Sabtu, 25 Jun 2011

PANAS!! JOE BEDUL EDAR VIDEO SEKS PALSU PKR??


RAMAI yang 'angkat topi' tengok gimik leftenan-leftenan Pak Sheikh Anwar Ibrahim dan selamatkan air muka bos mereka. Macam-macam cara mereka buat untuk alihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang menyelubungi ketua pembangkang itu.

Boleh dikatakan, pemimpin PKR ini tidak pernah hilang idea kreatif untuk tujuan alih isu ini. Macam petang Jumaat, bila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul panggil wartawan untuk sidang media dan tayangan video istimewa macam mana seseorang boleh solek supaya jadi orang lain.

Demi nak selamatkan bos, Johari pilih untuk berlakon dan disolek macam P Ramlee. Cuma sekali tengok kita tahu, tak ada gaya langsung. Tengok sendiri gambar di atas, ada rupa P Ramlee ke?

Beza sangat dengan lelaki yang dalam klip video itu, bak kata seorang yang biasa dengan Pak Sheikh bila tengok klip video itu, "Dia lintas saja, aku mengucap, Ya Allah apa Anwar buat kat situ...".
Kisah Johari nak jadi P Ramlee ini bermula apabila wartawan yang hadir dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang Jumaat diberitahu mengenai tayangan video yang dihasilkan sendiri Johari sebagai usaha untuk menangkis tuduhan terhadap Anwar yang dikatakan sebagai pelaku video seks.

Walaupun Johari mengakui dia sendiri menerbitkan video berkenaan, tetapi ternyata video itu mempunyai sentuhan profesional dalam kerja produksi.

Sepatutnya Johari menjemput sama Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya Presiden MCA itu dapat belajar menerbitkan sebuah video dokumentari untuk menangkis isu VCD seksnya dulu.

Barangkali Johari dapat membantu Soi Lek menyelamatkan maruahnya dengan cara yang sama, sekiranya mereka bertemu lebih awal dulu. Lagipun Johari cuma mengambi masa 34 hari untuk menerbitkan video dokumentari berkenaan.

Johari menunjukkan bakat 5 dalam 1 dalam video ala Majalah 3 itu yang ditayangkan kepada media itu apabila dia bertindak sebagai penerbit, penyunting, penyelidik, penulis skrip dan hos.

“Saya mengambil masa 34 hari untuk menerbitkan video ini, termasuk membuat penyelidikan yang membawa saya hingga ke Thailand,” katanya kepada pada sidang media berkenaan.

Lebih kelakar, Johari siap ambil kesempatan menawarkan untuk menjual video itu kepada media. 'Saya buat video ini pakai duit saya. Jadi siapa nak, kena beli. Lepas beli, anda boleh salin dan sebarkan kepada orang ramai,” katanya.

Video berkenaan bermula dengan opening montage yang memaparkan judul “Dalang Video Seks’ yang memaparkan gambar ketiga-tiga Datuk T. Johari memulakan mukadimah sebagai hos dengan mengatakan video itu akan menunjukkan bukti bahawa Anwar bukan pelaku dalam video seks yang menjadi isu hangat.

“Terdapat seribu kemungkinan siapa pelakon dalam video ini, tetapi apa yang kita tahu, ia bukan Anwar kerana beberapa sebab,” kata Johari dalam dokumentari itu.

Cuma yang pelik, Johari Abdul tidak pulak minta polis siasat siapa pelakon itu jika bukan Anwar atau minta tubuh Suruhanjaya Diraja untuk kenal pasti siapa yang sebenarnya pelakon video seks itu kalu bukan Anwar.

Johari menggunakan modal lama dengan menunjukkan lelaki yang digelarkan “Lelaki X”, kemudian membuat perbandingan dengan gambar-gambar yang memokuskan perut, pinggul, hidung dan rambut Anwar.

Gambar-gambar itu diselang-seli dengan gambar yang memberi fokus kepada hidung Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Johari memberi alasan lelaki yang dikatakan Anwar itu memakai cermin mata sedangkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak memakai cermin mata sejak menjalani pembedahan lasik dua tahun lalu.

Johari juga mendakwa bahawa lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu berhidung mancung, sementara Anwar berhidung penyek, serta jam Omega yang dikatakan milik Anwar sebenarnya kepunyaan Eskay.

Kira-kira 15 wartawan yang menyaksikan video berkenaan tergelak besar melihat adegan seorang make-up artis membuat “make-over” terhadap Johari supaya dia kelihatan seperti idolanya, P.Ramlee. Tambah melucukan apabila Johari cuba menari gaya P.Ramlee.

“Lihatlah, kesan solekan boleh buat saya kelihatan macam P Ramlee,” kata Johari, disambut gelak ketawa wartawan.

Bagi saya, ah, jauh panggang dari api! Langsung tak ada persamaan!. Kadang-kadang solekan boleh tiru, tapi bagaimana Johari hendak jelaskan body language pelakon video seks itu yang sebijik Anwar?

