Khamis, 28 Julai 2011

ISU BIOMETRIK!!! BILA HUSAM LEBIH PRO DARI NIK AZIZ!

ambo nok biometrik.. 




KUALA LUMPUR  Julai - Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama.

Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara.

"Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih.

"Kami (Pas) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya. - utusan


Ahli bawahan pas pun duk pening pikiaq nak ikot suara sapa, kalo ikot nik ajis di jamin syorga. tapi kalo ikot husam dijamin apa?

PMK: makin celaru la pas ni..

Tiada ulasan: