Rabu, 27 Julai 2011
PANAS!! SIAPA SERANG FB DS NAJIB?? KENAPA?
Semalam Facebook DS Najib diserang oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab. Kebanyakkan yang menyerang FB DS Najib adalah ahli-ahli Dap seluruh Malaysia. Bangsa Melayu ada yang flooding (banjirkan) FB DS Najib tapi tak begitu ramai.
Serangan perkataan 'DIAMLAH' akhirnya reda apabila ada pasukan berlawanan yang masuk dengan perkataan 'LIKE' maknanya menyokong kepimpinan DS Najib. Pasukan yang Mc lihat menyokong DS Najib seperti, Nadi Rakyat, Gerakan Cyberwar, MCA dan beberapa individu persendirian. Malah Mc sendiri pun ada untuk buat kacau di page itu, untuk menyakitkan hati si pembuat kacau. he he..
Mereka berasa megah bila dapat menconteng FB DS Najib dengan perkataan-perkataan sebegitu. Nampak sangat serangan itu dirancang oleh pihak tertentu untuk memalukan DS Najib.
Namun begitu, Mc percaya, ramai rakyat Malaysia yang setia bersama PM Kesayangan ramai ini. DS Najib pandai mengambil hati rakyat, cuma orang-orang bawahnya saja yang masih membuat rakyat kurang percaya.
Apa pun jika benar nak perang. Tunggulah sampai PRU ke 13. Baru tahu langit tinggi ke rendah.
McTheory:
Kita tengok sapa yang tersungkur..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
depa dah tak dak kerja dan modal lagi,nampak sangat depa sakit hati sangat dekat PM apa yang depa buat spt tabur fitnah terhadap SPRM, SPR dan PDRM serba tak menjadi dengan ini terbukti rakyat sokong PM , ayuh Datuk Najib kami rakyat tahu yang mana baik dan buruk, sentiasa ingat pada Allah dan usah membohongi rakyat nescaya tuhan bersama orang yang benar.Allah tidak sekali melupakan pada peminpin yang suka menolong dan mentadbir negara dengan adil dan saksama.
Catat Ulasan