Rabu, 29 Jun 2011

PANAS!! WARDINA MELENTING KERANA DIKATAKAN AHLI PKR DAN SOKONG BERSIH!!


Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, terus melenting dan menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.

Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.

"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.

"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.

Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.

"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya. - Utusan

Nak komen sikit la ye. Pada Wardina, dah tahu anda tu Artis dan menjadi tumpuan masyarakat, yang dok gatal tangan dok taip bukan-bukan tu buat apa. Tengok balik tweeter saudari yang menyindir Menteri Wanita dan mahu mengantikan beliau. Apakah maksud disebalik tweeter itu?

Malah Wardina kelihatan begitu rapat dengan MP dan Adun PKR. Siapa yang tak syak bukan-bukan.

Apakah Wardina sudah panas baru nak nafikan ada kaitan dengan PKR dan tidak menyokong Bersih?

Orang tua dah pesan, jangan bermain api, nanti membakar diri.

McTheory:
Wardina dah nafikan, nampaknya penyokong pembangkang sedihla ye..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memamg betina gampang ni putar -belit.
Dia dah mengaku,dia tak sokong kerajaan. Memang la betina gampang ni cakap tak serupa bikin.
TV3 tukar shj la betina di kaca TV.
Aku dah tak larat tengok muka dan tutur kata dia bongek.
Pls TV3

Tanpa Nama berkata...

alaa wardina..apa yang tersirat...

Hawkeye berkata...

cuba check twitter dia dgn nik nazmi masa Praya Sarawak..apa dia wish nik nazmi ?

Hawkeye berkata...

cuba check twitter dia dgn nik nazmi masa praya serawak..APA DIA WISH NIK NAZMI. ?

Tanpa Nama berkata...

Wardian terpaksa hipokrit, takut periuk nasi terjejas. Kalau PRU 13 , PR menang Wardina la artis pertama yang akan ishtihar diri sokong pembangkang. hahahha

Rohaizad berkata...

Rasanya Wardina sokong pembangkang tetapi itu merupakan hak dan pilihannya selaku rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Org buduh je yang suka komen maki hamun...ni mesti mengajar anak atau di ajar dengan memaki hamun..... Negara ni demokerasi...biar la wardina nk kata dia PKR ke, bkn PKR ke...nk berceramah di majlis PKR ke...majlis |UMNO ke....so what???? kalau diri tu bagus, BN nak PKR nak PAS nak... tp klu diri pengomen tu hampeh, sape pn tak nak... panas hati betul org suka komen dengan memaki hamun ni...

OZEL berkata...

biarlah dia kipas pkr tak da hal punya!...selebriti yg suam2 kuku aje yang menentang arus!Selebriti hebat2 dan hot2 tetap menyokong pemerintah sebab mereka tahu kerajaan yg memerintahlah yg bertanggungjawab mempastikan negara aman dan dapatlah kita cari rezeki utk anak binikan gitu!ana tabik n tahniah Norman KRU semalam dapat anugerah Bintang JSM dpd DYMM Ydp AGONG contoh selebriti yg tahu membalas jasa kerajaan!