Rabu, 22 Jun 2011

PANAS!! DR MARSITAH BANGKANG KATA-KATA HADI AWANG!!


Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI. Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.

Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.

Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.

Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu memberi penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.

Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marsitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.

Katanya,” seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.


“Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.


“Namun begitu samaada ia boleh diterima tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.


‘Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu.”

Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah ‘diselidiki’ itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar didapati tulen.

Dr Marsitah berkata,” apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah untuk menentukan kesahihan video tersebut.

Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.

Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah. - AgendaDaily

Kalau ikut nak selidik, polis kata video tu tulen. Cuma pihak polis dan peguam negara masih lagi berahsia sehingga kini untuk memberitahu siapa individu misteri didalam video terbabit.

Umum sudah mengetahui bahawa, sememangnya individu itu adalah Anwar. Cuma hakikat ini tidak diperakui oleh puak pencacai PR yang mengatakan itu 'pendua' Anwar.

Walaupun setelah dicari dan dicabar untuk kemukakan 'pendua' Anwar itu. Mereka masih tidak dapat mencari muka pemuda yang iras-iras macam Anwar. Kalau dah tak dapat cari, macam mana kata itu bukan Anwar?

Jadi memang sah la video seks tu tulen dan lelaki yang berlakon dalam video seks tu adalah Anwar. Maknanya, video terbabit boleh dijadikan bukti untuk mendakwa Anwar dimahkamah syariah atas kes berzina dan melanggang pelacur!

McTheory:
Tamat la riwayat Anwar kalau macam tu..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sampai bila anwar nak menipu...orang buta pun tau yg dalam video tu anwar...

Tanpa Nama berkata...

Sedangkan AnakKu Sazali pun boleh ada 2 Watak (P.Ramlee )