Johari juga dalam ulasannya mendakwa bahawa Eskay pernah memberitahu bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.

Menurut Johari, PKR akan menjual VCD ini dalam ceramah-ceramahnya mulai minggu ini dan video berkenaan akan dimuatnaik ke Youtube selepas sidang media. – AgendaDaily








Dalang Video seks hasil ciptaan Joe Bedul pak lawak bodoh!! 


Video mengunakan night version khas untuk merakam gambar dalam gelap, kerana semasa adegan seks berlaku, Mc percaya lampu yang dibuka hanyalah lampu tidur berkuasa kecil. Sebab itu keadaan bilik gelap dan berbayang. Sebab hanya lampu tidur yang boleh menghasilkan bayang.

Remote control itu bukan remote untuk rakam video, itu mungkin remote aircorn atau TV. Jika itu remote untuk kamera video, bukankah video seks itu sememangnya dirakam tanpa henti, untuk apa mereka menekan remote lagi?

Muka gambar hidung mancung dan si pelaku memakai cermin mata adalah PALSU. Ini kerana dalam video sebenar, si pelaku tidak memakai cermin mata malah wajahnya memang iras Anwar. Dalam video Dalang video seks itu, Joe Bedul sudah mengubah rupa asal hanya untuk mengelirukan dan menipu rakyat Malaysia.

Pasal rambut Anwar yang dikatakan dipotong nipis, itu hanyalah pantulan cahaya dari kamera night version. Jika diperhatikan selepas pada pergerakan itu, rambut Anwar kembali seperti asal.

Jawapan untuk kotak tisu ialah, kotak tisu tu dibuang oleh Anwar, kerana sudah kosong. Jika Mc sendiri pun boleh mengkaji dan menafikan semua kata Joe Bedul, Mc harap rakyat Malaysia dapat menilaikan sendiri. Bahawa sememangnya individu dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim!



Video si Samsul Ketot kantoi tak tau nak jawab soalan. Orang tanya kenapa tak saman, yang ko dok pusing keliling sampai ke report polis dan penafian tu buat apa? Kan video tu menghina peribadi Anwar, hingga mendedahkan PUNAI GAGAHnya. Kenapa Anwar tak ambil tindakan menyaman Datuk T? Bukankah saman itu dapat membersihkan semula namanya yang teruk tercemar? Jawab la soalan tu wahai Sam ketot dan Joe Bedul!!

Dengan saman itu juga, Anwar dapat masuk mahkamah dan buktikan pada semua rakyat Malaysia bahawa dia bukan individu dalam video terbabit.

Bila dah masuk mahkamah, peguam akan bongkar dari A sampai Z. Habis luar dalam akan dilondehkan. Jika Anwar benar-benar tak bersalah, pasti dia akan saman dan masuk mahkamah untuk menghukum Datuk T kerana menghinanya.

Namun sekarang apa dah jadi? Datuk T sudah pun masuk mahkamah. Anwar berani ke? Asyik menafikan, tapi tak ada bukti yang menunjukkan bahawa dia tak bersalah. Setakat video bodoh Joe Bedul si sampah Sungai Petani tu, hanya orang bodoh macam pencacai Pakatan saja yang percaya.

Sudah-sudah la Anwar, jangan perbodohkan rakyat Malaysia lagi. Kalau benar tak bersalah, sila saman Datuk T di mahkamah, biar kita tengok siapa benar dan siapa salah!

McTheory:
Setakat menafikan, orang dalam penjara pun tak mengaku depa buat salah!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dlm video ni, kenapa datuk johari mengaku menonton video lucah mirip Anuwar ibrahim, kenapa tiada dakwaan terhadap penonton yg menonton video lucah? kenapa kump. datok T hanya didakwa.

kalu nk menyatakan analisis perbandingan, mesti disertakan fakta serta bukti dari org yg pakar dlm bidang tang berkaitan. bukannya hujah2 kosong dgn hanya berdiri depan kamera dan bercakap kosong.

ha3
-PASBerg-

Tanpa Nama berkata...

Dalam kenyataan Mohamad Mati bekas polis ternyata Datok SK menaruh dendam kepada Anuar kerana tidak mahu membantunya untuk menyelesaikan kes saman RM 20 juta dan dia berhasrat ke Thailand untuk membuat sesuatu demi untuk menjatuhkan Anuar.
Bukan kah kenyataan yang diberi itu adalah berkaitan denan hal peribadi antara Datuk SK dan Anuar. Mengapa pula UMNO yang dipersalahkan?

Bila wajah dimekup tak nampak pun macam P. Ramli, maca Ramli P ada la.
Perasan, kenapa tak mekup supaya jadi muka orang dalam Video itu, saya cabar supaya YB ni pi sekali lagi ke Thailand bawa gambar orang dalam video itu dan mintak dia mekup supaya jadi seiras dengannua.

WARGA SEBELUM MERDEKA

Tanpa Nama berkata...

