah undang-undang kalau buat laporan palsu.

Laporan polis juga penting dalam hal tuntutan insuran dan segala macamlah hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Dalam hal Ali Setan pun sama (walaupun tak berpuluh laporan). Tidak nampak pun tindakan ke atasnya. Sebaliknya dia menggunakan media untuk mengatakan dirinya tak bersalah, macamlah tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak rasmi, hanya cakap kedai kopi.

Penulis nak bertanya kepada pihak PDRM terutama Menteri bertanggungjawab, apa sebenarnya yang terjadi? Adakah pendekatan ‘mendidik’ yang sedang dibuat dalam hal Ops Sikap ini pun nak diamalkan dalam hal-hal berkaitan kenyataan menghasut ni?

Kalau itu, maksudnya ia akan menuju kegagalan, seperti mana Ops Sikap sekarang yang masih menyaksikan jumlah kematian meningkat dibanding dengan tempoh sama tahun lepas. Ya, bukan salah PDRM saja kalau ramai mati pun, tapi bila PDRM melaksanakan Ops Sikap, itu maksud depa pun pegang tanggungjawab sikit sebanyak.

Balik kepada hal laporan polis ni tadi.

Sepatutnya laporan polis yang banyak ni mengundang kepada tindakan yang lebih serius kepada pihak yang dinyatakan dalam laporan. Likewise, tindakan yang keras diambil kepada pengadu yang buat laporan salah, barulah nampak sikit value pada laporan polis tersebut.

Lepas ini jangan marah kalau rakyat bosan nak buat laporan polis dan buat tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, bukan banyak atau sikit yang jadi pertikaian penulis tapi tindakan atas laporan yang banyak itu yang penting. Bila banyak laporan polis dibuat, itu menunjukkan seriusnya perbuatan atau kesalahan yang dilakukan dan sepatutnya dibalas dengan tindakan tegas oleh pihak polis. Rakyat perlu diyakinkan bahawa laporan mereka bukan sekadar formaliti tapi disusuli dengan tindakan yang benar-benar berkesan!!!

MyKMU

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau buat laporan palsu mcm si Anuar buat yg ia tak meliwat.. saiful