Rabu, 13 Julai 2011

FIKIRKANLAH... JANGAN NEGARA HANCUR BARU NAK SEDAR

Tadika Kemas yang di biayai oleh kerajaan... sungguh sempurna dan sistematik

Tadika di negara jiran... Kepada anak-anak yang miskin, mereka tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semua kemudahan telah di sediakan oleh kerajaan namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak bersyukur dengan apa yang mereka dapat.

Kami ingin membawa sedikit kisah dari negara jiran sebagai renungan. Baru-baru ini terdapat seorang kenalan dari negara jiran yang datang bercuti ke Malaysia. Semasa bersembang, beliau ternyata sangat kagum dengan sistem pendidikan di Malaysia. Antara kata-kata beliau ialah :

1) mereka terpaksa merasuah pihak sekolah, walaupun untuk masuk ke sekolah milik kerajaan.
2) mereka terpaksa membayar yuran yang mahal pada setiap bulan untuk setiap anak mereka.
3) mereka terpaksa membeli buku teks dan buku tulis.
4) berbagai-bagai kemudahan lain tidak di sediakan oleh sekolah.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah di sediakan oleh kerajaan. Fikirkanlah... jangan sampai negara hancur, baru nak menyesal.

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Kerajaan sepatutnya melihat juga imbuhan yang diberikan kepada pembantu-pembantu kelas Tadika Kemas selain dari guru-gurunya.
kebajikan mereka seolah-olah diabaikan!