Khamis, 28 Julai 2011
PANAS!! OSTAT ZIZAN KENA BELASAH DENGAN PELAJAR!!
Sebelum ini, kita sering mendengar mahasiswa bertindak melakukan demonstrasi terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Setiap kali berdemonstrasi, mahasiswa-mahasiswa tersebut berjaya dikekang dan di”jinak”kan. Namun, Kerajaan Barisan Nasional tetap dianggap zalim dan dituduh yang bukan-bukan oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan. Kononnya, mahu mengambil hati mahasiswa-mahasiswa!
Tapi kali ini, giliran Pakatan Haram pula yang berdepan dengan tindakan demonstrasi mahasiswa. Kerajaan Pas Negeri Kedah dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bergegar apabila dikhabarkan hampir 500 orang mahasiswanya berdemonstrasi memprotes tindakan disiplin yang dikenakan terhadap enam orang rakan mahasiswa mereka oleh pihak pengurusan universiti milik Kerajaan Negeri tersebut.
Enam orang pelajar itu digantung sesi pembelajaran dan ada yang didenda ekoran kesalahan mereka bertindak melakukan demonstrasi di kolej universiti tersebut sebelum ini. Menurut sumber, mahasiswa berkenaan tidak puas hati pada pengurusan KUIN yang bertindak menempat sekolah bestari di bawah Kerajaan Negeri di premis pengajian mereka yang merupakan sebuah maahad tahfiz yang kekurangan kemudahan asas.
Menurut sumber, maahad tahfiz tersebut terabai dengan kekurangan kebanyakan kemudahan asas. Tekanan air rendah, paip air bocor, kemudahan asrama yang dhaif dan sebagainya. Namun, pelajar maahad tahfiz KUIN itu tidak pernah merungut kerana suasana di maahad tersebut tenang dan sesuai untuk mereka mengulangkaji pelajaran serta menghafal Al-Quran.
Bagaimanapun, ketenangan mereka terganggu akibat Kerajaan Negeri membawa masuk sekolah bestari tersebut ke kolej mereka menyebabkan suasana bertukar wajah menjadi riuh rendah dan terpaksa berebut-rebut untuk kemudahan asas dan bilik air. Akibatnya, sesetengah pelajar terpaksa mandi dan menggunakan sumber di masjid berdekatan yang berdekatan untuk keperluan seharian mereka.
Tidak tahan dengan keadaan itulah maka mereka mengemukakan bantahan pada pihak pengurusan KUIN. Namun malangnya, bantahan tersebut sunyi dan tidak diendahkan. Kerana itulah mahasiswa-mahasiswa ini bertindak berdemonstrasi dan pihak pengurusan KUIN bertindak balas dengan menggantung pembelajaran dan pelajar tersebut didenda dalam bentuk wang ringgit.
Mari kita tengok bagaimana Azizan Razak menyelesaikan masalah mahasiswa KUIN ini. Selama ini mereka hanya pandai mengambil kesempatan. Saya tidak mahu mengecam Kerajaan Pas Kedah dahulu. Terlalu awal untuk berbuat demikian. Kita lihat dulu “kepandaian” mereka buat kerja. Kalau makin teruk, kita “taruk” mereka ramai-ramai..!!!
Perak Today
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan