Sabtu, 13 Ogos 2011

ISLAM DI MALAYSIA! MENJADI LEBIH BAIK, ATAU LEBIH TERUK?



Sambung dari post yang sebelumnya..

Sejak wujudnya Pakatan Rakyat di Malaysia, apakah perkembangan syiar Islam di Malaysia, menjadi semakin baik, atau semakin teruk?

Kalau semakin teruk, kenapa dan sebab apa?

Sebab utamanya ialah politik dan kuasa.

Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar bersedia untuk gadaikan hak keistimewaan bangsa Melayu demi untuk memancing undi kaum cina dan India. Manakala Pas pula, kononnya amat bertolenrasi dalam isu agama, bersedia untuk gadaikan hak keistimewaan Islam, demi kerana mahukan sokongan Dap.

Kenapa mereka sanggup gadaikan Agama dan Bangsa?

Hanya kerana undi! Mereka mahu memancing undi kaum cina dan india.

Disebabkan pertelingkahan politik, Agama dan bangsa jadi pertaruhan. Semuanya bermula dari Pakatan Rakyat yang mengunakan dua elemen sensitif ini untuk mencari sokongan.

Hakikatnya sekarang, apakah kedudukan agama Islam di Malaysia menjadi semakin kukuh, atau semakin goyah?

Sepatutnya kita perlu menjadi lebih baik dari hari ke hari. Dulu Pas kata Malaysia bukan negara Islam kerana ditadbir berlandaskan undang-undang berparlimen dan bukan dari tadbiran cara Islam. Namun kerajaan Malaysia dari hari demi hari membaiki dan mengembangkan syiar Islam. Contohnya dari segi ekonomi, dari segi perniagaan, pajak gadai, pinjaman kewangan, pengurusan zakat, pengurusan hartanah, tidak termasuk undang-undang syariah dan juga moral umat Islam semuanya diperbaiki dari hari demi hari untuk menjadi lebih baik.

Namun apa yang dibina oleh kerajaan, hari demi hari dikikis semula oleh puak-puak jahat Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Segala keistimewaan seperti pengunaan kalimah Allah, dan larangan bible berbahasa melayu masuk ke Malaysia,  ditentang hebat oleh umat Islam Malaysia sendiri yang menyokong perjuangan songsang Pakatan Rakyat yang benarkan Agama dan bangsa digadai.

Apakah keadaan sekarang menjadi lebih baik, atau lebih buruk apabila sudah kedengaran bahawa laungan Azan juga sudah mendapat bantahan. Sudahla bacaan ayat suci Al-Quran (mengunakan pembesar suara) pun dihalang. Tiba masanya nanti, laungan Azan juga akan disekat.

Agak-agak jika Pakatan Rakyat memerintah, adakah Islam lebih menyinar, atau mungkin syiarnya akan terpadam demi tuntutan Dap?

Gunakan kebijaksanan akal Allah bagi, untuk saudara semua fikir la sendiri ya..

McTheory:
Gelap masa depan generasi Islam Malaysia akan datang..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua kerja hasil pork nik ajis Dan bahlul pas