Selasa, 19 Julai 2011

GEGAR!! PAS KEDAH REMBAT DUIT PERUNTUKAN JALAN KA??

PAS Kedah dipersoalkan tentang 'hilangnya' baki RM93 juta daripada Peruntukan Kerajaan pusat RM147 Juta untuk dibelanjakan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf jalanraya di Kedah. PAS setakat ini hanya belanjakan sebanyak RM54 juta sahaja, dan kemana hilang RM93 juta lagi? Ostat Azizan kata baki itu dimasukkan dlm Tabung Amanah.

Tabung Amanah jalanraya ka? Amanah saham Kedah ka? Atau Tabung amanah poket ku poket mu.. heh..



Mc ingat lagi Menteri Kerjaraya Dato Shaziman pernah mempersoalkan benda macam ni jugak. Beliau kata kerajaan Kedah salah guna duit peruntukan kerajaan Pusat untuk buat benda lain. Maknanya duit jalan persekutuan disalah guna oleh kerajaan negeri Kedah.

Mengikut kata Shaziman, duit buat jalan persekutuan, Pas buat jalan negeri, sedangkan duit untuk buat jalan negeri dan jalan kampung sebenarnya kena guna duit kerajaan negeri.

Cuba kita guna otak, kalau tiba-tiba jalan persekutuan ada masalah, dan peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat sudah habis diguna oleh kerajaan negeri. Apa kerajaan negeri nak cakap? Tentunya kerajaan negeri pusing kata pusat tak bagi peruntukan.

Mc tak percaya puak Pas ni akan berkata jujur.. yang betui pun dipusing, tambahan pula yang macam ni..


Cuba tengok video sidang dun ni. Orang tanya lain, lain pula dia jawab. Patutnya bagi la detail dimana lebihan duit peruntukan itu berada sekarang. Jawapan bahawa duit itu berada di tabung amanah, rasanya macam tak relevan. Sekiranya duit itu berada di tabung amanah, apakah rancangan masa depan kerajaan negeri untuk mengunakannya. Takkan nak simpan saja kot? Nanti tahun depan dapat lagi duit, takkan nak simpan?

Apa pula fungsi tabung amanah tu? Cuba terangkan kepada kami yang tak berapa nak tau ni. Bukan apa..takut ada salah guna pulak.. duit banyak-banyak kalau simpan, takut ada pulak yang ter.. ter..

McTheory:
Simpan untuk jalan ka, atau untuk PRU ka? heh..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM patut siasat kemana baki peruntukkan yang perlu dibelanjakan oleh kerajaan negeri disorokkan,aku risau wang itu digunakan untuk parti pembangkang dengan mengumpul dana2 utk PRU nanti menggunakan peruntukkan pusat kepada rakyat kedah tp disalah guna,pihak berkenaan harus menyiasat dan kementerian kerjaraya tahun depan jangan terlalu kasi byk sangat wang risau tidak sampai kepada pihak yang di sasarkan tp tersasar

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanya ustaz Azizan mesti jawapannya kita sama-sama tau, iaitu saya tak tau, tanya depa.

Kerajaan Pusat telah beri peruntukan memperbaiki jalan berdasarkan laporan kerosakan akibat banjir tempoh hari maka banyak mana yang diminta banyak itu lah yang kerajaan Pusat berikan, tetapi kenapa tidak dihabiskan semua peruntukan yang diminta itu untuk membuat jalan.

Baru-baru ini taman kami dah diturap dengan tar baru, tapi nipis aja. Ingatkan duit kerajaan negeri yang digunakan untuk menurap jalan tersebut, rupa-rupanya duit dari kerajaan pusat. Longkang di taman kami pun dah dinaik taraf, begitu juga saya ingatkan kerajaan negeri yang buat longkang itu, rupa-rupanya peruntukan dari kerajaan pusat juga. Jadi tang mana yang kita boleh nampak betul-betul pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Negeri Kedah ni.

WARGA SEBELUM MERDEKA

Tanpa Nama berkata...

LAGI KERJA GILA KERAJAAN PAS KEDAH..!!

MADRASAH PUN NAK TUKAR GANTI DENGAN KOMERSIAL..KAFIR JUGA UNTUNG!!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bantahambiltanahwakafkhas/Article

ALOR SETAR: Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.

baca lagi..

Tanpa Nama berkata...

lepas nie kerajaan peskutuan bagi 100juta,peruntukan boh 5 juta sudah.yg len semua masuk tabung amanah..orng bagi 100 juta belanja la 100juta tahun depan dpt lain yg dok pi masuk tabung "amanah" tu buat pa.tu nama dia tak amanah.

g berkata...

Duit persekutuan untuk rakyat, duit derma kempen pas baru sumbat dalam tabung amanah pas Kedah, baru kena. Harap Kerajaan pusat bagi terus saja ke rakyat lagi bagus..
Sikit-sikit Tabung amanah. Amanah tengkorak apa mcm tu...