Mari kita pakat hantam kenyataan yang bodoh ini, yang pi mekup jadi P.Ramli tu apa hal, ada kaitan apa dengan P.Ramli.

Ini lah yang di katakan politik pesepsi, kadang kadang fakta sebenar dapat dikalahkan dengan kenyataan yang berbentuk pesepsi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada orang ketiga dalam video tu seperti mana komen tersebut, sudah pasti boleh nampak pada cermin muka yang berada di hujung katil tu. dahulu ada komen tentang Kononnya ada baling baling tisu, bila setiap angel ada bayang putih melayang layang dari arah kiri dan kanan, maka tohmahan itu senyap begitu sahaja.

Dalam komen tersebut meyatakan bahawa ini adalah fitnah dari UMNO dan sekali lagi beliau memburuk burukkan orang lain terutama DRTC, bukan kah itu juga fitnah beb.

WARGA SEBELUM MERDEKA

Tanpa Nama berkata...

Hahaha... tringat masa dulu2 sekolah rendah laa, nonton TV Pendidikan.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Encik Matti juga telah membuktikan bahawa ANWAR kenal Datuk Eskay..MASA video ni keluar dulu reporter tanya ANWAR kenalkah Eskay, ANWAR kata tak kenal..tang sini dah kantoi dah...then bab jam omega...Johar Bedul kata Jam tu milik ESKAY...kalau kita imbas balik press statement wan azizah berkaitan jam omega..dia kata ada dalam simpanan..maknanya ANWAR ada jam jenama omega..kalau Johari Bedul kata jam tu milik Eskay..mintalah ANWAR atau Wan Azizah tunjukkan jam omega milik anwar..buktikan..tang sini kantoi lagi...nampak gayanya Johari bedul ni nak menutup bangkai gajah dengan sekeping VCD dia ni..mana nak tertutup Jo Bedul oii...dah kantoi tetap kantoi..tak payah la dok buang masa nak cover Boss hang tu...hang kata Rahim tambi chik nak cari tempat dalam kerajaan..hang pun apa kurangnya..punya nak backup boss hang agar dapat tempat lagi dalam PKR..susah payah buat video yang akan menjerat lagi Boss hang...tak caya hang tunggulah...banyak sangat loophole penafian hang ni...lawak betoi...kesian aku tengok....hehehe

Tanpa Nama berkata...

sila baca rumusan didlm blog M.I.M.(DR.NOUVANDRI.BLOGSPOT.COM)...dah
macam kisah 1001 malam....masing2 nak menegakkan benang yg basah...tapi aku hanya berserah kpd
Allah....hanya Dia yg Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...MOGA MALAYSIA AMAN DAN DAMAI....

Tanpa Nama berkata...

nih baru betoi... Professor Joe Bedul dari Fartmouth College di Hanover, Ulu Kelang, UK... pakar penjilat jubur anwar... oramg bodoh ajer leh percaya dengan mamat nih... masuk lar ke mahkamah... baru lar tau make-up ke atau tidak...

Tanpa Nama berkata...

ceh!buang masa aku tengok mangkok ni membebel.cara dia cakap macam la dia penah tengok anuar tak pakai baju..penah mandi sama2 dgn nuar ke tu?tang potong rambut...kan sama rambut tu.tengok la betul2 samdol!lepas tu bila masa pulak anuar pakai spek dlm video tu?tak nampak pon.lagi satu yg paling bongok,camera tu BUKAN CCTV la bodoh!!!tu spy cam!!yg black n white tu sebab mode night vision!!bilik tu gelap!!bukti bilik tu gelap ialah lampu bilik air lebih terang bila suis dia di on!!bayang2 tu kan bayang TV!remote tu kita tak pasti remote utk apa,tapi kalau utk hidden camera tu tak masuk akal.sebabnya tak ada beza apa pun pada gambar bila remote tu dipicit2.bab make ni yg paling lawak dan paling bodoh!!mangkok tua ni perasan muka dia mcm p.ramli rupanya..HAHAHAHA!!siap berdansa ala anuar plak!!org tua bodoh ni cuba nak bagi tau yg pelaku dlm video tu sebenarnya rahim tamby..rahim tamby kalau dimakeup oleh pakar terhebat mcm mana sekali pun tak akan dapat buat muka mcm anuar.sebabnya tengkorak anuar dgn tengkorak rahim tak sama.dahi anuar curam,tulang kening anuar terkeluar.tulang pipi anuar jugak jendul.selayaknya abdullah sani yg patut dimake up jadi anuar.muka pun mcm adik beradik.cara bercakap pun sebijik!!HAHAHAHA!!baik si bedul ni check betul2 abdullah sani ni..apa pun kepada semua penyokong2 anuar,doala byk2 supaya ALLAH tunjukkan kebenaran.tak kira la siapa yg betul,siapa yg salah.asalkan ALLAH reda kepada perjuangan kita.ingat!terima la kebenaran dgn hati yg ikhlas dan penuh kesyukuran.jgn mengundang bala ALLAH dgn tetap menidakkan kebenaran dan menyokong kebatilan.