Sabtu, 11 Jun 2011

PANAS!! SIBUKNYA PEGAWAI SPRM SEKARANG NI.. KENAPA YE? rugi tak baca!!

Ni post pendek je. Mc cuma nak bagi pembaca blog Mc berfikir seperti mana Mc berfikir. Tempohari Mc ada meluangkan masa  berbicara dengan seorang pegawai SPRM. Kira tinggi jugalah pangkatnya, katanya sekarang ni, SPRM lebih sibuk berbanding dahulu.

Kata pegawai terbabit lagi, bos SPRM sekarang amat teliti dan rajin mengorek kes lama-lama yang tergendala dan siasat semula. Berbanding dengan bos SPRM dahulu agak lembab untuk membuat kerja.

Itu tak penting, katanya ada lagi perkara paling penting, sekarang ni setiap pegawai SPRM dihantar berkursus di Perak, dikawasan pendalaman, secara bergilir-gilir, sehinggakan line handphone pun takdak.

Dengar kata, ini semua bagi persediaan meningkatkan integriti pegawai untuk menghadapi kes besar dan hari penting dalam negara di masa yang akan datang.

Mc ada tanya, bila hari besar tu nak datang?

Dia kata, rasanya macam tak lama, orang atas dah suruh get ready tu..

hmm.. tak lama..?

Apa pendapat anda?

McTheory:
Adakah kita semua sudah bersedia??

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa maksudnya tu, PRU ke 13 nak datang dah ka?