KUALA LUMPUR 26 Julai - Siasatan bahagian penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapati tiada sebarang kegiatan penjualan arak pandu lalu di sebuah premis di Sunway Mentari, Petaling Jaya.
Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat MBPJ, Zainon Zakaria ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan tersebut juga mendapati, pemilik premis itu mempunyai lesen perniagaan dan penjualan arak yang sah serta tidak melakukan sebarang penjualan minuman berkenaan di lorong belakang kedai ketika pemantauan dilakukan.
Semalam, MBPJ mengeluarkan kenyataan untuk melakukan siasatan terperinci secepat mungkin ke atas pemilik kedai arak pandu lalu di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu setelah kegiatan haram mereka didedahkan oleh Utusan Malaysia.
Sementara itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad berkata, selaku Pengerusi Lembaga Perlesenan Arak Daerah, beliau akan terus memantau kegiatan premis terbabit bersama wakil-wakil lembaga tersebut meliputi MBPJ, polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
''Lembaga Perlesenan akan bermesyuarat setiap tiga bulan bagi membincangkan perkembangan dan kegiatan pemilik-pemilik lesen penjualan arak ini.
''Namun, jika ada aduan berkaitan perkara yang melanggar syarat penjualan, kita tidak menunggu tempoh itu malah tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen penjualan jika perlu,'' katanya. - utusan
Wahai penguatkuasa MBPJ, hampa dah tau benda di dah dibongkarkan dalam surat khabar, mesti la tokey2 tu berhentikan operasi penjualan..ka hampa takut dengan si RONNIE LIU? bila rampas kena serah balik??lain kali buat la pemantauan betul2.gunakan khidmat perisik.bukanya buat kerja bila ditegur..
PMK: bak kata pepatah OSTAT JIJAN "LAIN KALI KALAU NAK BUAT KERJA BUAT KERJA CARA ORANG ISLAM"...
2 ulasan:
3 kemungkinan perkara ni boleh berlaku:
1) ada pihak dah dibayar, atau
2) pihak Majlis tak buat kerja, atau
3) memang dia org tak nampak sebab malam kan gelap.
Kalau setakat mesyuarat saja apa yang engkau orang boleh bongkarkan.
rasanya lebih baik umat2 aljuburi ni jadi kaki arak daripada jadi kaki liwat.
Catat Ulasan