Isnin, 18 Julai 2011

SUPERHOT!! ANGKARA UMNO PAS DAPAT NAMA






Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan...Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini

UMNO,UMNO,UMNO!!!!!! Semua salah umno,depa saja yang betoiii..pusing kanan salah umno,pusing kiri salah umno..kalo mati pucuk skali pun umno gak salah sebab tak sediakan viagra untuk warga emas...

Tolong la hadi awang,,dah berapa tahun Pas perintah kedah?kenapa ramadhan tahun lepas tak salahkan UMNO??kenapa kali ni baru nak salahkan umno??tahun depan nak salahkan siapa pulak??

Tiada ulasan: