Rabu, 27 Julai 2011

TUUDIAA!! UMNO KEDAH LANI MANA BOLEH KENA TEGUR!!

harap yang ni  ja la..

Mc ada terbaca mengenai tulisan Mummy Rokiah yang teruk diserang oleh pengampu dan pemuja UMNO Kedah yang sememangnya tak boleh langsung kena tegur. Sapa nak baca boleh klik SINI.

UMNO Kedah walaupun bukan semua, tapi majoritinya bergerak amat lambat dari apa yang kita harapkan. Kalau Tuan Presiden UMNO tak datang melawat Kedah rasanya macam mati aktiviti UMNO kat sana. Sudahla depa ni malas nak buat kerja. Bila orang tegur, naik angin mengalahkan singa. Serupa depa ni buat kerja baguih ya amat. Kalau baguih, pasaipa sampai lani, ramai ahli UMNO dok bising kata UMNO Kedah tak buat kerja, tak serupa nak menang.

Atau Ketua-ketua bahagian UMNO Kedah hanya pentingkan jawatan dalam Bahagian? Biaq pi la aku kalah dalam PRU janji aku tetap jadi Ketua Bahagian. Jadi ketua bahagian pun dapat peruntukan, jadi ketua bahagian pun tetap dapat elaun. Tak jadi Ahli parlimen pun takpa, jadi duit masuk tak putus.

Ketua Bahagian sepatutnya melantik AJK-AJK yang boleh membuat kerja. AJK yang bergerak sama-sama dengan rakyat. Bukannya AJK yang hanya tahu memberi undi pada pemilihan saja. Walaupun kita tahu AJK tu orang Pas yang menyamar UMNO, tapi kita tetap bagi di jadi AJK, sebab nak menang lagi nanti jadi Ketua Bahagian, itu dah sampai tahap 'loqlag' (kotor+teruk)

Orang UMNO seluruh Malaysia berjuang untuk menang balik pada PRU ke 13. Tapi di Kedah ada kepala-kepala yang hanya nak menang jadi Ketua Bahagian. Ni apa cerita ni?

Tolong bagitau Mc, parlimen mana di Kedah yang UMNO boleh dapat balik? dan kat mana DUN yang pasti UMNO akan rampas semula?

Mc walaupun jarang balik ke Kedah. Bila sesekali balik, Mc suka singgah antara masjid dan surau-surau sekitar Kedah terutamanya Alor Setar. Dari situ kita boleh tengok parti mana yang kuasai politik setempat. Namun apa yang menyedihkan, takdak satu masjid atau surau 'normal' bagi Mc. Semuanya dah kena 'calit' dengan Pas.

Dulu itu kawasan UMNO, pun dah kena rampas dengan Pas. Macam mana yang UMNO Kedah kata depa kuat?

Sampai ada yang dok hantar email kat Mc cerita macam-macam pasal UMNO Kedah, malah ada yang tanya  UMNO Kedah tak teringgin nak menang PRU ka?

Tolong la wakil UMNO Kedah tolong jawabkan semua persoalan ini..

Jika Mc salah, tolong betulkan.. sila hantar email jawapan pada mctheory@yahoo.com dan Mc akan terbitkan artikel balas UMNO Kedah, tu pun jika ada la..

Ingat! suara blogger adalah suara rakyat.. Mc sendiri pun masih lagi pengundi di Kedah.. tak tukaq woo..

McTheory:
Tolong la bangkit.. tolong laa..

9 ulasan:

Medan Tempur Kedah berkata...

perrrhhhhgg...hangitttt lagi la lepas ni umno kedah.. x senang duduk..pungkok hangit ja..wahai umno kedah terima lah kenyataan..jgn bangga sgt dgn merebut jawatan tp tiada gerakkan..

Tanpa Nama berkata...

MMG PANAZZZZZ..KLU UMNO KEDAH NK JADI PEMBANGKANG LAGI KT KEDAH SILA ABAIKAN KRITIKAN DARI AKAR UMBI HUHUHUHU

Quantum Metal Consultant berkata...

Ada baiknya Kedah kekal dalam pemerintahan PAS bagi membolehkan generasi Ketua dan AJK Bahagian UMNO Kedah sekarang pupus dan digantikan dengan yang baru untuk tempoh dua penggal lagi akan datang (2020).

Semangat PAS Kedah untuk mengekalkan kuasa berada dalam tahap yang tertinggi sedangkan UMNO Kedah sedang bercakaran, contoh terbaik ialah bahagian Sg Petani.

anjing berkata...

Memang betoi....UMNO Kedah tak boleh tegoq...depa melompat...melatah...depa serang balik...yang dok latah sangat tu sapa det guaq...pengampu besaq...
UMNO Kedah bukan lambat gergerak...tapi tak bergerak...hanya atas kertas saja bagi Tok Najib syok sendiri...mampuihlah UMNO Kedah...kritik sikit dah melompat...macam hamPAS jugak...

Tanpa Nama berkata...

kosong dan lembab..dolo pakat kalih..lain kali lah ,lpas ni ape plak ayat nk keluaq ,mood skarang adalah " tink ..thong"..ari ni aku pilih blm tentu esok hari..

Tanpa Nama berkata...

sokong brader !!!

Tanpa Nama berkata...

tnggungjwb kerajaan kedah mmastikn umno dari bhgn @ cwgn brgerak memenangi hati rakyat tdak mngira parti @ kaum,segera brkhidmat utk msyarakat,mngembalikn era sokongn pda umno,mnjiwai golongn muda,yb2 umno pelu bkeja keras hinga ke akar umbi mmbntu rakyat,bhgn dn caw jgn hnya brdebat di kdai kopi,prbaiki hubungn dgn rakyat agar dpt mnarik sokongan..

Tanpa Nama berkata...

Ayuh umno kedah,cepat2 bngun dari dibuai mimpi,masa kian brjln,waktu akan cepat brlalu PRU 14 smkin hampir..lap cepat air liur basi..huhuhu..bngun3..

Tanpa Nama berkata...

UMNO KEDAH LANI SUKA BERJANJI SAJA TERMASUK BOSS UMNO KEDAH SENDIRI...PROJEK PAS TAU MEMBEBAN TAPI TERUSKAN JUGA..DALAM UNMO KEDAH LANI DAH ADAPERANGAI MACAM ORANG PAS...PRU AKAN DATANG HAMPA KALAH LA DENGAN JANJI-JANJI HAMPA TU.