Memaparkan catatan dengan label wardina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wardina. Papar semua catatan
Selasa, 22 Mei 2012
PANASS!! Lagi Kisah menarik Mengenai Wardina!!
Saya nak tegaskan, apa yang ditulis di blog-blog mengatakan saya akan masuk parti politik lah, giat aktif dengan parti itu parti ini, itu semua adalah tidak benar sama sekali! Macam manalah mereka boleh tahu, sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini. Suami saya pun tidak tahu yang saya nak ceburi politik. Mengarutlah!",
Begitulah kata selebriti Safiyyah Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, 33, dengan nada tegas ketika dihubungi baru-baru ni.
Personaliti TV3 ni diminta mengulas sejauh mana kebenaran mengenai spekulasi dia bakal bertanding mewakili sebuah parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tidak lama lagi.
Sejak setahun lalu, bekas pengacara rancangan Malaysia Hari Ini itu sering melibatkan diri dengan program-program berbentuk politik di samping turut agresif memberikan pandangan dan komen mengenai topik dan perkara yang berkaitan dunia politik tanah air menerusi di laman sosial Facebook dan Twitter.
Malah, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sikit masa dulu, blog Siasah Daily pernah menulis Wardina kononnya akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita tersebut.
Terbaru, sekitar April lalu nama Wardina sekali lagi di sebut-sebut, sebagai calon PKR untuk PRU 13 dan bakal bertanding mewakili DUN Kota Damansara.
Bertanyakan hal berkenaan, ini sambungan penjelasan ibu kepada tiga cahaya mata ni,
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, segala apa yang ditulis di dalam blog-blog itu tidak betul. Saya tak ada masa pun nak jadi ahli politik. Saya tak minat. Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun. Dan saya tidak akan menjejakkan kaki dalam kancah itu",
Sebab lagipun saya sedih melihat senario politik negara kita hari ini sangat mengecewakan. Bangsa kita bergaduh sesama sendiri, mencaci dan menghina seperti tiada adab. sangat menyedihkan. Saya rasa saya tidak berkepentingan untuk menceburi mana-mana parti politik. Saya tak mendaftar dengan mana-mana parti pun, ujarnya dengan panjang lebar.
Bagaimanapun Wardinah tidak menafikan dia kini bergiat aktif menjayakan kegiatan yang dijalankan oleh beberapa NGO dengan memberi ceramah serta berkongsi pandangan bersama pelajar-pelajar institut pengajian tinggi juga di luar negara.
Serta secara tidak langsung dia juga sering bekerjasama dengan parti-parti politik.
"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik. Saya akui saya banyak kenalan dari kalangan mereka yang giat aktif dalam parti misalnya orang-orang PAS. Saya juga banyak kenal orang-orang PKR. Tapi tidak bermakna saya perlu menceburi bidang politik.
Dalam perkembangan lain, Wardina baru saja pulang dari United Kingdom menjayakan program anjuran persatuan mahasiswa gabungan kelab UMNO dan IKRAM di sana.- MD
Khamis, 12 Januari 2012
GEMPAR!! Rumah Wardina di ceroboh Perompak dan dipukul?
Mc ada terbaca twitter Wardina subuh tadi, namun blog 1 Peluru lebih cepat membuat artikel dari Mc. he he..
menurut twitter yang dikirim oleh Wardina kira-kira sejam lalu (jam 5 pagi) rumahnya telah dirompak oleh sekumpulan 3 orang indon bertopeng dan bersenjatakan parang. Suaminya ikhwan telah dipukul.
Selasa, 15 November 2011
PANAS SEH!! Wardina Jatuh Cinta Dengan Blogger Pro UMNO?
![]() |
| Muka berkerut, sakit perut ka apa mu nih..? |
Nampaknya khabar angin Wardina nak jadi bertanding jadi MP bertiup kencang. Namun Wardina menafikan dalam Tweetnya baru-baru ini. Sedangkan hakikatnya dari dulu lagi ramai orang dok memerhatikan perangai sebenar si Wardina. Rapat benar dia dengan puak Pkr ni..
Selasa, 1 November 2011
KASI PANAS!! Cerita Pasal Wardina Si Artis Perasan Bagus!!
Sebenarnya, saya pelik dengan kerenah seorang artis dan selebiriti wanita yang merasakan dirinya bagus, intelek, seolah-olah ‘berkasta tinggi’ dan sentiasa menganggap pandangannya itu betul. Siapa lagi artis wanita itu jika bukan Wardina Safiyyah.
Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan tindakan Wardina tersebut.
Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.
Namun malangnya, penghijrahan identiti Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina. Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.
Khamis, 6 Oktober 2011
PANAS!! Apabila Wardina Kata Artis Malaysia TIADA ILMU!!
![]() |
| Klik untuk besarkan.. |
Gambar di atas adalah komen2 dari rakan artis yang menjawab soalan hukum hudud. Walaupun kita tahu bukan semua artis tergolong dalam bijak pndai agama. Namun tidak semua juga begitu jahil dalam agama Islam.
