Rabu, 20 Julai 2011

UNIVERSITI: PUSAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN PAKATAN HARAM!!

contoh lembu Ambabiga paling banggang!

KUALA LUMPUR  Julai - Bukti yang dikemukakan oleh polis kepada pihak universiti, bakal menjadi penentu kepada nasib pelajar yang ditahan ketika menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Timbalan Rektor Perhubungan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pihaknya baru sahaja mendapat senarai nama pelajar yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kami akan meneliti semua bukti serta laporan dari pihak polis sebelum memanggil pelajar-pelajar terbabit.
"Sementara hukuman yang akan diberikan pula akan ditentukan oleh pihak mahkamah universiti. Pihak UIAM mempunyai panel hakim terbaik yang dilantik oleh universiti ini bagi menentukan hukuman ke atas pelajar yang didapati bersalah.

"Saya masih tidak boleh mengesahkan kebenaran mengenai beberapa laporan yang mengatakan bahawa ramai pelajar dari UIAM terlibat dalam perhimpunan tersebut. Bagaimanapun kami berharap pihak luar tidak terus membuat sebarang andaian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi bahawa ia telah mengenal pasti lebih 500 mahasiswa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, senarai nama mereka yang terlibat sudah pun dihantar ke universiti-universiti berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa berkata, pihaknya masih menunggu senarai nama pelajar yang terlibat dalam perhimpunan Bersih tersebut.
"Kami akan melihat pada bukti-bukti yang dikemukakan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat sekiranya ada.

"Bagaimanapun, saya berharap tiada pelajar dari UUM yang terlibat dalam perhimpunan itu kerana bimbang tindakan tatatertib yang akan dikenakan ke atas mereka akan mengganggu proses pengajian mereka," katanya. - Utusan Malaysia


Patut la ada kawan yang belajar di UIAM gombak cakap hampir keseluruhan pelajar,pendidik serta staff disana sokong bershit...tp nasib baik kawan aku ni tak termakan hasutan depa...

Macamna ni KPT? budak2 U dah termakan dakyah PR..takkan nak biar lagi??

PMK: orang tua suruh belajar bukan jadi lembu Pakatan Anak Haram

3 ulasan:

KZSO berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KZSO berkata...

gradkan mereka skrg juga..

gradkan mereka tanpa ijazah!

kepada pentadbiran uiam, jalankan amanah yg diberikan oleh masyarakat iaitu untuk pihak uiam mengeluarkan graduan yang berintegriti, intelektual, beriman dan beramal..bukan kaki demo..

akibat nanti ialah pihak swasta tidak mahu ambil graduan uiam sbb akan dicop sebagai kaki demo..nanti tak dapat increment, bonus atau kemudahan dari syarikat, terus pakat kat staff lain buat demo..

skrg banyak syarikat swasta melihat perkembangan ini dengan lebih teliti dan ingin lihat tindakan pentadbiran uiam terhadap pelajar mereka yang berdemo!

Mohd berkata...

Buang saja pelajar2 ini.
Kalau dibiarkan mereka bila keluar nanti akan menjadi kakitangan kerajaan yg menjadi musuh dlm selimut yg selalu saja mensabotaj semua dasar murni Kerajaan utk membantu rakyat.
Rakyat tak akan rugi jika dibuang 500 orang dpd lebih kurang 30 ribu pelajar.
Hampir kesemua pelajar2 ini adalah dari kaum Melayu yg belum apa lagi dah jadi keldai Pakatan Rakyat.
Mereka juga harus disenarai hitamkan supaya langsung tak boleh berkerja dgn Kerajaan dan menjadi duri dlm daging. Biarkan mereka merempat atau membuat kerja sendiri dan sedar akan untung nasib mereka kerana kebodohan mereka sendiri.
Ibubapa dan penjamin2 mereka pun harus dikenakan tindakan sebab merekalah yg telah menghasut pelajar2 ini utk melanggar undang2 negara. Kerajaan tak harus berasa takut akan kehilangan undi dpd orang2 ini kerana mereka adalah penyokong totok pembangkang pun.
Jika tiada tindakan buang dikenakan, pelajar2 yg lain akan turut serta dlm Bersih3 nanti.
Rakyat juga terkejut apabila mendengar siswi2 yg bertudung liput memaki hamun polis dgn mencarut sehingga sanggup meludah sesama Islam!
Kalau nak menikah dgn perempuan2 jalang spt ini nanti lingkuplah rumahtangga.
Cegah sebelum parah.
Melayu mudah lupa ????????