Khamis, 28 Julai 2011

PANAS!!! MACAM NI LA BARU BUAT KERJA CARA ISLAM..

Pusat hiburan bertambah di Kedah


ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.


“Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.


“Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.
“Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.

“Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka,” jelasnya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam reaksinya hari ini menafikan pusat-pusat hiburan serta rumah urut semakin banyak dibuka di negeri ini.


“Ada masa pula Mukhriz datang tengok. Kita tak bagi lesen pun untuk buka pusat hiburan dan rumah urut ini.
“Jika ada pun, mungkin pusat hiburan dan rumah urut tersebut beroperasi secara haram,” katanya.-UTUSAN


pas dah mula nak buat pembaharuan dalam pentadbiran negeri berkebajikan.makin banyak pusat pusat hiburan dibuka di negeri kedah ni.adakah ini cara pengurusan terbaik dari pas atau menunduk kepada dap lagi?

PMK: puak pas sembang ja deraih.padahal lebih teruk lagi..

3 ulasan:

Mohd Zaidi berkata...

Buat apa-apa pun tak per. Takut ape dah dijanjikan syurga oleh Tok Guru PAS. Orang yang bukan ahli PAS sahaja yang kena buat amal kebajikan lebih, baru dapat syurga. Tupun kena senyap-senyap takut orang PAS tahu terutama Tok Guru PAS cap ayam tu...

Tanpa Nama berkata...

Di Negeri negeri Berkebajikan

Pusat pusat hiburan, rumah urut, rumah judi, kedai arak dan sarang pelacoran tidak memerlukan lesen untuk beroperasi. Ini bagi menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengenalpasti bilangan sebenar pusat pusat hiburan seperti di atas

Ahli PAS seumur hidup

Tanpa Nama berkata...

dulu kata nak laksanakan hukum islam tapi sekarang menggalakkan amalan yang bercanggah dengan islam.mana janji pilihanraya.dah dpt kuasa asyik nak kumpul harta aja.kerja tak buat asyik berceramah sana sini.kebajikan rakyat di abaikan.