Namun sejak dua menjak ni, ada seorang artis yang menganggap dirinya begitu pandai dalam agama dan sering mengkritik orang lain. Kali ini artis Malaysia kononnya di anggap tidak layak untuk bercakap soal hudud, kerana TIADA ILMU!
sumber gambar MPP
Artis juga tergolong dari umat Islam yang tinggal di Malaysia. Masyarakat juga perlu tahu pendapat mereka mengenai hukum hudud. Masing2 mempunyai kebebasan untuk bersuara. Jaga diri sendiri dulu, sebelum jaga orang lain.
McTheory:
Apa la masalah minah ni pun tak tau la..
Rabu, 29 Jun 2011
PANAS!! WARDINA MELENTING KERANA DIKATAKAN AHLI PKR DAN SOKONG BERSIH!!
Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, terus melenting dan menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.
Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.
Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.
"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.
"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.
Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.
"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.
"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.
"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.
"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.
Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.
"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya. - Utusan
Nak komen sikit la ye. Pada Wardina, dah tahu anda tu Artis dan menjadi tumpuan masyarakat, yang dok gatal tangan dok taip bukan-bukan tu buat apa. Tengok balik tweeter saudari yang menyindir Menteri Wanita dan mahu mengantikan beliau. Apakah maksud disebalik tweeter itu?
Malah Wardina kelihatan begitu rapat dengan MP dan Adun PKR. Siapa yang tak syak bukan-bukan.
Apakah Wardina sudah panas baru nak nafikan ada kaitan dengan PKR dan tidak menyokong Bersih?
Orang tua dah pesan, jangan bermain api, nanti membakar diri.
McTheory:
Wardina dah nafikan, nampaknya penyokong pembangkang sedihla ye..
Isnin, 27 Jun 2011
PANAS!! OPSS! WARDINA KANTOI LAGI!!
![]() |
| Gambar diatas Wardina bersama Nik Nazmi, Azmin Ali dan beberapa orang Pkr |
He he.. akhirnya sudah ada gambar sebagai bukti bahawa sememangnya Wardina 'berminat' benar dengan puak PKR ni. Sememangnya dia mahu aktif dalam Pkr, namun rezekinya di TV3 menyebabkan dia terbatas untuk bergerak aktif bersama Pkr.
Tapi Mc percaya, bila tercetusnya PRU ke 13, Wardina pasti akan tarik diri dari TV3 dan terus aktif bersama Pkr. Ye la, orang dah cita-cita nak ganti Menteri Wanita, mana boleh main-main lagi.
Nak tahu apa cerita disebalik gambar ini, boleh klik sini.
McTheory:
Rasanya 9 Julai ni, dia pun turun berhimpun kot..
Sabtu, 28 Mei 2011
HA HA HA.. PADAN MUKA... WARDINA KANTOI LAGI!!
Rabu, 18 Mei 2011
KASI PANAS!! WARDINA NAK JADI AHLI PARLIMEN PKR??
![]() |
| Ada hati nak jadi Menteri? aduhh.. |
Wahh.. nampaknya lepas satu artis, satu lagi berminat nak masuk dunia politik. Dulu Mc selalu mengikuti twitter si Wardina Saffyyah ni. Memang dia agak rapat dengan Nik Nazmi Adun Pkr Seri Setia dan Altimet (si hiphop yang anti Saiful).
Mula-mula ingat dia ni rapat biasa je, rupanya ada maksud tertentu. Mc difahamkan Wardina sering ke majlis PKR di sekitar Selangor malah jika ada show yang membabitkan Pkr kadang-kadang Wardinalah yang menjadi Hosnya. Takpalah, biarlah itu dia punya pasal, Mc tak kisah pun.
Tapi apa yang didedahkan oleh blogger Tinggalkan Satu Peluru merupakan satu perkara yang agak mengejutkan Mc.
Tinggi benar angan-angan si Wardina. Nak jadi menteri!! Nak jadi Ahli Parlimen?? Apakah dia nak masuk bertanding dalam PRU ke 13? Dapatkah Wardina menepis semua sepak terajang politik? Mampukah Wardina bertahan dalam Pkr, sedangkan Pkr sekarang cuma tinggal berapa kerat saja lagi tokoh, itu pun yang mempunyai kepentingan.
Lebih baik Wardina duduk saja dalam dunia artis, tak payah la nak melangkah jauh. Kalau berminat juga, kami alu-alukan kedatangan Wardina. Bersedialah menerima peluru dari blogger macam Mc ni. Contohnya Bob Lokman yang hampir setiap hari menjadi mangsa akibat kebodohannya sendiri. Malah nak cari makan pun susah sebab dia terlebih fanatik dari ahli pembangkang yang lain. he he..
Err.. Wardina dengan Nik Nazmi tu rapat sangat laa.. err.. ada apa-apa ka? heh.. tanya saja.
P/s: Tak sayang family ke?..
McTheory:
Terabai suami dan anak nanti.. macam Bob Lokman sekarang ni..
Langgan:
Catatan (Atom)










